Duduk bertentangan sambil berbual di kedai masakan panas pada jam sepuluh malam begini terasa ruang hatinya yang kering kontang sejak seminggu lalu mulai subur semula.
Melihat wajah Rashidah Izwani gerangan sang tunangannya itu kelihatan makin manis dan cantik sejak sekarang buatkan matanya mahu memaku pada wajah itu lama.
Seketika berdiam..
"Sidah ada hal penting nak cakap dengan abang." ujar Si tunang bila sudahkan makanan di pinggannya itu.
"Ye,cakap la.Abang dengar." balas Khair perlahan.
Sudah letih sebetulnya,penat bekerja seharian dengan tiga pekerjaan dilakukan setiap hari.
Namun bila tunangnya itu mengajak untuk berjumpa katanya ada hal penting mahu di sampaikan terus saja setuju,terasa lama sudah tidak melihat wanita itu.
"Errmm..Sidah..Sidah nak putuskan pertunangan kita." ujar Sidah teragak-agak.
Lalu keluhan dilepaskan.
"A..ap..apa.Sidah cakap ni?" tergamam seketika.
Mula meletakkan sudu,tak jadi mahu menyuap makanan.
"Sidah ikutkan cakap mak dan ayah Sidah je ni.Diorang dah tak nak tangguhkan lagi majlis kahwin kita." balas Sidah lagi sedikit menunduk pandangan.
Tidak betah melihat wajah lelaki itu.Tidak sampai hati.Namun sudah masanya dia menarik diri sekarang.
"Abang minta masa sikit je lagi.Sidah tahu kan abang struggle lepas takde kerja sekarang." pujuk Khair
Terasa mahu meraung sekarang.
Sudahlah kena buang kerja beberapa bulan lalu.Sekarang abahnya,Haji Arshad pula perlukan sejumlah wang yang agak banyak untuk kos pembedahan jantung dan mendapatkan kaki palsu.
"Sidah faham,tapi mak abah Sidah tak nak faham abang.Lagipun kita dah bertunang lima tahun Abang.Dah tiga kali kita tangguhkan majlis.Sidah rasa,Sidah dah tak boleh tunggu abang.Sidah minta maaf."
Lalu cincin tanda pertunangan mereka di tanggalkan dari jari manisnya.Di serahkan semula pada lelaki itu.
"Sidahh..Sidah tak kesian dengan abang ke?Abang buat banyak kerja dan kumpul duit sekarang.Abang minta Sidah sabar sikit untuk abang." pinta Khair dengan mata mulai bergenang.
"Sidah faham abang.Tapi mungkin jodoh kita bukan untuk bersama.Sidah minta maaf.Sidah dah tak mampu tunggu abang.Sidah minta diri dulu." balas Sidah
Mula bangun lalu melangkah meloloskan diri ke perut sebuah kereta BMW yang sudah menunggu sejak tadi.Dari pantulan cermin tingkap kereta itu kelihatan seorang lelaki yang menunggu Sidah.
"Astaghfirullahal'azim.." gumam Khair lalu menundukkan wajah diraup perlahan.
Melihat lama cincin yang maknya sarungkan ke jari Sidah dahulu.
Keluhan kasar dilepaskan.
"Sampai hati kau,sebab aku susah kau cari lelaki lain.Lupa dah kasih sayang,
masa,tenaga dan semua duit yang aku bagi selama ni.Sembilan tahun aku boleh tunggu kau.Sebab aku susah,aku kena tendang sekarang." gumam Khair lemah.
Wanita itu wanita yang dia sayang.
Berkawan dan bercinta sejak di universiti.
Apa yang Sidah mahu,semua diturutkan.
Waktu wanita itu sambung pengajian ke India dalam bidang perubatan,Khair masih tunggu dan sanggup kirim duit.Sesekali ke sana mahu menjengguk wanita itu.
Berkerja sebagai jurutera elektrik selama beberapa tahun dengan gaji yang agak besar, buatkan dirinya mewah dan manjakan wanita tu selama ini.
Namun semuanya direntap bila Khair kerap mengambil cuti kerana menguruskan abahnya yang sakit.
ANDA SEDANG MEMBACA
ILYA : SEADANYA DIRIMU (C)
RomanceTHIRD ⭐ ILYA X KHAIR ⭐ Selepas kematian Datuk Baharudin, Isterinya Datin Rubittah berkahwin semula bersama Malek dan mempunyai keluarga baru. Ekoran dari semua harta peninggalan arwah suaminya di letakkan ke atas nama Ilya,Datin Rubittah tidak betah...
