⭐ BAB 56 ⭐

19.7K 648 37
                                        

Duduk di meja makan berdua dengan maknya sejak tadi.Sudah tiga hari Haji Arshad meninggalkan mereka semua.

Karissa dan Kamira sudah mula pulang ke tempat masing-masing awal pagi tadi.
Emak mentuanya dan mak Jenab juga sudah pulang sejak semalam.

"Mak ikut along balik sana la,along susah hati mak duk sorang dekat sini." Pujuk Khair lagi untuk kali ke dua sejak semalam.

"Mak bukan tak mau,mak suka duduk sini.InshaAllah takdak apa.Mak elok dekat sini,ada maksu dengan paksu buleh tengok-tengokkan mak." Ujar Hajah Kalsom masih sama jawapannya itu.

Sejak sebulan lalu adik bangsunya mula berpindah ke sini.

"Along balik sini seminggu sekali la kalau macam tu.Along risau mak duk sorang-sorang.Malam,kalau jadi apa-apa tak dak sapa nak tengokkan mak."

Itu yang dirisaukan hatinya,mahu tinggal emaknya itu disini sendirian.

"Mak ni kuat lagi along,kalau mak cemuih (bosan) duduk sini.Mak pi rumah tokwan hang,maksu dengan paksu hampa ada sana along."

Menghela nafas panjang dengan ayat Hajah Kalsom itu,

"Kalau macam tu along faham la.Nanti kalau mak rasa nak duk sana,mak habaq kat along naih."

"Esok-esok ni Lya bersalin,mak pi la sana.Ni Mira pun cuti ada sini lagi,tak gaduh apa la." Balas Hajah Kalsom tenang.

"Mak teringat abah ka?"

"Awat tak ingat.Mak kawin dengan abah hang lama dah along.Sakit demam bila waktunya kami tak dak sekali,selalu ada sama.Tapi mak redha dah abah hang pi dengan tenang lagutu.Dia sakit lama,dari ada kaki dua tinggai satu,dari jantung elok sampai kena operate.Mak redha dah abah pi,dah tak gaduh tanggung sakit lama-lama dah.Mak bukan sedih cuma teringat gutu la.Dok besa ada,lani takdak." Ujar Hajah Kalsom termangu.

Khair cuma mengangguk.

Sedikit sebanyak ada benar kata emaknya itu.Arwah Haji Arshad itu sakit agak lama.
Lepas satu ujian,datang ujian lain.

"Mira boleh jaga mak.Sementara cuti sekolah ni.Along kalau nak balik kl dulu takpa dah." Celah Rina yang mula duduk dimeja makan sama.

"Lya mana?" Teringat menantunya,sejak tadi tidak kelihatan.

"Ada tu,meeting kata dia.Nak cuti panjang,kena habiskan reja dia." Balas Khair mula meneguk kopi O panas.

"Bila jangka bersalin tu?nampak sarat dah?perut pun koi (makin) turun mak tengok."

"Tiga minggu lagi rasanya."

"Mak pi sana esok ni,mama Lya pun ada pelawa pi rumah dia kemarin ni."

Sempat berbual lama dengan besannya itu.Sejak berbaik beberapa bulan lalu,
sudah mula berkawan baik sekarang.
Kadangkala berbalas whatsapp keduanya.

"Tak sabaq nak tengok anak buah." Ujar Karina tersengih.

"Hang duk sana jangan nak merayap kerap sangat,along tau hampa buat apa belakang along.Nak bercinta ka apa,ingat bataih (batas).Kalau gatai sangat bawak mai sini jumpa along,aku bagi hampa menikah." Ujar Khair memandang adiknya itu lama.

Tahu Karina sedang berkawan dengan seseorang di Ipoh sana.

"Orang kawan ja." Balas Karina cemberut.

Faham perangai along itu,sejak kecil memang menjaga mereka tiga beradik.
Kadangkala lebih dari Haji Arshad.

"Betui kata along,kalau nak buat apa pikiaq (fikir) baik buruk.Hampa semua besaq dah.Pakat jaga diri elok-elok,mak bukan ada dengan hampa selalu."

ILYA : SEADANYA DIRIMU (C)Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang