Duduk di kerusinya sambil siapkan kerja-kerja yang sedikit menimbun di atas meja itu.
Seketika kedengaran pintu diketuk dan dikuak.Muncul Aria masuk melangkah.
"Puan...Ini kena semak dan tandatangan secepatnya."Ujar Aria lalu beberapa fail diletakkan di atas meja.
"Okey thanks.Hurmm...Ada dengar apa-apa cerita tak enak?" Soal Ilya perlahan.
"Ada..Ura-ura hal pernikahan puan dah mula tersebar.Saya agak dari Datin cerita ni."Balas Aria masih berdiri tegak di depan meja kerja Ilya.
"Datin ada datang sini?Atau kilang?"
Agak lama dia tidak bersua muka dengan wanita itu,terakhir kali sewaktu sebutan wasiat arwah Datuk Baharudin tempoh hari.
"Ada,Datin ke sini jumpa dengan Encik Fadzil.
Nampak tegang perbualan mereka tempoh hari,saya dengar dari staf encik Fadzil je ni."Ujar Aria masih tenang.Sudah biasa dengan keadaan itu.
"Saya agak hal syer dia dekat sini la tu.
Bila meeting dengan BOD?" mula menyandar tubuh.
"Awal bulan depan."
"Saya nak bagitahu pada umum yang saya dah nikah waktu meeting nanti.Untuk elakkan salah faham."Ujar Ilya dengan keluhan.
"Pada saya,isu puan nikah ni tak la besar pun.BOD takkan kisah pun pasal ni."
"Mana ada orang kisah.Datin tu je gelabah." Ilya tersengih sedikit.
"Puan ada invitation ke Dubai dua minggu lagi.Dari Mr Dolzaq,nak pergi?" Aria mula mengesek Ipad di tangan. Membaca semula emel yang baru diterima seketika tadi.
"Invitation untuk apa tu?"
"Pelancaran produk baru dan majlis sempena ulangtahun syarikat mr.Dolzaq."Ujar Aria membaca semula emel yang diterima.
"Dubai?emm..saya agak akan banyak hari, sebab saya nak melawat Melda sekali.Boleh uruskan fight dan hotel untuk tiga hari."Ujar Ilya mula sambung kerjanya.
"Sorang ke puan?"
"Sorang jela.Suami saya takkan boleh cuti lama."Mula sibukkan diri dengan kerja.
"Okey baikk..hurmm,Encik Taufik ada cari puan.Saya agak tentang hal personal." Aria menyampaikan lagi.
"Dia ada cakap nak apa tak?" Soalnya tanpa mengangkat wajah.
"Tak,banyak kali datang ke sini Jumaat lepas."
"Tah,saya pun tak tahu dia nak apa.Kalau tak ada yang penting saya tak nak jumpa dia.
Jangan benarkan dia jumpa saya atau pass line dia pada saya."Balas Ilya dengan keluhan
Dia tahu kenapa lelaki itu datang mencarinya.
Nombor telefonnya sudah Ilya sekat beberapa kali.Masih gigih lelaki itu gunakan beberapa nombor telefon lain.
"Okey baikkk.Kalau macam tu saya keluar dulu." Aria berlalu keluar.
Ilya mengurut dahinya sekejap.Lalu fail yang ditinggalkan Aria di semak perlahan-lahan.
Seketika..
Kedengaran telefonnya berdering.Lalu dicapai dan melihat sekilas gerangan yang memanggil.
"Hmm..ya ada apa Encik Khair?"
"Babyyy..i miss you."Ujar orang di sana seakan berbisik.
Tetapi kedengaran suasana bising dengan bunyi berbagai di belakangnya.
"Merepek la you ni.Nak apa ni hm?" Tanya Ilya
"Baby..i balik lambat harini.I tak tahu i jumpa jalan balik rumah pukul berapa.You jangan tunggu i,i dah call mak,suruh temankan you malam nanti."Ujar Khair terus.
ANDA SEDANG MEMBACA
ILYA : SEADANYA DIRIMU (C)
RomantikTHIRD ⭐ ILYA X KHAIR ⭐ Selepas kematian Datuk Baharudin, Isterinya Datin Rubittah berkahwin semula bersama Malek dan mempunyai keluarga baru. Ekoran dari semua harta peninggalan arwah suaminya di letakkan ke atas nama Ilya,Datin Rubittah tidak betah...
