BAB 3

606 19 0
                                        

aku tengok notification dari Daddy, suruh aku berjumpa dengannya tanpa pengetahuan Wonwoo. Lama aku berdiri depan pintu Office nya. Betulkan apa yang aku buat ni? Aku kuatkan semangat aku. Lagipun aku dah lali dengan semua ni, perjumpaan ini terlalu biasa. Sama seperti waktu aku mula-mula bercinta dengan Wonwoo dulu.

Tapi itulah rasa cinta itu kuat, yang membuatkan aku mampu bertahan dan memilikinya sebagai Suami aku. Tiba-tiba pintu terbuka. Eve. Merangkap PA kepada Daddy. Aku senyum segaris. Walaupun family Eve ada company sendiri tapi Eve insist untuk bekerja dengan keluarga Wonwoo. Bagus dia mampu buktikan yang dia mampu hidup sendiri.

"kau nak jumpa Tuan Jeon ke?" aku mengganguk. "mood Tuan okay ke?" tenang aku bertanya. Dia hela nafas berat. "okay kot...I guess." aku mengganguk perlahan. "kau masuk laa, okay tu." tangan aku dia pegang, menyemangati aku dengan senyuman besar. Aku berdehem sedikit sebelum masuk. Bila aku nampak figura tersebut laju aku tunduk hormat.

"Adriana Safiyya." Daddy tunjukkan sofa panjang dengan air minuman yang sudah disediakan. "let sit first!" Daddy ajak aku duduk, dengan senyuman segaris perlahan aku labuhkan punggung di sofa hadapannnya.

"so should I greet you as my daughter in law?" terdengar sinis ditelinga tapi aku kawal reaksi. Kakinya silang panggung, jantung aku drastik berdetak laju bila wajahnya bertukar serius. "I dah warning you untuk jauhkan diri dari anak I but.." dia ketawa kecil. "you kahwin dengan dia? Like seriously?" aku tundukkan pandangan, aku genggam sedikit seluar, cuba mengawal perasaan dan amarah.

"saya.." belum sempat aku bersuara, tangan Daddy angkat tanda suruh aku tidak berbicara. "I tak minta you untuk bercakap, you're so rude... how come Wonwoo boleh pilih you jadi Isteri dia..?" perlahan aku helakan nafas. Aku senyum segaris, tak tahu apa yang patut aku buat disini, kalau hanya sekadar mahu mendengar fakta merepeknya.

"patutnya Wonwoo dengar cakap I untuk kahwin dengan Eve.." Eve? Kenapa nama dia boleh terlibat dalam cerita antara kami? "sopan, kaya, baik, datang dari keluarga yang berpengaruh..cantik lagi.." bertimpa-timpa pujian yang dihadiahkan untuk gadis campuran cina-korea itu. "apa yang you ada?" damn. Tercengang aku.

"cinta Wonwoo." lekas sahaja aku kalih. "Abang?" berkerut kening bila Wonwoo tahu tentang perjumpaan ni. Pandangannya penuh amarah. "I dah cakap dengan you, I nak jumpa dengan you sorang je, how come Wonwoo boleh tahu ni?" kini pandangan aku tearah pula kepada Daddy. Tak sempat nak menyangkal, "Wonwoo tahu sendiri." apa nak jadi ni.

Daddy ketawa kecil dan bangun mendekati Wonwoo, "divorce her!" perlahan tapi masih dapat aku dengar. "no, tak akan."

"she the rudest girl that I ever met, Eve told me everything!" butang besar mata aku. Cerita buruk apa yang Eve bagitahu dengan Daddy sampai Daddy benci dengan aku ni. Wonwoo pandang tepat kearah mata aku. Tak percaya aku dibuatnya, sahabat aku sendiri burukkan aku. "no, semua tak betul, Daddy.... I know her better!"

"Eve was her bestfriend! Lama lagi dari you kenal dia! I patut percaya dia more than you! Cause you never listen to me Wonwoo," tinggi suaranya.

Aku tak mampu nak berada dekat sini, tak sanggup nak mencerna semua benda ni. Laju aku susun langkah ke pintu utama. "married with Eve. You deserves her more than that rude girl." langkah aku terhenti. "inilah sebab kenapa Wonwoo halang Adriana untuk jumpa dengan Daddy, sebab Daddy terlalu percayakan Eve.. Daddy tak tengok dengan mata kepala Daddy how she treat Wonwoo dengan sopan santun as her husband!"

"enough!" jerkahan itu buatkan bahu kau sedikit terhincut. "divorce her, pulangkan dia balik kepada family dia. Then get married with Eve. End of the stories." itu ayat yang terakhir aku dengar sebelum melangkah keluar dari Office Daddy.

Tapi muka Eve yang aku nampak dulu. Wajahnya kesal miliknya terlihat. "babe..im sorry." aku kawal emosi, "kau ada buat salah dengan aku ke?" tenang aku bersuara. Tangan aku digenggam kemas. Kolam air matanya terlihat. "aku ikhlas cintakan Wonwoo..kau tahukan aku kenal dia dulu berbanding kau.." aku rentap tangan aku lembut.

Aku betulkan tali handbag dibahu. Kecewa rasanya. "aku anggap kau macam adik aku sendiri, tapi rupanya.." aku ketawa kecil disambilkan dengan helaan nafas berat. "kau rapat dengan aku, hanya untuk dekat dengan Wonwoo? Kan?" dia kini terdiam. "bodohnya aku.."

"izinkan aku jadi madu kau..?" aku kerutkan kening. "hah? Kau cakap apa ni?" suara yang masih berbalah dalam bilik meeting itu buatkan kami terdiam. "She's mine, Daddy Wonwoo sanggup mati hanya kerana nak pertahankan cinta Wonwoo dan dia adalah satu-satunya perempuan yang berjaya ketuk pintu hati Wonwoo dengan agama, kecantikan dan keberanian dia. No one else.."

Eve cuba untuk kawal reaksi, apa yang disampaikan Wonwoo sudah cukup kuat membuktikan yang aku adalah satu-satunya pilihan untuknya. "Jangan ganggu Wonwoo, ataupun Adriana.. Im not yours"

Bila pintu bilik terbuka besar, Wonwoo pandang sinis kearah Eve. "Wonwoo, please Im sorry" lengan Wonwoo dia pegang. Aku larikan pandangan. Sahaja aku nak dengar apa yang  Eve nak sampaikan. Wonwoo tarik tangannya kuat.  "Sorry? You make a big mistake. Kau ingat aku tak tahu, kau gunakan Daddy aku untuk pertahankan apa yang kau ada sekarang? Ha?" aku berjalan tinggalkan mereka berdua.

"no, I cintakan you!" laju aku masuk dalam elevator. Aku sandarkan badan didinding elevator tersebut. Aku mengeluh berat. Macam ni rasa ditikam dari belakang. Aku pejam mata.. menitik air mata jatuh. Aku tak tahu apa yang aku patut rasa sekarang.

Bahagia? sebab orang yang aku cinta datang mempertahankan aku atau sedih disebabkan sahabat aku sendiri burukkan aku? Buntu dengan semua ni. Aku harap tiada benda buruk yang akan terjadi dalam perkahwinan ni, kerana takhta cinta dalam hati aku hanya ada dia, Wonwoo. Orang yang paling aku cinta dan percaya.

Takhta Cinta •||• Jeon Wonwoo ©️Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang