⭐ BAB 60 ⭐

15.6K 537 7
                                        

Menunggu di hadapan dinding kaca tu dengan bias wajah tenang seperti selalu.Seketika gerangan yang di tunggu melangkah sambil diiringi pegawai penjara.Kelihatan tubuh yang dulu sedikit gempal mulai menyusut sedikit.

Tubuh itu mula duduk,dan mereka berpandangan tetapi dipisahkan oleh dinding kaca dan gerigi besi,boleh melihat tetapi tidak boleh menyentuh.

"You nak apa jumpa i?puas hati you nampak i macam ni?" Ujar Malek

Saat gagang telefon diambil dan keduanya saling mendengar bicara sesama sendiri saat ini.

"Saja melawat,you okey?" Tiada sinis atau apa saja niat buruk dihatinya.

"You nampak i okey ke Ruby?ya i okey,
cuma i belum mati." Balas Malek sinis.

Kes dakwaan pada cubaan mencederakan Ilya masih belum selesai.Hingga saat ini,
Malek belum mengaku salah.Pekerja warga asing yang dibayar oleh Malek juga masih dibicarakan.

"Tu sebab you yang cari hal sendiri.Jadi untuk masalah ni,you kena tanggung sendiri.I takkan pujuk anak i untuk tarik kes atau lepaskan you macam tu je." Ujar Datin Rubittah tidak beriak.

Memandang suaminya itu lama.

"I tak perlukan pertolongan you dah.I tahu you dah berbaik dengan dia,i agak you dah tak bencikan dia lagi.Bagus la macam tu." Ujar Malek senada.

Dingin.

"I minta maaf,kalau selama ni i yang paksa you masuk dalam perkahwinan kita.I agak i berangan jauh sangat,lupa pada masa dan keadaan.I nak you lepaskan i secara baik sekarang.I taknak paksa you jadi suami i lagi." Ujar Datin Rubittah dengan birai mata sedikit berkaca

"I pernah sayangkan you.Tapi I agak sayang tu cuma waktu dulu je,tak sama dengan waktu sekarang.Perasaan sayang i tu dah tiada sekarang,i terima you sebab kasihan." Guman Malek berterus terang.

"Ye i faham.Waktu dulu dengan sekarang dah tak sama walaupun kita masih orang yang sama.I faham perasaan you,tak mungkin rasa sayang dulu akan sama lagi bila kita masing-masing dah bina keluarga dengan orang berlainan.I yang leka dan tak tahu malu bila masih menagih kasih you selama ni." Tersenyum nipis

"I minta maaf Ruby.Kalau you faham,i pun tak nak seksa you dalam perkahwinan kita lagi,cukup la sampai sini.Selepas pada harini,you dengan i boleh buat haluan masing-masing.I minta maaf pasal Ilya,i juga minta maaf sebab ambil kesempatan pada kesenangan you.Rubbitah binti Rozlan aku ceraikan kau dengan talak satu." Ujar Malek perlahan

Wajahnya terbias tenang.Lalu bangun melangkah selepas lafaz itu di ucapkan.

Setitis air mata jatuh dipipi Datin Rubittah tetapi sempat diseka dengan jarinya.

Keluhan dilepaskan perlahan-lahan.Mula bangun mahu selesaikan semua urusan perceraian sekarang.

Mula bangun mahu selesaikan semua urusan perceraian sekarang

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
ILYA : SEADANYA DIRIMU (C)Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang