⭐ BAB 61 ⭐

17K 570 28
                                        

Memarkir digaraj sambil mata sempat mengitari kawasan halaman rumah.

Lalu tersenyum.

"Ade saje la kerja dua ketul ni." Gumam Ilya dengan sengihan.

Mula turun lalu melangkah ke halaman belakang yang dipenuhi kebun sayur suaminya itu.

Kelihatan tukang kebun kecil yang bertopi mengkuang abahnya nampak berjalan ke sana sini.

"Heyy budak kecik,duduk diam-diam la.
Sibuk je,langgar pokok abah ni."Bebel Khair yang sibuk petik terung.

Ilya sudah ketawa.

"Assalamualaikum.." Sapa Ilya lembut.

Izz yang mendengar suara ibunya mula mencicit lari mendapatkan Ibunya.

"Yibuuu.."Panggil Izz yang masih belum petah bercakap.

"Windu ibu tak??" Lalu diambil anaknya itu dikendong.

Sempat la topi mengkuang yang menutup wajah kecil itu diangkat naik.

"Allahu..comot betul anak ibu." Ujar Ilya lagi lalu dikucup bertalu anak itu.

Izz cuma membalas dengan bahasa german pendalaman yang cuma difahami dirinya saja dengan sengihan lebar bila kena gomol begitu.

"Semua benda nak pegang budak ni."
Bual Khair mula bangun dengan gunting dan besen yang berisi hasil tanamannya itu.

"Dah lama balik?" sempat kekura tangan suaminya dikucup sekilas.

"Baru je ni." Khair mula melangkah ke pokok bendinya pula.

"Meriah la kebun abah ni." Ujar sambil menapak ke tanaman Khair.

Satu-satu ditengok.Cili,terung,
bendi,kacang panjang,kangkung.Terasa masa suaminya itu berkat yang sesungguhnya bila sibuk dengan berbagai urusan dan kerja.Masih juga boleh berkebun.

"Banyak-banyak ni nak buat apa abang?" melihat besen yang hampir penuh dengan hasil tuaian.

"Bagi jiran la.Nak makan semua tak habisnya.Simpan pun lama-lama rosak."

Mula menarik Ilya mahu masuk ke rumah.

"Anak ibu buat apa harini?nenek mana?"

"Mama ada dekat dalam,baru balik katanya." Ujar Khair menarik Ilya ke paip air.

Lalu kasut yang dipakai Ilya ditarik.Mula mencuci kaki mereka.

"Izz,meh buka baju.Orang sibuk dia pun sibuk berkebun."

Mula mengambil anaknya dipangku Ilya.

"Andii.."Omel Izz sambil tepuk tangan.

Mula meletakkan Izz dilantai garaj yang agar luas berdekatan ruang cucian baju.

Topi mengkuang dicabut.Baju dan seluar yang sudah berbagai corak bila beberapa kali jatuh ditanah juga dibuka.

"Mandi sini jela,sayang ambilkan tuala Izz." Sempat pipi gendut Izz dikucup geram.

Tukang kacau dari tadi.

Izz yang sudah nampak air mula seronok.

"Okey." Mula melangkah masuk dengan besen sayur tadi.

"Apasal gendut ni?minum susu cap apa ni?"Tanya Khair lalu satu jari dicuit ke perut Izz.

Kerusi kecil diambil dan mula duduk.

"No no.." Marah bila kata dia gendut.

Khair cuma tersengih.

Tahu anaknya membebel.Faham kalau orang usik-usik.

ILYA : SEADANYA DIRIMU (C)Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang