Matanya melihat wajah yang tertidur itu lama.
Sempat jari-jemarinya mengusap pipi mulusnya sejenak.Seketika,keluhan dihelakan.
Dia pulang agak lewat kerana Pijan minta bertemu dan mereka berbual panjang selepas dia pulang dari kerja tadi.Sejak sekarang perniagaan ayam yang diusahakan mereka itu mulai berkembang.
Pijan mahu menambah cawangan dan mahu membuka kedai tidak lama lagi.Mereka berdua berbincang tentang perlaksanaan, modal dan beberapa hal lain waktu bertemu tadi.
Alhamdulillah.. rezeki anak kut...
Leka matanya memandang Ilya. Seketika terganggu dek deringan pesanan daripada telefon isterinya itu.Khair mula bangun lalu telefon itu dilihat sekilas.Ada banyak pesanan dari nama yang disimpan sebagai "Mom" itu.
Khair gesek skrin dan masukkan kata laluan yang dikongsikan padanya sejak mereka berdua mulai berkongsi banyak perkara sekarang.
Lalu pesanan whatsapp daripada Datin Rubittah dibaca satu-satu.Kelihatan emak mentuanya itu memanggil Ilya balik ke rumahnya berkali-kali sejak minggu lalu.
Matanya melihat telefon dan wajah polos yang tidur lena di atas katil itu silih berganti.Lalu nafas berat Khair hela lagi.
"Kena buat bagi elok depa ni."Guman Khair sendirian.
Walaupun tidak memahami keadaan dua beranak itu sedalamnya.Namun hatinya tetap meletakkan seorang ibu itu tinggi tempatnya dan perlu dihormati tidak kira bagaimana jua keadaan.
Melangkah ke bilik air dan bersihkan diri.
Usai itu terus tunai solat Isyak. Duduk lama di atas sejadah,.panjang doanya.
Ilya terjaga dan mula bangun.Melihat susuk yang masih duduk di sejadah itu.Jam di dinding dilihat sekilas.
Jam 11 malam.
Sejak sekarang dia akan cepat terlelap.
kadangkala lepas solat Isyak Ilya sudah tidur.
"Kenapa bangun??" tanya Khair saat berpaling mahu melipat sejadah.
"Terjaga." comforter diselak,kaki mula dijatuhkan ke lantai dan duduk di birai katil.
Khair mula bangun letakkan songkok,lalu duduk di sisi Ilya.
"Lambat balik.abang dah makan?"
"Lambat sikit,Pijanajak borak lama.Dah makan tadi,anak abah okey tak harini?esok check-up kan?" Perut Ilya yang sedikit kelihatan itu diusap perlahan.
"Okey je ni,ye esok check-up."
"Abang ikut,dah makan tak ni?" Sempat ditanya. Lalu tubuh Ilya dipeluk erat.Dahinya pula dikucup sekilas.
"Dah maghrib tadi,mak dengan Pak temankan." Selesakan diri di dada bidang suaminya itu. Tempat paling tenang sejak sekarang.
"Dah lewat ni,sambung tidur sayang."
Cepat dia menarik Ilya ke tengah katil semula.
Dibaringkan perlahan.
"Abang cuti tiga hari,esok kita balik rumah mama ya lepas check-up." Pujuk Khair lembut. Tiba-tiba bersuara.
"Kenapa?" Tanya Ilya terkebil-kebil. Hairan.
"Err..abang nampak text mama dekat fon sayang,sorry sebab kepochi tapi dah banyak hari mama panggil tu.Abang takut ada hal penting,kita balik la jenguk mama." ujar Khair panjang.
"Lya agak sebab Malek je tu." Balas Ilya perlahan.Sejak seminggu lalu dibiar pesanan dari mamanya itu.
"Tak kisah la sebab apa pun.Kita balik la sekejap,abang tak sampai hati.Mama duduk sendiri sekarang sayang,mak dengan pak nak balik Nilai dah esok ni."
ANDA SEDANG MEMBACA
ILYA : SEADANYA DIRIMU (C)
RomanceTHIRD ⭐ ILYA X KHAIR ⭐ Selepas kematian Datuk Baharudin, Isterinya Datin Rubittah berkahwin semula bersama Malek dan mempunyai keluarga baru. Ekoran dari semua harta peninggalan arwah suaminya di letakkan ke atas nama Ilya,Datin Rubittah tidak betah...
