⭐ BAB 22 ⭐

16.8K 676 40
                                        

Dari awal pagi sampai ke petang kelihatan suasana rumah Haji Arshad ini meriah dengan saudara mara keluarga Hajah Kalsom dan Haji Arshad sibuk merewang untuk majlis kenduri esok hari.

Di ruang dapur kaum wanita sibuk membawang sambil kerja-kerja mengupas bawang betul di lakukan.

"Ja ingatkan Along nikah dengan tunang dia dulu."Celah Mak Uda Liza yang baru sampai sebentar tadi.Adik Hajah Kalsom.

"Tunang hat dulu dah menikah dengan orang lain dah Ja oi..Baru ja majlis depa dua minggu lepas." balas Hajah Kalsom duduk di lantai sibuk mengacau pulut di kuali.Dapur masak diletakkan di bawah.

"Rissa ambik talam mai kat mak." laung Hajah Kalsom pada anaknya.

"Ni apa mak?" tanya Ilya mula duduk di dekat mak mentuanya itu. Sempat disalam makcik-makcik dan Mak Uda yang berdekatan dengannya.Dari tadi ke kedai dengan adik iparnya Mira.Seronok melihat kemeriahan kaum keluarga suaminya ini.

"Pulut kacau.Tak pernah makan?" balas Hajah Kalsom masih sibuk di kuali besar itu.

"Tak pernah." ujar Ilya masih melihat lama.
Pulut yang dikacau itu berwarna coklat.

"Rasa manis.Macam manisan la ni.Orang belah sini kalau kenduri ka raya ada la pulut ni.Orang lama-lama suka." balas Hajah Kalsom ramah.

"Nah Mak,daun pisang tak ambik ka?" celah Rissa mula meletakkan talam bulat dilantai.

"Dak..Pi ambik sat.Pastu layoq."arah Hajah Kalsom mulai pening. Dari pagi tadi belum sudah kerjanya. Macam-macam mahu dibuat. Majlis doa selamat jadi majlis kahwin.

Haji Arshad pula duduk di luar melihat orang kampung merewang.

"Kak Lya jom.." Rissa mengajak kak Iparnya pergi sama mencari daun pisang.

"Hang pi sorang tak boleh ka?dari tadi ajak kak hang pi sama.Sana sini.Biaq la dia dok sini dengan mak."Geram dengan anaknya itu.

"Dak,Along kata kena jaga bini dia.Takut mak buli." ujar Rissa lalu ketawa. Ilya ketawa sama.

"Kuat menyakat budak ni.Ada ka aku nak buli bini dia." gumam Hajah Kalsom dengan wajah cemberut.

"Mak nak garam." celah Khair dari pintu dapur.

"Mira bagi garam.Along,hang ambik mai daun pisang kat mak.Tak boleh harap adik hang ni,pi kedai pun lama." ujar Hajah Kalsom mula menutup api.

"Mak nak banyak mana?Sepokok cukup dak?." menyakat lagi

Sempat melihat sekilas Lya yang ralit berbual dengan mak Udanya.

"Selai dua sudah la,sepokok nak buat apa." Makin pening orang tua itu dapat anak suka sakat.

"Satt..Along ambik."Ujar Khair mula berlalu bila garam diambil.

"Mak nak pi semayang sat.Satgi layoq daun pisang pastu angkat pulut buh dalam talam.
Takut satgi sejuk melekat ni." pesan Hajah Kalsom pada Rissa dan Mira yang duduk menolong makcik-makcik di dapur.

"Along kata kak Lya ada company sendiri.
Company apa kak?" Tanya Rina yang baru duduk sama.

"Company kecik je ni." Balas Ilya tersengih.

Sejak semalam,seronok berbual dengan adik-adik iparnya itu.Selama ini hidup sendirian,ada sepupu cuma beberapa ketul. Tiada adik,kakak atau abang. Kawan-kawan rapat juga tiada.Bila masuk ke keluarga ini, bukan saja ramai malah meriah.Mak saudara Khair ramah semuanya.

"Iye ke kecik?nampak Kak Lya macam next level je ni." ujar Rissa tersenyum sedikit.

"Betul,kak Lya biasa-biasa ja ni.Kerja pun biasa takde title doktor ke apa."Ujar Ilya dengan senyuman.

ILYA : SEADANYA DIRIMU (C)Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang