BAB 46

316 9 4
                                        

Aku tenung pusara kecil itu dengan senyuman. Sekejap je masa berlalu, Wana pergi dah hampir 3 bulan. "sadaqallahhula'azim...." tenang aku habiskan bacaan yassin. Aku sentuh sedikit kepok miliknya. Tak pernah sekalipun aku ponteng untuk datang jenguk dia. Batu kelikir putih yang menghiasi pusara sikecil itu aku main. Sempat Wonwoo tempah semua ni. Siap ada tempat duduk disediakan.

Batu nisan itu aku tatap lama. Nurul Wana Adleena Binti Mohd Wafiy Athar. Pokok bunga raya yang tumbuh subur itu buatkan aku tertanya. "Baba yang tanam ke sayang?" sahaja aku bersembang. Sambil tangan membuang daun-daun kering yang terjatuh. "haih...I miss you sayang, Ibu sorry okay? Lately ni Ibu sibuk sangat..sampai tak ada masa nak jenguk Wana." aku duduk kembali. Mata aku jatuh kearah cincin yang elok terletak dijari manis.

"Wana doa dari jauh ke sayang?.."

Dalam banyak- banyak perkara dalam dunia ni, berkahwin semula dengan orang yang pernah menjadi titik hitam dalam hidup aku adalah perkara yang paling aku tak expect. Aku hela nafas berat. "how come, Ibu nak hadap Papa lepas ni?" Mingyu..satu lagi. Lepas Ibu pulangkan cincin haritu, langsung aku tak dengar khabar mahu dari dia ataupun Minseo. mungkin dia dah redha?Lagi-lagi keluhan aku berikan.

Aku capai botol ditepi dudukku dan penutup aku buka, dengan mulut yang tak berhenti berselawat. Aku siram perlahan, tapi satu tangan yang turut memegang botol itu buatkan aku sedikit terkaku. Terlepas botol tu. Terang biji mata aku bila aku nampak Wonwoo. "awak buat apa dekat sini?" sarkatik nada suara aku. "Abang yang patut tanya awak, kenapa datang sini tak minta izin Abang?" kening aku bersatu.

"baru dua minggu, awak dah langgar condition?" laju sahaja aku mengkaitkan janji yang kami buat sebelum akad nikah haritu. Dia letakkan jari dibibir. Tangan dia tadah. Berdoa. Dikucup dan diusap perlahan batu nisan milik Wana. Aku hanya perhatikan pergerakannnya. "Baba akan tunaikan janji..untuk jaga Ibu." sempat aku jeling sebelum ambil keputusan untuk tinggalkan dia.

Aku bangun dan capai semua barang yang aku bawa dari rumah tadi. Dia masih sembang kosong, cepat sahaja buka langkah menuju ke kereta. Aku capai kunci. Aku akan mengelak selagi boleh. Aku start enjin. Pintu kereta penumpang terbuka, Wonwoo labuhkan punggung selamba, dan seatbelt ditarik. "awak buat apa ni?" aku mempersoalkan dia. Tenang dia sandarkan kepala penyandar kerusi. "keluar!" sarkatik.

"Abang minta tumpang sampai depan tu je, boleh?" dia tunjuk kearah keretanya yang tak jauh dari aku. "saya tak nak! Keluar." lagi-lagi aku membantah. Aku tarik nafas dan lepas. "kalau awak taknak keluar... biar saya yang keluar!" tombol pintu aku pegang, sahaja mengugut. "okay. Okay Abang keluar.." dengan keluhan dia keluar dari kereta. Elok pintu dia tutup, laju aku tekan minyak. Bukan kurang ajar, cuma aku masih belum boleh terima dia. terlalu berat untuk aku.

Aku memandu pulang kerumah. Aku tolak pintu perlahan, aku berdiri tegak untuk seketika waktu. Banyak sangat kenangan manis dalam rumah ni. Setiap tempat yang aku lihat semua ada Wana. Aku tarik nafas kuat sebelum melangkah masuk dalam rumah. Sunyi. Kalau Ibu ada disini mesti aku tak rasa macam ni. Aku tertunduk sedikit. Untung aku masih ada Ibu, dengan siapa lagi aku nak bergantung kalau bukan Ibu.

Aku labuhkan punggung dikerusi ruang tamu. Setiap penjuru rumah aku tengok. Kolam air mata aku mula berkumpul. Aku genggam kuat sofa, tanpa dipaksa laju air mata aku turun. Aku tak sekuat seperti yang diharapkan. Cukup hanya sekadar pura-pura tenang dihadapan Ibu, tapi bukan untuk aku. Aku dongakkan kepala keatas, tahan air mata. Tiga bulan Ibu disini menemani aku, aku adalah insan yang sangat teguh, tapi bila Ibu ambil keputusan untuk balik kampung terus sahaja jadi biskut, rapuh.

Aku rebahkan badan disofa. Aku mengusap lengan aku sendiri. Luah dengan cara aku. "I wish you here sayang.." kalau ada Wana bolehlah aku peluk supaya aku tak overthinking. Aku ambil keputusan untuk lelapkan mata.

Pagi-pagi lagi aku dah bersiap untuk ketempat kerja. Aku kenakan blouse putih. Wana suka warna putih. Aku senyum sambil menyapu sedikit habuk yang melekat dibahagian dada. Kemudian perlahan aku tarik tudung itu kebawah sedikit dan kemaskan. Macam mana sekalipun aku tak boleh nak terima dia, tapi tittle sebagai sorang isteri itu wajib untuk aku tunaikan apa yang patut.

"saya akan kahwin dengan awak, tapi dengan dua syarat." Wonwoo tatap muka aku tenang. "saya nak kita duduk asing..awak buat hal awak, saya buat hal saya." drastik reaksi wajahnya berubah. "tapi--"

"cause you have Eve!" cepat sahaja aku menyangkal. "takpayah ada giliran, awak tak balik pun takpa.." dia diam. "..yang kedua, saya akan jalankan tugas saya sebagai Isteri tapi bukan bersama dengan awak" dia masukkan tangan dalam poket. "sayang.." aku angkat tangan, supaya dia berhenti. "ingat saya buat untuk Ibu, bukan untuk kita." sempat aku menjeling sebelum kembali masuk dalam rumah.

"RM 9.90" aku hulurkan duit kearah cashier dikaunter dan mencapai Ice Americano milik aku tenang. Aku senyum segaris sebelum pusing untuk keluar dari Cafe tersebut. Aku turun anak tangga perlahan. Tanpa melihat, aku lepas pintu. Menonong aku jalan tinggalkan kawasan Cafe dan naik tangga menuju ke Office. "morning Cik Safiyya." sedikit rasa serbasalah dengan panggilan itu tapi aku layankan sahaja.

Aku masuk bilik aku, tapi terhenti tatkala sejambak bunga bersama dengan Coffee panas elok terletak atas meja milik aku. Wonwoo? Perlahan aku berjalan mendekati meja. Aku kenal bunga ni. Gabungan Pink Carnation dan Astilbe. Aku cari card. Tapi tak kunjung jumpa. Aku duduk.

"Cik?" belum sempat handbag aku buka, Dian dah terpacak depan pintu. Aku ketawa kecil. "iya?" dia buat muka gedik bila nampak bunga tu. "siapa bagi tu?" aku angkat bahu. "saya cari card tapi tak jumpa pulak." dia mengganguk. "it's okay la, ni saya cuma nak bagi tahu tentang projek yang pending haritu." dah lama aku tak dengar. "kenapa?"

"mungkin dalam masa seminggu ni, kita dah boleh proceed balik." aku senyum. "Tuan Athar dah dapatkan contractor  yang bagus untuk kita teruskan." aku helakan nafas lega. Selepas 3 bulan di diamkan akhirnya berjalan kembali. "dan..." aku tengok dia kembali. "Puan Linda suruh Cik Safiyya urus projek ni hanya dengan Tuan Athar. Dia taknak terlibat." fuh. Berdua?

"kenapa eh?" sahaja aku bertanya. Laju Dian angkat bahu. Aku mengganguk. aku mengeluh. "takpa..it's okay" dia buat thumbs up. "saya keluar dulu." dengan senyuman dia keluar tapi dengan slay dia pusing balik.

"i'm still waiting..." dia tunjuk kearah bunga. "and...I will not forget you?" aku confuse. "apa?"

"maksud bunga tu." aku terdiam untuk seketika waktu.

"rindu aku tau.." tiba-tiba ayat itu meluncur laju di kepala otak aku. Saking terkejutnya aku, Coffee panas itu terjatuh membasahi meja kerja aku mujur kosong. Cawan yang terbalik itu buatkan tangan aku menekup mulut rapat.

"he don't deserve you.." Mingyu.

"..Dear.."

Aku ingatkan dia terima? 

Takhta Cinta •||• Jeon Wonwoo ©️Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang