Aku tengok Ipad dengan muka tanpa reaksi. Apa aku nak buat? Macam tu je dia boleh jumpa aku. " Cik Safiyya?" terus pandangan aku kearah client yang dari tadi bercerita tentang projek yang bakal dilancarkan tak lama lagi. "yes, saya minta maaf." aku betulkan posisi duduk sebelum kembali fokus dalam perbincangan. Cuba sebaik yang mungkin, walaupun otak aku dah risau dengan Wana.
"thank you.." ucapan terima kasih itu buatkan aku senyum. "saya harap saya boleh berjumpa dengan Tuan Athar selepas ni." tenang aku bersuara, last minit tukar orang untuk meeting kerana hal peribadi. Ini memang selalu terjadi. Kami berdiri dan bersalaman, untunglah perempuan. "nice to meet you.." aku mengganguk.
"me too.."
Aku hanya menghantar menggunakan mata, belum sempat aku buka langkah. Phone berdering untuk sekalian kalinya. Nombor petang tadi. Aku hela nafas. Buat tak tahu lagi baik. Aku buka langkah. Ting! Aku senyum segaris bila bertemu dengan pelancong. Ting! Lagi-lagi mesej masuk. Sekali lagi nafas aku hela sebelum aku buka.
"5 minutes"
"please.."
aku hela nafas kuat, genggaman kuat di dress yang aku kenakan, aku lepas. nak atau taknak aku kena berhadapan dengan dia. dia berdiri menanti kehadiran aku.
aku berdehem sedikit, untuk memberitahu tentang keberadaan aku sekarang. laju dia langkahkan mendekati aku. "sayang?" panggilan itu buatkan bulu roma aku menegak. "jangan panggil saya dengan panggilan tu boleh tak? saya tak suka"
bunyi pantai dan angin yang kuat itu buatkan aku sedikit tenang. "sayang..abang minta maaf, tapi abang dah terlalu biasa dengan panggilan tu.." sempat aku hadiahkan jelingan halus kepadanya.
"awak nak cakap apa sebenarnya? saya tak ada masa lama, saya nak balik lusa anak saya sekolah" sengaja aku berikan alasan. "budak tiga tahun tak sekolah adriana, jangan perbodohkan abang." macam mana dia tahu? malas nak berbalah jadi lebih baik diamkan diri.
"dari petang tadi abang tanya, budak tu siapa? anak siapa?" bertubi-tubi soalan dia bertanya tanpa berjeda. "anak saya! kan saya dah cakap" nada suara masih aku kawal. "abang tahu dia anak sayang, tapi dengan siapa? benda takkan jadi kalau—" pandangan tajam aku berikan kepadanya. "jangan melampau, tak kisah la dia anak siapa pun dan awak tiada hak untuk masuk campur urusan saya"
kini dia pulak terdiam. "kalau awak tak ada benda nak cakap, saya nak balik!" belum sempat aku membuka langkah, lengan aku dia tarik merapatinya. rapat sehingga dapat aku rasa deruan nafasnya yang melempar kasar kearah wajah aku.
"lepas!" berusaha aku tolak menggunakan lengan aku. "dia anak abang kan?" dia paksa aku menatap matanya. "lepas—" aku cuba menyangkal.
"jangan tipu abang, adriana!" kolam air matanya terlihat disebalik kaca matanya. tak sanggup rasanya melihat dia begitu. "ya!" nada aku naik seoktaf. "Wana anak awak Jeon Wonwoo, puas?" reaksinya berubah. nampak riak tak percayanya. dia menggeleng. "sayang keguguran...macam man—"
pegangan dibahu dia lepaskan. dia meraup rambutnya lembut. dia yang nak tahu, alih-alih dia yang tak boleh nak terima. "jelaskan!" kini dia memaksa aku untuk explain semua perkara pula.
dia bukan Wonwoo yang dulu, kini dia seperti lelaki asing yang tak pernah aku kenali. aku menggeleng. "no saya takkan!" aku keraskan hati. keningnya bersatu.
"kalau sayang tak explain macam mana abang nak percaya itu anak abang?" aku ketawa kecil. dia seperti orang yang tak betul, menolak fakta yang dah terang lagi bersuluh.
"awak ni kenapa ya? awak paksa saya untuk cakap tentang status Wana, dan sekarang awak nak saya jelaskan pulak? awak ni gila ke?"
"ya! abang gila, kalau sayang tak jelaskan macam mana abang nak percaya Wana tu datang dari benih abang? ke.." dia dekatkan langkahnya kearah aku. "dia anak jantan lain—" laju tangan aku hinggap dipipinya. "you're too much" wajahnya merah. baru dia tahu yang aku mampu bertindak sejauh ini.
"jangan muncul depan saya lagi..saya benci awak" laju aku tinggalkan dia. "Ibu?" tapi terhenti tatkala Wana yang berada dipelukan lelaki badan kekar ini.
"Mingyu"
Mingyu turunkan Wana, Wonwoo meluru kearah Mingyu, tanpa sapaan lekas sahaja satu penumbuk hinggap terus dipipinya. Terkejut aku, terjatuh Mingyu. "engkau!" jari ditunding kearah Mingyu. "Papa!" Wana berlari mendapatkan Mingyu. Aku pulak cepat sahaja menolak tubuh badan Wonwoo agar menjauh. "awak ni kenapa ha? Tak pasal-pasal nak tumbuk orang lain?" tinggi nada suara aku.
"anak dia ke?" dia mencantas segala percakapan aku tadi. "aku tanya anak dia ke Adriana?!" kuat jerkahannya. "haah, Wana anak aku. Lepastu apahal?" kini Mingyu pula berjalan kearah Wonwoo. laju aku tahan. "sudah!" aku pejam mata rapat. "kenapa uncle pukul Papaa..." meleret nada suara Wana. Budak kalau dah sayang dia akan ingat sampai bila-bila.
"kau tikam belakang aku selama ni," kini Wonwoo persalahkan Mingyu pula. Aku pegang kepala aku kuat. "Mingyu jom kita balik.." lekas sahaja aku memotong percakapannya. "Papa.." suara Wana itu menghentikan pergerakan Mingyu 100%. Wonwoo confuse. Kenapa kena jadi sampai macam ni? Kalau aku amik keputusan untuk tak jumpa Wonwoo tadi pun tak apa.
Aku susun langkah dan tarik tangan Wana. "ikut Ibu jom..nanti Papa datang? Eum?" aku memujuk. Laju dia hulurkan tangan kearah aku. Aku dukung Wana dan tinggalkan Wonwoo berdua dengan Mingyu. "sampai hati kau Mingyu." itu je yang aku dengar. Tiba-tiba perkara ni jadi besar pula. Mata aku pejam rapat, aku percepatkan langkah menuju ke kereta Mingyu. Aku datang dengan Mingyu, balik pun harus dengannya.
Walaupun dia bukan sesiapa dalam hidup aku, tapi impak yang dia beri dalam kehidupan aku dan Wana sangat besar. "Ibu.." aku betulkan dudukku sambil menepuk ringan Wana didada. "kenapa uncle tu pukul Papa?" aku terdiam. "tidur okay..." cuba menyangkal. Aku capai botol susu dalam handbag dan sumbat dalam mulut dia.
Lama juga, sampai boleh tersengguk aku. Mata aku buka bila Mingyu perlahan mahu menutup pintu kereta. Kami berbalas pandangan. Dia senyum segaris. Aku perasan kesan darah kering di tepi bibirnya. "kau bertumbuk dengan dia ke?" dia kunci pintu, lalu menggeleng. "sikit je...tidur dah?" aku tengok dia tak puas hati.
Dia hulurkan air mineral kearah aku dan ais kosong dia pegang ditangan kiri untuk tuam bekas lebam. "macam mana meeting?" aku tengok dia struggle tuam luka. "tu bukan soalan kau nak tanya.." cepat aku membantah, dia ketawa kecil.
"dia sayang kau lagi Adriana."
"dah la..aku malas nak dengar," tanpa jeda aku menjawab. "Adriana.." aku hela nafas panjang. 'ke anak jantan lain?' terngiang-ngiang ayat tu. Aku menggeleng. "aku nak balik." itu je yang aku ungkapkan. Aku angkat punggung. "kalau kau tak sayang dia, kenapa kau jumpa dia?" pandangan aku kearahnya. "kau nak apa sebenarnya Mingyu?" setiap kali Minseo atau pun dia bangkitkan hal tentang Wonwoo. Mesti isu ini dibangkitkan.
Dia berdiri. "kahwin dengan aku!"
ANDA SEDANG MEMBACA
Takhta Cinta •||• Jeon Wonwoo ©️
Ngẫu nhiênperkahwinan bermaksud menyatu, manakala penceraian pula sebaliknya. kalau wujudnya cinta haruskah ada hati lain? mahligai yang dibina atas dasar cinta runtuh begitu sahaja akibat orang ketiga. segala keraguan ditepis tapi akhirnya terbongkar dengan...
