aku lapikkan tangan didada, ambil angin tepi pantai macam ni memang tenang. cuba tak fikir tentang apa yang baru jadi tadi. Eve. insan yang paling aku percaya, macam tu je aku dibodohkan.
macam mana aku boleh tak sedar yang dalam hati dia ada Wonwoo? aku hela nafas kuat. patutlah waktu aku nikah dengan Wonwoo haritu, bukan main laju dia keluar. tak sanggup nak tengok cinta hati dia kahwin dengan kawan baik dia sendiri.
"huh! panjang lagi perjalanan perkahwinan engkau ni adriana.." aku bercakap sendiri cuba untuk menyangkal perasaan yang aneh. lagi fikir lagi melalut aku overthinking.
"sayang~" panggilan dan pelukan dari belakang itu buatkan sedikit kalihkan pandangan sedikit kebelakang. senyuman segaris aku berikan. "kenapa tinggalkan abang..?"
sikit pon aku tak bergerak, nak bersuara apatah lagi. mood aku sedang tidak baik-baik. Wonwoo sangat tahu tentang ini. emosi aku tak lah sebaik orang lain. aku lari sebab aku takut yang kemungkinan Eve akan makan penampar aku.
tak pernah aku jumpa perempuan sanggup dimadukan, advance lagi siap minta izin dan mengaku jatuh cinta dengan suami orang. Wonwoo perketatkan pelukan.
"sayang kena ingat, you are the one that i love.." aku kalihkan sedikit pandangan, "abang please.. im not in the mood to talk about this.." seketika air mata aku bergenang. entah mengapa lemah tatkala menatap wajah figura ini.
"hey, kenapa ni?" pipi aku dia pegang. drastik air mata aku menitik. see, sumpah hati aku luluh kalau dengan Wonwoo.
laju tubuh kecil aku ditarik dalam pelukan. belakang kepala aku diusap perlahan. "Eve tu kawan saya.. kenapa dia buat saya macam ni.."
Wonwoo hanya diamkan diri, sibuk menenangkan aku. dia biarkan aku menangis dibahu lebarnya. sambil menepuk perlahan belakangku.
bila aku dah sedikit tenang, dia lepaskan pelukan. muka aku dia intai sedikit. "okay dah?" aku mengganguk dengan jebekkan. dia meniru, laju dadanya aku pukul.
"don't cry sayang~ tak cantik tahu tak?" dia lap air mata aku dengan ibu jarinya. "basah habis baju abang.." dia melawak, terus senyuman aku ukirkan. tak boleh nak serius langsung.
"kita dating dalam kereta okay kan?" aku tengok pizza dengan air coke yang baru delivery tadi. rasa tak percaya. "sempat pulak abang order?" dia mengangkat kening, show off.
"abang tahu sayang tak ada mood, cause apa yang jadi tadi.." aku tundukkan pandangan. "so... makanan adalah pengubatnya.... teng teng..." dia tepuk tangan. tangan aku ditarik dan laju dia dudukkan aku dalam kereta.
dia berjalan, dan masuk dalam kereta dengan nyanyian kecil. inilah sebab kenapa aku terima dia, sedaya upaya dia tak menggangu mood aku, apa yang dia fikir hanya untuk bahagiakan aku.
"macam mana abang tahu..Daddy mesej saya?" drastik nyanyiannya terhenti. kini pandangannya kearah aku. "sayang..abang tak nak cakap kalau emosi sayang tak okay—"
"saya dah okay.. i need to know,"
"abang..follow sayang" berkerut kening aku. "abang tak sedap hati..dan abang tahu mesti ada benda yang tak kena."
"dan instict abang betul..nasib baik abang cepat" sempat aku telan ludah sebelum lancar tangan aku mengenggam tangan miliknya kemas. "adriana minta maaf abang..patutnya—"
dia menggelang, dia membalas genggaman aku tadi. "sayang look..walaupun satu dunia menentang perkahwinan kita, Abang tetap akan berjuang untuk pertahankan awak.." sekali lagi hati aku luluh dengan setiap patah perkataannya.
"abang cintakan awak..selalu ingat okay?" laju aku mengganguk.
"bulan depan kita pindah rumah... biar jauh dari semua orang, abang taknak orang kacau rumah tangga kita lagi..termasuk Daddy.." ya. Daddy.
"tapi abang..Daddy—" laju jarinya dibibir aku. "please sayang untuk kita.." terdiam aku.
ANDA SEDANG MEMBACA
Takhta Cinta •||• Jeon Wonwoo ©️
Losoweperkahwinan bermaksud menyatu, manakala penceraian pula sebaliknya. kalau wujudnya cinta haruskah ada hati lain? mahligai yang dibina atas dasar cinta runtuh begitu sahaja akibat orang ketiga. segala keraguan ditepis tapi akhirnya terbongkar dengan...
