BAB 48

338 13 5
                                        

Aku letakkan tangan didada sebagai tanda hormat kepada Mr. Wong. "thank you" aku mengganguk. "you're welcome." kemudian aku melambai figura tersebut dengan senyuman yang besar. Tak sangka nak tawan hati dia untuk design resort semudah ABC. Tak perlu berunding lama pun. Cukup dengan kesopanan dan kata manis, terus lulus. Aku ketawa sendiri. Aku capai handbag. Baru sedar phone berdering. Aku selongkar handbag dan capai phone. Mingyu.

Laju sahaja aku reject. Kalau boleh buat masa sekarang ni memang aku tak nak jumpa dengan dia. Entah mengapa aku rasa macam ni. aku akan cuba untuk selesaikan masalah satu persatu. Aku taknak jadi bodoh lagi. Lekas sahaja aku keluar dari restoran dan menuju ke kereta. Office aku tuju. Aku dengar berita bahawa anak Puan Linda masuk gantikan dia mulai dari harini. Jadi aku kena ada dekat Office.

Laju aku pecut. Phone yang berbunyi kuat itu aku tak endahkan. Berdecit aku naik lift dan menuju ke ruang pejabat. Sampai je diatas, laju Dian tarik tangan aku dan bawa masuk ke Dewan. "Boss baru kita lelaki Cik Safiyya." Puan Linda tak bagi tahu pula yang anak dia lelaki. "Dian nak mengorat la." aku mengganguk annoying.

Aku lapikkan tangan didada. Figura lelaki tinggi dengan jas kelabu gelap disertakan tali leher hitam halus itu benar-benar buat orang terpana. Aku sendiri impressed dengan pemilihan outfit dia untuk hari pertama sebagai CEO Onism. "Asalamualaikum." Dian sentuh lengan aku dengan muka cairnya. Aku menggeleng kecil. Pantang nampak yang elok. "let me introduce my self, so nama saya Ryseen Luth AlFateh. Seperti yang anda semua tahu, saya bakal menggantikan Puan Linda sebagai CEO Onism, sekaligus pemegang saham terbesar syarikat." kuat tepukan bergema.

"eum...saya mengharapkan segala kekurangan saya sebagai pengarah boleh diterima oleh semua orang." aku mengeluh kecil, kenapa aku tak rasa apa-apa. Kata-katanya tak beri impak pun untuk aku. Wajah kecilnya aku tenung. Muka dia ni nampak sangat familiar. Aku pernah jumpa dia ke? Dia masih masih lagi beri ucapan tapi aku tak fokus, sibuk otak aku scanned dekat mana aku jumpa dia.

"di kesempatan ini, saya cuma nak minta doa untuk kesihatan Isteri saya...." automatik aku pasang telinga. "yang sedang sarat mengandung for our second baby.." dia letakkan tangan didada dan tundukkan sedikit kepalanya. Aku kalih kearah Dian. "Dua Dian.." dia kemam bibirnya. "Dian dengar.." drastik ketawa aku tercetus. Macam mana la aku boleh dapat PA kelakar macam ni.

Usai kami berkenalan, aku masuk dalam Office aku. Aku mengeluh perlahan. "bunga lagi.." aku berjalan mendekati meja. "Dian." laju aku panggil gadis banyak mulut itu. "ya Cik Safiyya?" aku tengok dia, fokus dia menatap wajah aku. "lepas ni tolong jangan accept mana-mana bunga lagi dah, saya taknak." dia tabik hormat. Aku mengganguk kecil. "tapi..kalau Tuan Athar yang bagi?" terkebil-kebil matanya menunggu jawapan dari aku.

"awak ada apa-apa ke dengan Tuan Athar?" kening dia bersatu.

"eh salah ni, patutnya saya yang tanya Puan?...cantik cincin." dang. Dia tahu sesuatu. Dia menjuihkan bibir kearah cincin yang yang terletak elok dijari manis milikku. Aku kecilkan mata. Automatik senyuman awkward dia terukir, "saya masuk ambil bunga tu ya?" aku tengok dia sekilas dan beri ruang untuk dia masuk. Lepas dia keluar laju aku mengambil tempat dikerusi. Dian dengan Wonwoo? Eve? Lama aku tak nampak dia. Ryhsee? Siapa dia sebenarnya?

Aku betulkan sedikit handbag dan masuk dalam perkarangan Cafe. Rasa nak minum Coffee pula sebelum balik. Aku berdiri menunggu giliran sambil fokus melihat menu. Lama aku termenung. Blur. "ya?" budak counter tu menegur. "eumm... Matcha Latte?"

"satu?" aku mengganguk. Baru nak ambil duit.

"make it two!" lekas sahaja aku kalih kearah pemilik suara itu, berkerut seribu kening aku. "Minseo?"

Kami mengambil tempat duduk, betul-betul dihujung sudut Cafe. "haih...aku tak tahu macam mana nak mula.." jantung aku mula tak stabil. "..aku tahu aku banyak salah dengan kau, tapi.." air matanya bertakung, aku mula tak sedap hati. "aku buat semua ni demi Abang aku."

"ha? Minseo kau cakap apa ni? Aku tak faham." tangan aku diraih dan digenggam kemas. Dia tertunduk buat seketika. "kau dah tengok pendrive yang Abang aku bagi?" sayu matanya, perlahan aku mengganguk. "sebab tu ke kau tak jawab call dia?" aku terpana dengan soalan yang diajukan. "dia tak sengaja.."

"Minseo..betul ke dengan apa yang aku tengok? Ke bukan..?" aku cuba untuk menyangkal sebaik mungkin. Dia mengeluh berat. Satu lagi pendrive dia bawa keluar dari beg tangan miliknya. Sama. Warna dan jenisnya. Dia tolak mendekati aku. "he supposed to give you this..tapi.." Minseo terdiam. Aku tengok pendrive tu kosong. Aku telan ludah. Aku tak tahu apa yang patut aku rasakan sekarang. Otak aku blank.

"apa hubungan Mingyu dengan Eve?" laju soalan tu meluncur dari mulut aku. "Apa yang diorang buat dengan Wonwoo?"

"aku tak tahu..sumpah aku tak tahu." Aku lepaskan tangan Minseo. Pendrive yang Mingyu bagi kepada aku itu aku letak atas meja kasar. "kau ambil balik, pendrive yang penuh dengan rahsia buruk dia, aku taknak jumpa kau dah" lantas aku bangun dai tempat duduk. "Ryan bukan anak Wonwoo..dia tak curang dengan kau pun, Adriana!" sempat aku berhenti untuk seketika sebelum berjalan meninggalkan Minseo sendirian di Cafe.

Pintu rumah aku buka, belum sempat aku masuk rumah. Aku terduduk dan mengusap dada kuat, tersekat-sekat nafas aku. Longlai, aku cari tempat untuk bersandar buat seketika. Aku sendiri tak percaya dengan apa yang aku tengok, walaupun aku cuba menyangkal perkara itu, tapi..

Cuba mengalisis dengan perkara ni. Mingyu dengan Eve perangkap Wonwoo? Untuk apa? Sumpah aku tak tahu apa yang perlu aku buat. Aku kena cari tahu sendiri. Aku donggakkan sedikit kepala. Tahan air mata. "kau kena kuat Adriana, aku cuma perlu buktikan yang ini semua takdir, dan bukan onar dari siapa-siapa." aku tepuk dada perlahan.



Takhta Cinta •||• Jeon Wonwoo ©️Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang