BAB 27

349 17 0
                                        

Dah sampai rumah, tapi Wana masih lagi monyok. Dia naik atas katil dan pusing kearah berlainan. Aih. Aku buka pin tudung satu persatu sambil tengok dia dibalik cermin. Pandai merajuk dah budak kecik ni. "Wana? Ibu mandi kejap eh..?" dia mengganguk acuh tak acuh. Selalunya hari-hari berjumpa, bergelak ketawa.

Lepas je aku masuk bilik air laju aku bersihkan diri. Kemudian aku tunaikan solat Maghrib dan Isyak, maklumlah habis kerja lambat. Aku labuhkan punggung perlahan sebelah dia. Lengannya aku tarik. Menitik-nitik air matanya jatuh. "alaa, kenapa anak Ibu ni.. Papa work la sayang.." aku angkat dia duduk atas paha. Lalu menepuk dia ringan. Kami dua-dua mengelakkan sebenarnya? Malu atau serbasalah?

"Ibu.." meleret nada suaranya. Dia tengok aku. "ya sayang?" aku berbalas pandangan. "kenapa Ibu tak duduk dengan Papa?" terkejut aku dengan soalan yang dia bagi. "heh, apa Wana ni.." lagi panjang muncungnya. Dia lap mukanya dibaju aku. "Wana sayang Papa laa.." haih, apalah si Minseo racun otak budak ni. "nanti Ibu bawak Wana jumpa Papa okay? Kita sleep?.." dia menggeleng.

"nak susu?" aku memujuk. Dia mengganguk. "disebabkan anak Ibu merajuk malam ni, Ibu bagi susu advance.." sempat aku angkat kening sebelum letakkan dia disisi aku. "Wana sorry Ibu.." aku senyum. "it's okay come here." sambil dia menyusu, aku menepuk punggungnya perlahan. Tak berhenti mulut berselawat, biar cepat sikit terlelap. Tak sampai beberapa minit, aku intai, mata dah terpejam. Perlahan aku tutup baju aku. Itulah hasilnya. Mengantuk.

Aku bangun, nak siapkan slide. Tinggal lagi beberapa page je lagi. Tapi bila boleh present aku sendiri pun tak tahu. Ini pertama kali ada collab dengan company yang complicated macam ni. Aku hela nafas, sebelum tenang pasang kaca mata. Malam ni tidur lambat la gamaknya. Aku regangkan sedikit badan sebelum mulakan kerja. "bismillah"

Lincah tangan bermain dengan mouse, dan butang enter. Coffee aku capai, sesuai la untuk hilangkan kantuk.

Gelabah aku masuk Office, lambat hantar Wana pagi tadi.. Dia buat perangai. Berat juga hati tapi sebab aku bekerja. Elok je aku labuhkan punggung di kerusi Office, tiba-tiba hati tak tenang. Aku usap dada perlahan. Aku tengok jam ditangan. Meeting start pukul 8.00 pagi, aku ada 10 minit lagi untuk ready.

Aku capai Ipad dan pelan, ini hanya projek kecil. Aku harap sekejap je la. Aku keluar dari bilik. Meja Dian aku ketuk. "Dian saya amik half day harini, anak saya tak sihat." laju dia mengganguk. Kini aku langkahkan kaki ke bilik meeting. Aku hela nafas. Cuba professional walaupun hati aku tak tenang. Aku dengar acuh tak acuh je ni. Risau bukan kepalang.

Bila meeting habis bergegas aku keluar dari bilik meeting. "Safiyya?" aku kalih kebelakang. "ya Puan Linda." nafas aku tak teratur. aku betulkan posisi tegak. "you okay tak ni?" aku senyum segaris dan menggeleng. "anak saya tak sihat.." muka dia berubah. Lengan aku diusap. "it's okay you boleh ambil cuti uruskan anak you, but before tu I nak bagi tahu, lusa kita ada meeting dengan Tuan Athar, just ready okay?" finally, laju aku mengganguk.

Bila dah dapat greenlight laju aku masuk dalam bilik. Phone yang menyala itu aku tengok. Mingyu? Berkerut kening aku. Aku angkat.

"Adriana? Wana muntah, pihak nursery call engkau tadi tapi tak dapat." rasa nak gugur jantung aku, handbag aku capai. Benda lain semua aku dah tak ingat. "Wana macam mana?" tanya aku gelabah.

"ada dekat Hospital dengan aku.." berlari anak aku ke elevator. "tunggu aku datang," panik aku dibuatnya.

Sampai sahaja di Hospital wad kanak-kanak aku tuju. Meleleh air mata aku bila tengok Wana terbaring lemah macam tu. "kenapa dengan dia?" aku letak handbag dihujung kaki. "demam," aku labuhkan punggung disebelahnya. "sayang..Ibu dekat sini ni.."

"dia baru je tidur.." sikitpun aku tak pandang Mingyu dekat sebelah malah ngalit belai sikecil tu. "ada dua je option," aku berdebar. "pertama, mungkin dia tak sesuai dengan susu baru tu.." aku mengganguk, Wana baru tukar susu yang baru. Logik jugak. "kedua, mungkin demam sebab rindu Papa dia." aku pandang Mingyu. "jangan main-main boleh tak?"

Mingyu hela nafas panjang. "betullah, masa aku amik dia dekat nursery tadi dia menangis tahu tak?" aku diam. "kenapa kau tak bawa je dia jumpa aku?" aku tengok Wana sekilas. "aku tak sempat..kerja aku banyak sangat."

"excuses, ke kau serbasalah Adriana?" lagi sekali aku terdiam. "aku dah terbiasa dengan tolakkan kau, Adriana..jangan risau aku tak ambil hati." ya kini aku benar-benar serbasalah. Aku diam tak berkutik. Tak tahu apa yang patut aku balas. "aku keluar dulu, kejap lagi kalau Wana dah bangun bagi dia makan bubur tu.." aku mengganguk.

"terima kasih Mingyu." dia senyum sekilas. "sama-sama.." lembut terdengar masuk dalam telinga aku. Jari jemari Wana aku main. Apa aku nak buat ni? Wana sayang dengan Mingyu sangat. Tapi aku..? macam-macam dalam otak aku bermain. Patut ke aku bagi peluang? Arghh aku takut...mulalah overthinking. Aku betulkan selimut Wana. Wajah kecil itu aku tatap. "Ibu minta maaf sayang.."

Wana keutamaan aku sekarang.

Minseo datang dengan beg baju aku ditangan, laju tubuh aku dipeluk. "sorry aku susahkan kau.." dia pukul paha aku. "tak ada laa..sayang Aunty ni." dagu Wana dia usik. Aku sua sudu yang berisi bubur kepada Wana. Dia menggeleng. Kalau demam lagi advance manja dia.

"Papa dia mana?" ya itulah sebenarnya. Kalau Mingyu datang kejap lagi tak aku ingat dah. Kalau nak menyusu je baru Wana ingat yang dia ada Ibu. Walaupun Wana tak membesar dengan ayah kandung dia sendiri, tapi kasih sayang yang Mingyu bagi sudah lebih dari cukup.

"Wana.." suara itu buatkan Wana angkat kepala. "datang dah!" Minseo bersuara. Mingyu depakan tangan dan capai Wana dalam dukungan. "kenapa anak Papa taknak makan ni?" dia memujuk. Laju dia landingkan kepalanya di bahu Mingyu. Aku tengok Minseo dengan senyuman segaris. Sementara Mingyu layan Wana aku sembang kosong dengan Minseo.

"Abang aku cakap kau jumpa dengan Wonwoo haritu?" perlahan aku mengganguk. "kau bagi tahu tak yang Wana tu..." dia dekatkan wajahnya. "dah, tapi dia tak percaya." terus keningnya bertaut. "kenapa pulak?" aku tengok muka Minseo tanpa reaksi. "aku kan keguguran waktu tu.." terus dia mengerti. "dia taktahu kau pregnant twin.." lagi-lagi anggukan aku berikan.

"kalau dia nak getback dengan kau balik.." terus pahanya aku pukul. "jangan merepek..takkan." aku menyangkal. Hati aku benar-benar mati.

"so maknanya Abang aku ada chance ke ni?" aku menjeling, menyempat je. "n-"

"Ibu.." tak sempat aku nak membalas. "ya sayang?" anak dulu. Mingyu hulur Wana kepada aku. Dia tak mahu aku sambut, malah berdiri mendekati telinga aku. Tangan dia menghalang. "Ibu Wana nak susu.." dia berbisik aku tahan tawa. Aku lupa pula yang sekarang ni memang kena full menyusukan dia. Takut nanti masuk Hospital lagi. "okay.." aku membalas.

Minseo kecilkan mata. "Aunty nak jugak boleh?" laju Wana peluk aku dengan muka penuh amarah. "Aku balik dululah, esok Wana dah boleh keluar." aku mengganguk. "byee..Papa..Wana love Papa.." Mingyu dekatkan pipinya. "kiss Papa, cini." Minseo buat muka annoying. "nyampah aku.." sempat dijeling Abangnya itu. "muahhh!"

Tak lupa flying kiss dia tu. Aku menggeleng. Patutnya Wonwoo kan yang buat macam tu? Aku tengkok Wana. Kenapa tiba-tiba aku fikirkan dia ni? 

Takhta Cinta •||• Jeon Wonwoo ©️Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang