BAB 29

135 3 0
                                    

Pak! Meja diketuk kuat. "What's wrong with you Adriana?!" tak perrnah Puan Linda semarah ini dengan aku. Nadanya naik tinggi. "you tahu tak, I spent masa 30 minutes untuk dapatkan tarikh tu! You boleh cakap yang you sakit perut?" aku tertunduk, sumpah rasa salah sangat. Aku utamakan perasaan aku berbanding pekerjaan. "saya minta maaf...Puan." aku luahkan rasa kesal dengan permintaan maaf. Dia hela nafas. "you tahukan, yang Tuan Athar adalah target pasaran yang sangat tinggi?" aku mengganguk.

"then?" lagi-lagi amarahnya menguasai. Aku terdiam, totally. Dia usap rambut panjangnya kebelakang. "haih..I tak boleh nak marah you, cause you adalah arkitek terbaik Onism." Keluhan demi keluhan diutarakan. Puan Linda tarik nafas dan lepas. Dia tatap muka aku kembali. "I nak.. esok kita pergi J.W Company settlekan hal ni. Make sure jangan ada silap! Ingat Safiyya?" aku mengganguk. "keluar!" aku tunduk hormat sebelum langkahkan kaki keluar dari biliknya.

Nafas aku lepas perlahan. Aku boleh. Aku kuat. Tak habis-habis aku nasihatkan diri aku sebelum labuhkan punggung di kerusi pejabat milikku. Mouse aku tolak sedikit sebelum skrin dekstop terbuka. Gambar Wana terpapar besar. Aku pejam mata seketika. Sampai bila aku nak lemah macam ni? Dia bukan siapa-siapa lagi dalam hidup aku. Dia hanya sejarah untuk aku. Penat dah nak mengeluh. Aku gelengkan sedikit kepala sebelum teruskan kerja aku yang tertunggak.

Hampir satu hari betapa dalam Office akhirnya waktu yang aku tunggu dah pun tiba. Handbag aku capai dan keluar dari Office macam biasa aku akan pulang lambat sedikit berbanding dari pekerja yang lain. Lampu aku tutup. Ting! Phone aku ambil dari dalam handbag. Mingyu.

'aku dekat bawah!' -Mingyu.

Aku ada driver persendirian sekarang. Aku gelak sendiri. Jimat minyak kereta aku dua tiga hari ni. Dia kata senang nanti habis majlis makan malam, terus dia boleh drop aku dekat rumah.

Aku masuk dalam kereta. Aku berikan senyuman. Aku tengok kerusi belakang. "Wana mana?" dia angkat kening. "dengan Mommy." laju aku mengganguk. Aku betulkan posisi duduk dan tarik tali pinggang. "let's go." perlahan minyak ditekan. Makan masa hampir setengah jam juga perjalanan ke restoran. Mingyu parking kereta dan kami bergegas berjalan masuk perkarangan restoran mewah.

Macamtu la selalunya. Mingyu tolak pintu restoran dan dahulukan aku. "Ibu!" dari jauh kedengaran suara gadis kecil itu, bergema satu restoran. Kaki aku dipeluk. "Allah! Wana.." terkejut aku. Aku dukung dia. "sini.. kenapa lari-lari ni?" aku kecilkan mata. Dia bermain dengan tudung aku. "uncle yang pukul Papa tu ada dekat sini." terus pandangan aku kearah Mingyu.

Drastik keningnya bersatu. "aku tak tahu.." dia menggeleng. Apa aku nak buat ni. "takpa percaya aku, Adriana." dia capai Wana, lengan aku yang dilapik baju digapai. "jom."

Hati aku tak tenang, bila sampai dimeja. Memang betul Wonwoo, Eve dan anak dia ada dekat sini. Satu meja? Aku tengok Minseo. Minseo bagi isyarat bahawa Mommy yang jemput. "Adriana!" terus wanita tua itu bangun mendapatkan aku. Sempat aku berbalas pandangan dengan Wonwoo sebelum membalas pelukan Mommy. Aku kawal perasaan.

"rasanya Mommy tak jumpa baru sebulan, tapi kenapa cantik sangat ni?" aku senyum malu. Mommy dan selorohnya takkan pernah habis. "duduk.." Mingyu tarikkan kerusi untuk aku. Elok aku labuhkan punggung, laju Mingyu berikan Wana kepada aku. Aku letakkan jari dibibir. "macam mana kerja?" pandangan Mommy terus kepada aku. "okay..semua okay."  aku tengok Wana yang tak terlepas pandangan dari Wonwoo. Mommy ketandas.

"muka you.." bila Mommy ketandas barulah Eve bersuara. Aku mengangguk. Awkward sangat suasana. Mommy tak ada pula nak bercakap apa-apa. Aku layan kerenah Wana. "kau nak minum apa?" Mingyu bertanya. "Nescafe?" Mingyu mengganguk.

Takhta Cinta •||• Jeon Wonwoo ©️Where stories live. Discover now