BAB 5

531 18 0
                                        

"i don't wanna tiptoe,and I don't wanna hide.." aku teruskan dengan humming ringan sebab tak tahu lirik seterusnya sambil tangan lincah mengelap table top yang basah. Maklumlah baru lepas memasak, begini lah keberhasilannya. Aku letakkan tangan dipinggang. Letih sikit, kerana ruangan rumah kalini lebih besar. Semua benda aku buat sendiri.

Kenapa la beli rumah besar-besar. Aku mengeluh sendiri. "sayang~" Wonwoo memanggil dengan nada suara beralun. Laju aku menggeleng, nak mengusik la tu. "sayang, masak apa ni?" aku dengar dia menghirup dalam bau lauk yang baru aku tukar dalam bekas tadi.

Sampai dibawa kearah aku. "sedap bau dia.." terkekeh-kekeh dia ketawa. Sempat aku menjeling halus, sebelum mencuci kain kotor dalam singki, dan menyangkut ringan di tingkap. "abang nak makan tak?" aku pusing menghadap kearah dia. Ligat dia berfikir, macam susah betul nak bagi jawapan. "entahlah macam kenyang..macam lapar pun iya.." aku menghela nafas. "kalau nak makan, saya nak hidang kalau tak nak--"

Dia petik jari kearah aku. "teman abang basuh kereta jom? Lepastu baru kita eat together? Nak tak?" berkerut seribu kening aku. Sebelum ni tak pernah diajak pun. Laju aku geleng kepala. "tak nak la..panas-panas ni" panjang muncungnya bila aku menolak. Sibuk tangan membuka dan menutup api dapur. Merajuk la tu.

"kenapa tak basuh pagi tadi hm?" aku cuit sedikit dagunya. Lalu tangan Wonwoo aku tarik menjauhi dapur, takut kang hangus berdua dalam rumah. "abang sibuk sign document tadi.." meleret nada suaranya kan betul dia merajuk. Walaupun kami dah duduk jauh dari Daddy, tapi Wonwoo masih ada lagi beberapa projek yang perlu diuruskan sebelum tarik diri dari company. Itulah yang dia cakap.

Aku pun tak tahu, malas nak ambil kisah. Itu privacy keluarga mereka. Aku taknak masuk campur. Itu urusan dia. Titik. "ayuh.." tangannya aku tarik dan menuju keluar rumah. Kang merajuk panjang kang, tak larat nak memujuk.

"surprise!" dia depakan tangan luas dengan senyuman lebarnya. Mata aku terkedip-kedip tengok kereta Audi r8 yang elok diparkir sebelah range rover miliknya. "siapa punya kereta ni?" senyumannya drastik pudar. "sayang punya laa, takkan jiran sebelah pulak!" kini tangannnya dipinggang. Macam orang tua. "kenapa saya punya pulak ni? Saya tak minta pun kan?"

Lagi-lagi keluhan diberi. Dia dekatkan langkah kepada aku. Pipi aku Wonwoo cubit kedua-dua belah. "memangla sayang tak minta, tapi abang yang nak bagi.." lagi kuat cubitannya. "arghh, sakitlah!" dia ketawa kecil. "tapi saya tak nak.."

"kena ambil, anggap ni salah satu nafkah abang untuk memudahkan sayang bergerak okay?" aku terdiam, tak tahu apa lagi yang aku nak cakap..kerana ini terlalu besar untuk aku. "terima kasih.." dia mengganguk dengan kening diangkat berkali-kali. Kunci kereta dia letakkan ditapak tangan aku. "so abang dapat apa ni? Sebagai balasan?"

"ouh minta timbal balik.." saja aku mengusik. "mestilah..kita mesti bijak menggunakan peluang.." senyuman nakalnya terukir. aku dah agak dah.

"peluang?" dia mengganguk dengan muka yakinnya. "peluang ya?" aku bertanya lagi. Reaksinya berubah. "janganlah tanya banyak kali sayang..seram." paip aku bukak, laju aku tala batang paip kearahnya. "Adriana Saffiya!!!" bergema satu taman bila nama penuhku disebut. Puas ketawa aku, bila dapat mengusik dia sebegitu.

Aku yang baru keluar tandas itu diganggu dengan bunyi notification yang tak berhenti dari telefon milik Wonwoo. Wonwoo pulak buat tak tahu. "Abang?" dia tak respon, malah laju tangannya tolak butang silent. Wonwoo tongkat kepalanya depan komputer, memandangkan bilik kerjanya belum siap direnovate jadi dia letak meja kerjanya dalam bilik tidur. Mujurlah luas, dan yang paling penting aku tak sunyi. Stress nampaknya.

Malas nak ganggu emosi dia, jadi aku turun buatkan air untuknya. Mana tahu dapat legakan stressnya. Dalam masa aku berjalan nak naik tangga ada satu kertas yang buat aku tertarik. Laju aku langkahkan kaki. Aku ambil perlahan. Berkerut kening aku, "surat hospital siapa ni?" aku tengok nama. Terbutang luas mata aku.

Pintu bilik aku tolak. Biarlah dia reda dulu kalau nak bertanya. Aku nasihatkan diri aku sendiri. Aku letak cawan yang berisi teh dimeja kerjanya tanpa satu patah perkataan pun. Kemudian laju aku rebahkan badan atas katil. Phone aku buka, tapi aku tak fokus malah sibuk memerhati Wonwoo yang masih bekerja. Disebabkan aku dia terpaksa bekerja dari rumah macam ni. Serbasalah aku dibuatnya.

Tiba-tiba Wonwoo bangun dan menyusun langkah mendekati aku. Ringan dia labuhkan punggung disisi katil dan kepalanya dia letakkan kepala dibahu milikku. Ada lah benda yang tak kena ni. Entah mengapa tangan aku perlahan mengusap belakangnya. "kenapa ni?" aku cuba untuk kawal nada suara.

"abang cuma nak rest.." aku kemam bibir, apa-apa biar dia yang buka cerita dulu. Takut nanti jadi lain. "it's okay take time.." aku tenangkan dia. Lama dia diamkan diri, risau aku, tapi inilah cara dia pujuk emosi marah dia. "Daddy masuk hospital..kerja banyak sangat," see, dia akan cerita tapi kena sabar. "nak atau tak..benci or tak suka, abang kena masuk Office by tomorrow." kepala dia angkat, kini mata aku ditatap dengan kolam air matanya yang mula terlihat.

Nampak riak kecewa dan serbasalahnya. Rambutnya aku usap. Sampai macam ni dia pertahankan aku. "sayang takpa ke, abang balik kerja dengan Daddy?" berkerut kening aku. Senyuman aku terukir, "kenapa minta izin saya pulak? Tu kan Daddy awak..nak tak nak awak kena tolong dia..siapa lagi kalau bukan awak..?" tenang aku bersuara. Muncungnya terlihat.

aku bangun dan bahunya aku pegang, "now..abang pergi tengok Daddy dekat hospital okay?" laju tubuh kecil aku dipeluk erat. "that's why Abang pilih sayang untuk jadi Isteri..terima kasih faham Abang.." aku balas pelukannya dan parking dagu dibahu lebarnya. "eung.." lalu belakangnya aku tepuk perlahan.

Takhta Cinta •||• Jeon Wonwoo ©️Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang