⭐ BAB 27 ⭐

15.9K 651 48
                                        

Bangun awal pagi bersiap subuh seperti selalu, dua hari ini mulai bercuti dari kerja di pasar mahu siap sedia diri untuk lapor diri Isnin nanti.

Duduk di sejadah lama usai solat.Doanya panjang sejak menjadi seorang suami.Sempat termenung lama.

"Tak boleh macam ni Ir,hang kena pikat dia.
Takkan nak bercerai tiba-tiba,mau kena rejam dengan Hajah Kalsom nanti ni."Keluhan dilepaskan perlahan-lahan

Memikirkan hala tuju dirinya dan Ilya itu sedalamnya.Sejak beberapa hari lalu sudah dibulatkan hatinya mahu beri peluang pada perkahwinan ini.Namun selepas perbualan dengan ayat

"you mampu ke jadi suami i..." Dari Ilya,terus keyakinan dirinya merudum teruk.

"Hang kena yakin,yang hang mampu Ir.Cuba sayangkan dia dan jadi suami dia dengan cara hang seniri,bukan dengan kebendaan semua ni."Gumam Khair sendirian. Pujuk dirinya sendiri.

Mula bangun.Sejadah dilipat kemas.Songkok di cabut dan diletakkan di meja solek.Masih berbaju melayu dan berkain pelikat.Melangkah ke pintu mahu turun buatkan sarapan untuk mereka.Cubaan pertama dalam misi memikat Ilya.

Saat pintu dikuak,pintu bilik Ilya juga dibuka.Saling berpandangan.

"Nak kemana ni?" terkebil-kebil matanya melihat Ilya.

"Jogging kejap." Ujar Ilya sambil rambutnya ditocang tinggi.

"Ehhh..kejap!!tunggu i." Ujar Khair lalu kelam kabut masuk ke biliknya semula,tukar baju.
Turun ke bawah mencari Ilya dengan track suit dan jersey berlengan pendek.

"Kenapa nak ikut?I jogging dekat sini je."Sambil memakai kasut dibirai pintu.

"Nak ikut la,risau you pergi jogging sendiri.
Gelap lagi ni." Khair mula duduk dan sarung kasut sama.

Padahal dia risau tengok pakaian yang tersarung di tubuh Ilya itu.Legging separas betis dengan t-shirt lengan pendek sendat separas pinggang.Mahu tercabut biji matanya tadi.

"Tiba-tiba macam tu,sebelum ni tak pun."ujar Ilya mula bangun,pintu rumah ditutup.Berjalan perlahan ke pintu pagar sana.Khair cuma mengikut dari belakang.

"Selalu i kerja awal pagi,i tak tahu you selalu pergi jogging macam ni.Sesat mata kaum i." Balas Khair dengan keluhan.

Nak tegur,tapi risau.

"Kenapa??" Masih berjalan mahu ke taman rekreasi dalam kawasan perumahan ini.

"You agak pakaian you ni sesuai ke keluar berjogging?I risau,kaum i kalau selisih bahu dengan you tak jadi jogging,tak pun jatuh,
langgar tiang ke." Ujar Khair perlahan.

"Dah kenapanya?ada yang lebih dari ni lah." Balas Ilya dengan wajah cemberut.Awal pagi kena kritik.

"Kenapa nak tengok yang lebih dari you,
sepatutnya tengok yang lebih tertutup dari ni.Boleh jugak kan joggingkan?Ni nak jogging ke nak tayang badan pun tak tahu laa." ujar Khair makin pedas.

Mata dialihkan ke lain.Risau kena sepak.Jarak pun jauh dari Ilya.Masih berjalan di belakang Ilya.

"You ikut jalan lain,jangan ikut i.Risau mata you buta sebab asyik tengok i lebih dari berjogging." Balas Ilya geram.

"Takpa la mata i buta sikit tengok isteri sendiri.
Tapi i tak redha la nak kongsi dengan orang lain.Lain kali pakai sopan sikit baby.I tak rela gunung-ganang you bergerak-gerak di tengok orang." Ujar Khair mula lajukan jogging tinggalkan Ilya dibelakang.

"Gunung???" Ilya sudah terkebil-kebil matanya

"Pervert betul dia ni." gumam Ilya lalu bibir diketap geram.Mula kejar Khair,dicubit pinggang lelaki itu geram.

ILYA : SEADANYA DIRIMU (C)Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang