BAB 14

343 12 0
                                        

"wait what? TTC?" bergema satu Cafe, bila Minseo menggunakan nada tingginya. aku tengok sekeliling. Mulutnya aku tutup. "engkau ni.." di tolak tangan perlahan. "tak logik laa..kau baru kahwin kot! Macam awal sangat nak TTC.." aku pun bersetuju jugak dengan pendapat Minseo, tapi Wonwoo kan suami?

"dia tak tahu tak yang TTC ni logik untuk perkahwinan 4 tahun dan keatas? Kau baru tiga bulan kot!" Mingyu. Dia letakkan Matcha Green Tea depan aku. "exactly!" Minseo menyokong pendapat Abang dia. "entahlah..." itu je yang mampu aku sampaikan.

"ke sebab Daddy?" pandangan aku dibawa terus kearah Mingyu. Ada apa-apa perkara yang aku tak tahu ke? Mingyu kan rapat dengan Wonwoo dan Daddy. Aku tongkat kepala. "macam berat je masalah engkau ni, babe?" macam-macam perkara bermain dalam kepala aku.

"aku tak kesah, tapi engkau okay ke?" Mingyu pula bersuara. Lagi-lagi keluhan diberikan. Aku tak boleh nak cerita yang Wonwoo pun dah makin pelik. Lepas je balik jumpa Daddy terus dia bicarakan pasal anak, dan sampailah keharini. Tapi aku cuba tak menyalahkan sesiapa.

"okay.." perlahan aku menjawab. Tiba-tiba lengan aku ditepuk berkali-kali oleh Minseo. "babe!" pandangan aku kearahnya. "I got the job.." terang mata aku. "betul ke ni?" dia mengganguk. Terus tubuh aku dipeluk. Mingyu hanya berikan senyuman segaris. "yeyy... so today engkau dengan Abang aku kena spent time masa dekat aku, sebelum aku sibuk!" sempat pipi aku dicubit sebelum lengan Abangnya dirangkul.

Dari pagi aku melayan kerenah Minseo, mujurlah tak cepat bosan. Dari bergambar, makan tengahari, sampailah dia sempat terlelap dalam kereta sebab penat. Aku tengok kawasan perumahan itu. Akhirnya sampai juga. "kau bahagiakan dengan Wonwoo?" terhenti aku dari nak buka pintu.

Mingyu intai aku disebalik cermin pandang belakang. "kenapa kau tanya macam tu?" saja aku mempersoalkan dia kembali. Dia senyum segaris. "aku tanya je.." aku mengganguk. "alhamdulilah, setakat ni aku boleh cakap yang yes aku bahagia!" aku tunjuk reaksi happy dengan Mingyu. "lega aku dengar," lagi besar senyuman dia.

"okay la, aku masuk dulu..ha jangan lupa cakap thank you dekat girlfriend aku ni," dia mengganguk laju. Lekas sahaja aku keluar dari kereta, aku melambai kecil kearah Mingyu tanda pengakhiran untuk harini.

Aku tekan remote pagar. Terkejut aku bila nampak range rover milik Wonwoo dah terparking elok dalam beranda. "eh balik dah?" aku bercakap sendiri sebelum langkahkan kaki masuk dalam rumah. "Asalamualaikum.." aku tolak pintu. Husband check.

Aku tengok ruang tamu, dapur dan ruang istirahatnya. Kosong. "aik? Dalam bilik ke?" aku petik jari. Mungkin. Kini aku susun langkah naik tangga dan menuju ke bilik. Pintu aku tolak. "Abang?" dia dah siap mandi, sudah berbaju lagi.

Kaca mata dia betulkan. "eh, sayang?" Tubuh kekarnya aku peluk. Lekas sahaja dia membalas. "how works?" dia parking dagunya diubun-ubun aku. "as a always.." langsung sahaja aku perketatkan pelukan. "okay energy abang dah kembali." terus sahaja ketawa aku tercetus. Perlahan kepala aku mendonggak, memerhati dia.

"seronok berjalan dengan Minseo?" aku muncungkan bibir. "lagi best kalau Abang ikut." sahaja aku bercakap, tak salah pun nak manis mulut. Hidung aku dia kepit dengan kedua jarinya. Aku kerutkan hidung. "okay la saya nak mandi kejap, lepastu nak masak." aku nak bergerak, tapi pelukan dia perketatkan.

"aip.." belakang badannya. "sakitlah sayang!"

"tahu pun.. tepi, karang dua-dua kebuluran." sahaja aku mengusik sambil tangannya yang menyatu dibelakang aku, aku tarik perlahan.

"eh takla, kita makan each other. Selain kenyang pahala pun dapat." aku kecilkan mata. "Abang, astaghfirullaha'lazim, lain macam eh gatal sekarang ni." puas dia ketawa. Bila aku nak berjalan, tangan aku dia tahan. "duduk kejap boleh? Abang nak cakap." tiba-tiba suasana bertukar serius.

Dai tarik tangan aku, dan dudukkan aku perlahan hujung katil. Perlahan tangan aku membukan pin tudung bawal satu persatu. Satu dokumen dia hulurkan. Aku tengok dia dan dokumen tu berulang kali. "nah." aku capai. "apa ni?" blur habis aku.

"Abang dah isi semua maklumat tentang sayang dekat sini, mulai esok Mingyu akan take over sayang for rawatan." aku telan ludah. Secepat ini? "Abang?" dia fokus kearah aku. "eum, kenapa?" rasa macam tak mampu pula nak bercakap. "kenapa sayang?" laju aku menggeleng.

"sayang..abang tahu, sayang rasa kecewa sangat dengan Abang sekarang." aku mengangkat wajah, kini seluruh badannya menghadap aku. Dia tarik nafas sebelum menyambung. "Abang janji kita cuba sampai hujung tahun ni je, kalau tak ada rezeki kita, im okay.." tersentak aku.

"kalau tak ada jugak?" sahaja aku bertanya. "takpa, kita ikhtiar cara lain okay?" kepala aku dia tepuk perlahan, sebelum kakinya diturunkan kembali. Aku tengok dokumen tu kosong, aku tak boleh letak harapan yang tinggi. Wonwoo pun tak boleh sebenarnya. Tahap kerisauan aku terlampau tinggi untuk semua ni, aku takut apa yang kami expect selama ni tak sampai.

Macam mana? "sayang?" dia memanggil. "iya?" cepat sahaja aku respons. Dokumen ditangan dia tarik. "pergi mandi dulu, okay? Lepastu kita solat asar sama-sama.." terus sahaja senyuman aku beri. "okay, kejap eh." lekas sahaja aku bangun dari duduk dan mencapai tuala menuju bilik air.

Elok sahaja pintu ditutup. Aku letakkan tangan didada. "kau boleh Adriana!" aku kuatkan semangat buat diri sendiri. 

Takhta Cinta •||• Jeon Wonwoo ©️Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang