BAB 49

324 10 40
                                    

Pagi-pagi lagi aku dah berdiri tegak depan Office keluarga Eve. Dia je harapan terakhir aku untuk semua ni. Aku masuk dengan senyuman yang manis. Terus sahaja kaki aku melangkah kearah kaunter pertanyaan. "Puan Evelyn ada?" tenang aku bersuara. "ada, tapi Puan ada buat appoinment ke?" aku menggeleng kecil. "kejap saya cuba." aku menanti. Dia bercakap tenang. Aku berharap sangat aku boleh jumpa dengan dia. "Puan?"

"Adriana Safiyya." dia mengganguk. Tak sampai beberapa minit, dia tutup phone. "Puan ikut saya." laju aku mengikut langkahnya. Patutnya kalau ikut system privacy aku tak boleh terjah macam ni, tapi aku terpaksa. Aku naik elevator dengan keadaan yang berdebar. Aku rasa tak tenang. Macam-macam bermain dalam otak aku. Boleh jadi positif atau sebaliknya.

Elok lift terbuka, aku dijemput masuk dengan penuh santun dalam bilik Eve. Terpapar besar namanya. Evelyn. "Puan tunggu ya? Kejap lagi Puan Eve sampai." aku melabuhkan punggung perlahan atas sofa pink yang menghadap bangunan-bangunan tinggi. Aku tengok sekeliling bilik. Satu gambar keluarga yang terpapar besar itu buatkan aku sedikit terkesima. "kenapa Tuan Rhysee dengan Eve?" berkerut seribu kening aku.

"hye? Adriana." suara itu membuatkan aku kalih. Dis berjalan dipimpin pembantu datang mendekati aku. "kau pregnant?" dia mengganguk. "terima kasih." sempat dia berterima kasih dengan pembantunya sebelum menyambut tangan aku. Aku dudukkan dia terlebih dahulu dan aku menyusul kemudiannya. "aku ganggu ke?" dia menggeleng, tangan aku digenggam.

"aku dah lama tunggu kau, Adriana..banyak sangat perkara aku nak cerita." dia duduk menghadap aku. "kau mesti dah tengok pendrive Mingyu tu kan?" aku diam. "I guess..yes" dia yang menjawab.

"aku nak tahu apa yang jadi waktu tu, Eve. Kenapa kau dengan Mingyu ada dekat situ?" dia hela nafas. "aku minta maaf, ya aku perangkap Wonwoo." aku sedikit tersentak.

"aku terdesak, Rhysee taknak tanggungjawab." Rhysee? Boss baru aku? "...dalam masa yang sama, Daddy desak aku untuk kahwin jugak dengan Wonwoo..kau tahukan parents aku macam mana?" aku terdiam seribu bahasa. "ya memang dia cinta pertama aku, tapi..aku dah move on lepas aku jumpa Rhysee," aku cuba untuk hadam semua ni. "jap..habistu?"

"Mingyu tahu aku pregnant, dan dia insist untuk tolong aku. Aku tahu cara dia salah, tapi dia dah selamatkan aku, Adriana." aku meraup muka aku lembut. "kau tak rasa berdosa ke buat semua ni, Eve? Kau runtuhkan masjid yang aku pertahan selama 3 tahun tu." aku bercakap perlahan. "Mingyu..." aku mati kata bila nama tu terpacul dari mulut aku.

"i did, aku tahu aku berdosa. Aku terpaksa, Mingyu ugut aku, Adriana." sekali lagi aku terkaku. "kalau aku tak perangkap Wonwoo, kemungkinan harini Ryan tu tak ada. Family aku dah tentu akan bunuh aku dan budak tak bersalah tu, Adriana." sempat dia telan ludah sebelum menyambung.

"Wonwoo tu baik sangat, dia jaga aku, dia curahkan kasih sayang keatas Ryan buatkan aku serbasalah, aku buntu, Adriana." dia tertunduk. Mingyu punca semua. Tak mengejutkan sangat sebab isi pendrive tu dah ada bukti, segala rakaman percakapan dia dengan Eve, CCTV Footage muka Mingyu jelas bantu Eve waktu tu. Sumpah aku tak tahu apa yang patut aku sampaikan. "aku tak tahu aku nak cakap apa, Eve...aku.."

Tubuh kecil aku didakap. "aku minta maaf..Adriana." aku kaku, membeku. Tak tahu apa yang patut aku buat. "Wonwoo dah tahu semua..tapi dia tak nak ganggu emosi kau....cuma.. aku tak setuju dia boleh maafkan Mingyu macam tu je.. he did you and Wonwoo dirt." lagi-lagi aku terdiam.

Takhta Cinta •||• Jeon Wonwoo ©️Where stories live. Discover now