⭐ BAB 57 ⭐

21.9K 582 51
                                        

"Kena honeymoon lagi ni sayang." Ujar Khair tersengih.

"Takkan la,mak kata kena makan nenas je biar jalan terbuka.Mama pulak suruh banyakkan jalan." Balas Ilya cemberut.

Risau akal suaminya itu.Semua tips yang diberikan banyak sudah dibuat.

"Doktor punya tips lebih berguna sayang." Ujar Khair lalu ketawa.

Kenangkan anak mereka belum mahu keluar walaupun sudah sembilan bulan duduk di dalam sana.

"Baby cepat keluar,lama sangat duduk dalam tu." Pujuk Ilya lagi seperti selalu.

"Takpe, pergi honeymoon. Esok confirm keluar anak abah ni." Ujar Khair mula memandu terus balik ke rumah selepas singgah makan tengahari.

"Tunggu sini,abang ambik baju kejap." Ujar saat memarkir di garaj rumah.

"Ah sudah,dia betul-betul nak pergi honeymoon sekarang." Omel Ilya sambil dahi diusap perlahan.

Seketika kelihatan suaminya itu menjinjit keluar bagasi kecil.Sempat dilihat lelaki itu memberi pesanan kepada bibik di birai pintu rumah.

"Nak ke mana ni?" Soal Ilya hairan.

"Pergi honeymoon la."Khair tersengih.

"Serius la." Sempat dicubit lengan suaminya itu.

"Tak..kita balik rumah mama sayang,
honeymoon dekat sana.Rumah mama dekat sikit dengan hospital,senang kalau nak bersalin nanti." Balas Khair mula menarik tangan Ilya dikucup sekilas, sesekali diusap perut isterinya itu lama.

"Tapi kena ikut jugak tips doktor dengan jururawat tadi tu,takpe sayang duduk diam-diam je.Abang buat kerja nanti." Ujar Khair lalu bibir diketap.

Mahu ketawa bila ingatkan gurauan tips doktor dan jururawat sewaktu pemeriksaan tadi. Katanya bantu isteri melakukan senaman ringan dan beberapa tips lain. Tetapi jururawat pula berseloroh nakal agar mereka melakukan senaman berhubungan badan biar tidak memudaratkan. Nakal sungguh tipsnya!!

"Tak senonoh betul abang ni." merah padam muka Ilya.

"Elok la ni,nanti abang kena pantang lama.
Kesian la suami sayang ni.Sementara ada waktu ni guna la sebaiknya."

Masih memandu sesekali dipandang sekilas isterinya itu.Makin cantik semenjak nak jadi ibu.Pipi sedikit tembam,rambut juga mulai memanjang mencecah bahu.

"Kita belum pilih nama baby lagi.Abang nak letak nama apa ni?" Soal Ilya tiba-tiba

"Kalau lelaki Ismail." Ujar Khair tersenyum

Ilya memandang suaminya dengan dahi berkerut.

"Yang moden sikit takde ke??kalau perempuan?"

"Itu nama nabi elok la.Kalau perempuan Zainab.." Ujar Khair lagi.

Tenang gayanya itu.

Kedengaran Ilya ketawa mengekek.

"Abanggg..Lya serius ni." Masih tersisa tawanya

"Nanti dah keluar baru abang bagi nama.
Sekarang kita ada misi lebih penting sayang,
kena bagi baby keluar dulu."

Otak senget dia dari tadi cuma ingat tips tadi.Kenangkan banyak hal jadi kebelakangan ini,waktu berkualiti mereka berdua hampir tiada.

Mula memarkir di garaj banglo Datin Rubittah.

"Jom turun,abang ambik barang kejap." Ujar Khair mula turun dan bonet dibuka.

ILYA : SEADANYA DIRIMU (C)Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang