BAB 6

441 17 0
                                        

Aku berdiri dihadapan pintu wad, tak nak masuk biarlah Wonwoo didalam. They need privacy. Aku bermain dengan handbag milikku. Aku bekeras tak nak ikut tadi, tapi Wonwoo memaksa. Katanya kalau aku tak ikut dia tak nak pergi, aku hela nafas. Sabar je la.

Aku tengok sekeliling. "Adriana?" lekas aku kalih. "Mingyu?" dia berhenti betul-betul depan aku. "asal kau tak masuk?" aku menggeleng perlahan. "biarlah Wonwoo berdua dengan Daddy," dia betulkan baju kerjanya lalu mengganguk. "nampak letih ni mesti banyak patient kan?" dia mengeluh berat. "hari-hari ada orang sakit! Macam tu la" ketawa aku tercetus. Statementnya tak pernah tak betul.

"ha ni, thank you bagi tahu Wonwoo about his dad..kalau tak--" Mingyu faham sendiri. "kau tak letih ke berdiri? Kenapa tak duduk?" aku kecilkan mata. "malas lah kejap lagi nak duduk lagi."

"Adriana?" suara lembut itu buatkan aku kalih. Eve. Aku betulkan posisi badan. Muka Mingyu aku tengok sekilas, nampak seperti Mingyu tahu. "aku masuk dulu la.." laju Mingyu minta izin dan beredar. "kau sihat ke?" soalan itu buatkan aku sedikit mengukirkan senyuman. Elok pula phone berbunyi. "sorry aku ada call.." lekas sahaja aku susun langkah tinggalkan dia disitu.

Aku labuhkan punggung di canteen. Lebih baik aku larikan diri dari terpaksa dengar luahan hati dia. Bukan taknak memaafkan, tapi bukankah semua orang berhak merasa kesal dan kecewa. Sejujurnya masalah ni tak ada la besar, tapi aku perlu masa. Sakit rupanya kena tikam belakang. Aku bermain dengan straw dalam Coffee tersebut. Cuba untuk tidak berfikir negatif.

"macam mana dengan Daddy?" Wonwoo fokus memandu. Berkerut kening aku bila soalan aku dibiar sepi. "Abang?" aku tepuk sedikit pahanya. Dia kalih sekilas kearah aku sebelum kembali fokus memandu. "apa? Sayang tanya apa tadi?" aku hela nafas sedikit. "Abang okay tak ni? Saya tanya Daddy macam mana?" dia ketawa kecil. "ouh, alhamdulilah okay..nasib baik Daddy nak maafkan Abang." senyuman aku terukir.

"thanks sayang" tangan aku, dia capai. "kenapa saya pulak?"

"kalau sayang tak paksa Abang tadi..mesti Abang masih masam muka lagi dengan Daddy kan?" aku tepuk ringan tangannya. "Abang promise dengan saya.. jangan tinggi suara dengan Daddy lagi okay?..apa-apa--" belum sempat aku menyambung. "dahulukan Daddy." dia mencatas, dan tangan aku dibawa kemulutnya dan dikucup lama.

Siapa tak sayang orang tua sendiri kan? Aku tahu jauh dalam sudut hatinya dia kecewa dengan diri sendiri, kerana sanggup tinggi suara dan tak mengaku anak hanya kerana seorang perempuan, yang masih belum mampu membahagiakan dia. Aku mengeluh nafas berat.

"jangan fikir keras sangat sayang.. Abang tahu apa yang tengah bermain dalam fikiran awak, Adriana." aku tengok dia. "we need to have baby, untuk Daddy terima awak, sayang." laju bahunya aku tumbuk. "gatal eh.." dia pegang bahunya. "mana ada gatal, tu lumrah rumah tangga la yang..sayang taknak ada anak dengan Abang ke?"

Aku kecilkan mata. "orang gila mana, yang kahwin tak nak anak hm?" ketawa nakalnya tercetus.

Masuk je rumah, laju aku susun langkah naik tangga. "sayang?" panggilan kuat itu aku endahkan. Entah macam mana, sempat pinggang aku dia rangkul sebelum aku ingin mencapai tombol pintu bilik. "Abang..kita baru lepas lawat orang sakit tau.." badan aku dia pusing supaya menghadap dia.

"Abang tengah seronok ni, sebab Daddy maafkan Abang.. Abang perlukan sayang.." aku julingkan mata keatas. Aku tepuk tangan kuat. "kalau Abang seronok apa kata kita solat tahajjud..lagi besar pahala dia." laju aku menyangkal, dia pula menggeleng tanda tak setuju. Wajahnya di bawa dekat kepada aku. "ni pun pahala jugak.." itu je la yang dia mampu cakap kalau dia berkehendak.

"esok tak boleh?" dia angkat kening sebelah. "esok pun boleh kalau sayang nak.." sempat dia bercakap sebelum tarik tangan aku masuk dalam bilik.

Takhta Cinta •||• Jeon Wonwoo ©️Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang