"takpa ke kau tinggal baby kau tiga hari ni?" suara itu menghentikan tingkah aku yang dari tak berhenti berbalas mesej dengan Wonwoo . Aku tengok Minseo sekilas. "asal kau tanya macam tu?" dia ketawa kecil. "dia tinggalkan aku seminggu takpa pulak..." aku menyambung tenang, "dia bekerja.. kau tu suri rumah," aku mengganguk kecil. "betul la tuh." bila mata kami bertembung laju sahaja ketawa kami tercetus.
Dua jam perjalanan, kalini giliran aku pula yang drive. Pening. Mungkin dah lama tak memandu, Rasa loya tekak. Dada aku rapatkan ke sterring. Mata seketika menjadi kabur. Entah mengapa rasa begini, sebelum tidak macam ni pun. Kenapa lately ni, takboleh duduk dalam kereta lama-lama. "babe kau okay tak?" sempat aku mengganguk sebelum menarik masuk hingus ke dalam hidung semula.
"tolong ambil minyak angin dalam handbag aku boleh?" aku bagi double signal dan parking tepi highway. Rasa nak keluarkan semua benda, pintu aku bukak. "eh? Adriana?" suara Minseo aku endahkan, mencicit aku keluar dari kereta. Uweekk. "babe?" Laju Minseo menepuk-nepuk belakang aku. "kau kenapa ni?" bising mulutnya. Siapa je tak risau.
Bila aku tegakkan badan, air mineral dia hulur. "kau tak sihat ke babe? Kenapa kau tak cakap dengan aku ha?" aku dapat rasa badan aku menggigil. Masih mengatur nafas. Aku pusing kearah Minseo seketika. "ak..u--"
"ehh..Adriana?!"
Aku gerakkan sedikit tangan aku, kemudian perlahan dibawa ke dahi. "Minseo.." aku memanggil. "babe?" dapat rasa tangannya memegang tangan milikku. Perlahan aku cuba bukakkan mata. "kau rasa pening lagi tak?" memang dari tadi tak berhenti mulutnya. Aku menggeleng.
"kita dah sampai ke?" aku bangun, lekas sahaja Minseo membantu. "dah...aku minta bantuan Driver.." berkerut kening aku. "tapi sebelum tu..makan ni dulu," dia hulurkan panadol kepada aku.
"Abang aku cakap kau demam. Tak cukup rehat..sebab tu muntah-muntah." aku mengganguk kecil. "Mingyu ada sini ke?" laju Minseo mengganguk. "aku minta tolong dia tadi, lagipun tak larat aku nak drive..kalau tahu kita naik flight je tadi" dia membebel. Aku senyum segaris. Aku betulkan sedikit tudung.
"Minseo?" ketukan pintu dengan suara garau itu menghentikan perbualan kami. Laju Minseo angkat punggung dan buka pintu. Terpacul seketul muka Mingyu. "okay dah ke?" sempat aku telan air liur sebelum mengganguk ringan. Dia datang kearah aku. Dia hulurkan sesuatu. Aku tengok kosong. Lalu cepat sahaja aku tolak. "aku taknak."
Mingyu mengeluh ringan. "cuba dulu, mana tahu ada rezeki.." aku menggeleng. "aku dah buat dua minggu lepas, negatif.." sayu aku bersuara. Dia hela nafas. Lalu dia mengerti sendiri. "Wonwoo tahu tak kau tak sihat ni?" aku mengganguk sedikit, Minseo dah berada disudut bilik bermain dengan Phone miliknya.
"tahu." sepatah je aku jawab. "takpalah kalau macamtu..ni budak-budak dah nak lunch." terus senyum aku ukir. Aku turun dari katil, dan sarung selipar. "eh kau nak pergi mana?" suara Minseo, aku pusing kearahnya. Kening aku bersatu. "budak nak makan kan? Aku nak pergi tengok la.." dia menggeleng laju, "sebelum jadi benda yang tak sepatutnya lebih baik kau amik tiket flight pergi balik..."
Terkejut aku. "abang aku dengan aku boleh uruskan." Minseo menyambung. "kau demam tau, kalau berjangkit macam mana?" Mingyu pula mempersoalkan aku. Terdiam sekejap aku. "tak boleh?" aku bertanya. "nope!" serentak adik beradik itu bersuara. Aku jebek. "kau rehat, esok aku beli tiket balik eh?" perlahan nafas aku hela.
Aku terima nasihat dari Minseo dan Mingyu. Tak sempat nak buat apa-apa lagi dah kena halau balik. pelik jugak demam dah hampir seminggu tapi masih tak kebah. Batuk, selesema dah berkurang tapi panas masih sebati dengan badan. Kenapa ya? Aku kemas barang masuk dalam beg teliti. Taknak ada yang tertinggal.
"Cik Minseo?!" pintu bilik terbuka, aku tengok kearah gadis remaja itu. "kenapa? Cik Minseo tak ada dekat sini," aku tegakkan badan, rasa nak patah pinggang sebab menunduk lama sangat. Dia senyum dengan gigi penuhnya. "Cik Minseo janji nak tolong kami angkat barang untuk program..tapi dia tak ada pula.." aku tenung beg yang dah siap dikemas itu.
Aku gigit jari, kemudian aku berfikir sejenak. Memandangkan aku tak buat apa-apa lebih baik aku tolong. "kalau saya tolong boleh ke?" laju aku bertanya, senyumannya besar dan mengganguk ringan. Tangan dihulur, laju aku menyambut. Lagipun harini rasa sihat sedikit, badan rasa sihat. Mungkin cukup rehat?
Aku angkat kotak satu persatu dan dibawa keluar ke tempat yang disediakan. Mujur la tak berat sangat, cuma banyak. Aku ulang alik hampir sepuluh minit, akhirnya bilik yang dipenuhi dengan barang itu kosong. Aku tarik nafas dan lepas seketika. Rasa letih pula. Kemudian cengkaman diperut buatkan aku perlahan-lahan mengambil tempat dikerusi berdekatan.
"kenapa sakit sangat ni.." mungkin sebab period hari pertama. Banyak sangat darah, tapi itu terlalu biasa untuk aku. Air dihulurkan. Aku mengangkat wajah dengan senyuman. Walaupun sakit tapi cuba aku tahan. "terima kasih." dua perkataan itu berjaya hadirkan senyuman diwajah sebelum dia melangkah pergi. Aku teguk sedikit, bagi kurangkan effect sakit.
Belum sempat botol ditutup, Minseo yang berlari tercungap-cungap itu buatkan aku ukirkan senyuman. Sempat aku menggeleng sebelum membuka bicara. "kau pahal ni?" tangannya dilutut, tercungap-cungap nafasnya. "kau buat apa dekat sini?" kening aku kerutkan. Lalu tangan aku tepuk, "aku..tolong angkat barang sebab dia cari kau tadi..tapi kau tak ada, so aku tolonglah.."
Panjang alasan aku berikan. Dia tegakkan badan dengan tangan dipinggang, dia atur nafas kembali. "Abang aku tunggu kau dah..nak drop kau dekat airport," terang mata aku, baru aku teringat.
"cepat!" aku bangun dan laju berjalan naik tangga menuju ke bilik. Sudahlah keletihan, kini terpaksa bekejar untuk pulang pula. Bagasi aku angkat. Terhenti seketika bila terasa seperti ada luncuran darah yang banyak. Aku pegang kawasan bawah perut. Kenapa ada rasa macam ni?
Untuk sekian kalinya aku lepaskan nafas. Baru beberapa minit perjalanan, aku dah landingkan kepala kerusi. Tak dapat aku ungkapkan rasa sakit itu sekarang, ditambah lagi dengan bau aircond yang kuat buatkan aku rasa give up.
Tingkap aku buka. Lalu cepat sahaja aku kepitkan hidung bila dah tak mampu. "Mingyu...berhentikan kereta kejap boleh?" tangan kiri dah tutup mulut, tangan kanan pula kepitkan hidung. Sight mirror dia tengok sebelum perlahan memberhentikan kereta disusur kiri.
"kau okay tak?" minyak angin dihulur laju. "Mingyuu.." aku memanggil. "aku rasa perut aku sakit sangat..kau ada painkiller tak?" laju dia menggeleng. "kau gila ke apa, nak telan painkiller waktu demam?"
"noo..aku takkan bagi, walaupun aku ada." dia membangkang. Dia buka air mineral. "nah." aku menggeleng. "kau tak makan lagi ke? Muka kau pucat sangat tahu tak?" sekali lagi aku menggeleng. Aku genggam kuat tangan aku.
Satu cairan yang mengalir dicelah seluar putih aku itu buatkan mata aku terang. "Mingyu.."
"Adriana? Kau keguguran ke?!"
YOU ARE READING
Takhta Cinta •||• Jeon Wonwoo ©️
De Todoperkahwinan bermaksud menyatu, manakala penceraian pula sebaliknya. kalau wujudnya cinta haruskah ada hati lain? mahligai yang dibina atas dasar cinta runtuh begitu sahaja akibat orang ketiga. segala keraguan ditepis tapi akhirnya terbongkar dengan...