"awak bahagia dengan saya?" kini kami berdua duduk dipersisiran pantai. Tengok bulan dan bintang. Dengan kepala yang bersandar dibahunya itu buatkan aku tenang.
"of course sayang.. kenapa tanya macam tu?" nada suaranya sedikit keras. "saja..kita tak tahu apa yang akan jadi di masa depan kan?"
"sayang stop it.." dia warning aku. Aku ketawa kecil. Peganggan dilengannya aku perketatkan. Wajahnya cemberutnya aku tengok. Dagunya aku bawa kearah aku. "terima kasih Abang.. jujur saya seronok sangat malam ni, sampai saya tak tahu nak gambarkan macam mana.." besarnya senyuman aku berikan kepadanya.
Akhirnya senyuman terukir. "terima kasih sebab jadi rumah untuk Abang.."
"sama-sama." laju sahaja aku membalas. Dia satukan dahinya dengan aku. Sahaja aku lagakan hidung kami. Lekas sahaja bibir kecil aku dikucup. "eii dah laa, geram tau.." cara dia bercakap itu buatkan aku ketawa. Aku pula rasa bahagia, hilang semua beban-beban yang orang cakap tentang kami berdua. Dia rebahkan badan diatas pasir.
"eh Abang kotor la.." dia tepuk dadanya. "sini.." laju aku menggeleng, dah la pakai baju putih. Tiba-tiba bunyi guruh, "eh ada bintang? Tapi nak hujan.." aku persoalkan sendiri. Kemudian mata aku jatuh kearah Wonwoo yang dah pejamkan mata itu. Aku tolak sedikit pinggangnya. "Abang nak hujanlah.. bangun!" dia masihlah pejamkan mata, diamkan aku.
Aku hela nafas berat. Idea nakal tercetus. "Abang? Malam ni malam..." terus terbuka matanya. Aku kecilkan mata lalu gelenggan aku berikan. Kalau tentang itu, laju sahaja beri reaksi. "nak tidur sini kan?" aku bangun, "tidur, jangan bangun.."
"sayang?" laju aku bukak langkah tinggalkan dia. Aku hanya endahkan dia.
Cahaya matahari benar-benar menggangu lena aku. Tangannya yang menutupi cahaya itu buatkan aku tersenyum. "tengok ni.." dia dudukkan aku, talam yang berisi sarapan itu diletakkan atas paha aku. Terkejut aku. Aku tengok dia dengan makanan itu berulang kali. Muka dia dah penuh dengan senyuman. "Abang masak!"
Drastik aku tepuk tangan. "wah..wahh emm nampak sedap..." pelik rupanya tapi aku kawal reaksi. Dia betulkan posisi. "Abang suap eh?" terkebil-kebil mata aku. "kejap..." aku angkat tangan dengan senyuman awkward. Aku berdehem sedikit, "Abang tak penat ke?" sahaja aku bertanya, macam menakutkan pulak nak menelan masakkan dia.
Kening dia bersatu. "apa? kita? semalam?.. tak laa," dia menggeleng. Dia sua sudu ke mulut aku. "eh bukan.." aku tolak kembali sudu tersebut. "semalamkan, Abang buat persiapan dinner tu sorang-sorang lepastu pagi ni..." aku tunjuk kearah talam yang berada dipaha aku. Dia hela nafas dengan bibir dimuncungkan. "Abang tengok drama banyak yang buat macam ni..breakfast in bed, Abang nak buat dekat sayang jugak.."
Dalam diam aku ukirkan senyuman. Seeffort itu? Pipinya aku usap menggunakan ibu jari. "sweetnya suami saya ni.." aku ngangakan mulut, laju dia sua dalam mulut aku. Aku kunyah sedikit, kemudian bibir aku kemam. Bau telur dia kuat. "sedap kan?" dia bertanya, terbatuk-batuk aku. Kemudian hidung aku tutup.
Uwekk..rasa nak termuntah. Berapa banyak telur dia letak dalam pancake ni ya allah. Laju comforter aku tolak dan menuju masuk dalam bilik air, pancake yang aku kunyah tadi aku luakkan kembali dalam singki. Effort dia dah bagus, tapi rasanya pulak..
"sayang? Kenapa ni?" aku usap dada perlahan. "tak sedap ke?" aku serbasalah. Aku basuh mulut, dan menghadap dia kembali. "bukan..sedap.. cuma bau telur tu kuat sangat.." dia jebek. Lengannya aku paut.
"but it's okay, nanti Adriana ajar abang cara senang dan sedap okie?" aku tayang gigi penuh. "promise?" pinky promise aku angkat. "okie dokie.." dia buat muka comel.
Aku tengok dress pink cair depan cermin. Wonwoo nak ajak aku pergi jalan-jalan. Dia tak ada la expert sangat, tapi bolehlah. "siap dah?" dia keluar dari bilik air, dan berdiri dibelakang aku, lingkaran tangan dipinggang milik aku, buatkan aku terhenti dari memakai jam tangan.
"sayang..Abang rasa kita dating dalam bilik je la.." mula dah. "kenapa pulak ni?" sahaja aku bertanya. "sayang cantik sangat..kalau orang lain tengok nanti macam mana?" melawak pulak dia ni. "saya? Cantik?" dia mengganguk. "celah mana la ya?" soalan itu buatkan aku ketawa, aku yang tanya aku yang gelak.
Aku tengok dia dipantulan cermin. Aku rehatkan kepala aku di kepala miliknya. "tadi bukan Abang cakap nak bawak saya jalan-jalan? Hm?" aku persoalkan dia manja. Kemudian aku angkat sedikit kening. "haah, laa..." dia tegakkan badannya. "Abang nak bawak Adriana pergi mana?" kini aku pusingkan badan kearahnya.
Tangannya dibahu aku. Dia angkat kening sebelah. "tempat ni sayang je yang boleh pergi." berkerut seribu kening aku. Dah booking ke? "tiada siapa yang boleh pergi dekat sini...kecuali sayang.." pandangan aku ke lantai, cuba berfikir. Lama. Sampai tak ada jawapan. "nak hint lagi boleh?" saja nak berteka teki dengan dia.
"okay..." dia hela nafas ringan. Dia berfikir sambil bermain dengan bibirnya sendiri. "no vehicle to get there.." aku gigit kuku, blur habis. "tak tahu...." meleret nada suara aku. Lalu aku menggeleng, giveup. Tangan aku dia capai, dan dia bawa ke dadanya. "hati Abang.." dia kenyitkan mata, terus ketawa kami berdua memenuhi ruang bilik. Menyempat je kalau nak mengusik.
"sayang!!!!" jauh dia menjerit sambil tangannya lincah bermain dengan layang-layang. Aku lapikkkan tangan didada, haih macam budak-budak. Jauh dia lambai, aku hanya membalas perlahan. Pandangan aku dibawa kearah pantai, biarkan angin menyapa tubuh badan.
Terleka seketika dengan suasana. Pandangan aku terkalih kearah budak kecil yang menarik hujung dress aku ringan. Sebelah tangan lagi dia hulurkan aiskrim perisa vanilla. Berkerut kening aku. "untuk aunty?" dia mengganguk. Aku capai dengan penuh tanda tanya. "siapa yang bagi ni?" dia senyum tayang gigi dan terus beredar tanpa bersuara.
Wonwoo dah hilang dari pandangan, terbang sekali dengan layang-layang ke laki aku ni? "Adriana?" sempat aku jilat aiskrim sebelum pandangan aku dikalihkan kearah suara tersebut.
"Eve?" drastik aiskrim terjatuh dari pegangan tangan aku.
ANDA SEDANG MEMBACA
Takhta Cinta •||• Jeon Wonwoo ©️
De Todoperkahwinan bermaksud menyatu, manakala penceraian pula sebaliknya. kalau wujudnya cinta haruskah ada hati lain? mahligai yang dibina atas dasar cinta runtuh begitu sahaja akibat orang ketiga. segala keraguan ditepis tapi akhirnya terbongkar dengan...
