BAB 39

402 13 8
                                        

Aku tengok tangan dan kaki yang sudah berinai itu. Tak boleh nak bergerak pun iya juga. Takut comot. Patutnya pakai malam khamis, tapi disebabkan aku dan Mingyu masih bekerja haritu, jadi kami decide untuk pakai dua hari awal. Esok aku dah outsation, lepas selang dua hari dah nikah. Takut tak sempat, dengan barang hantaran yang belum siap dihias.

Boleh gila aku lepas balik outstation nanti. Aku tengok hari. "selasa dah.." aku bergumam sendiri. 3 hari je lagi. Berdegup kencang jantung aku. Kemudian mata aku terkalih kearah bagasi yang sudah aku kemas untuk esok. Walaupun sehari je, rasa macam setahun. Nak kahwin pun kena hadap kerja dulu. Aku hela nafas. Pintu yang terbuka itu buatkan aku senyum. Minseo.

"hai kakak ipar.." aku buat muka, "belum lagi la." dia ketawa dan berjalan dalam keadaan yang berjengket menuju kearah aku. Phone dihulurkan kearah aku. Aku angkat kening kearah Minseo. Dia tak menjawab, malah menjuihkan bibirnya kearah telefon. "Dear," terkejut aku bila terdengar panggilan tu. Aku tengok Minseo. "ya?" gedik Minseo ni. "aku balik dulu eh? Inai aku dah kering." dia nak balik rupanya. "hmm okay..careful." itu je yang aku ungkapkan.

"2 days to go.." sempat dia bercakap tentang hari. Aku pun baru terfikir tadi. Minseo tutup mulut sendirian. "can't wait to be yours." suaranya terdengar sangat bahagia. Pipi aku dah merona merah, kalau lah aku boleh bangun. Rasa nak berlari je sekarang, tapi disebabkan fikir nak cantik hari akad tu je aku bertahan.

"aku tahu kau malu, sebab ni phone Minseo. Tapi aku nak cakap juga..." aku larikan pandangan dari Minseo. Mata aku pejam rapat. "love you..Dear." aku tak membalas, malah malu sendiri. "balas dekat chat tau, Dear. Bye!" sempat dia berseloroh sebelum phone ditutup.

"awwww.....arghh sweetnya abang aku!" lengan aku ditepuk kuat. Sabar je la. Aku kecilkan mata, automatik dia berhenti. "cantiknyaa kakak aku ni.." kepalanya dibahu aku.

Aku tolak kepalanya sedikit, "anak aku mana?" sahaja aku tukar topik. "main gula-gula." terus aku ketawa, ye la Ibu dengan rakan dia sedang siapkan goodie bag dan gula-gula untuk budak yang hadir waktu tu. Seronok la Wana. "lama lagi ke kau nak jadi iron man ni?" Minseo tengok aku. Kami berbalas pandangan. Tanpa sesaat ketawa kami berdua tercetus kuat.

Aku menguap besar, selepas tersedar. Aku duduk seketika tengok inai dijari yang masih elok terletak. Impressed sendiri, rasanya dah boleh bergusti dengan Minseo atas katil ni, tapi inai sikitpun tak terusik. Aku kerling jam, 4.00 pagi. Aku bangun masuk tandas, cuci inai dan bersihkan diri. tunaikan solat sunat, dan tahajjud sebelum langkahkan kaki keluar dari bilik.

Aku tengok hantaran yang bersepah didepan ruang tamu, sempat aku lepaskan nafas sebelum buka langkah ke bilik Ibu nak tengok Wana. Aku buka pintu. Senyuman aku terukir. Nyenyak tidurnya. Aku labuhkan punggung perlahan dihujung katil, rambutnya aku selak. Pipinya aku kucup. Terkejut aku bila dia celik mata. Terus jebek. Dia duduk seketika sebelum menangis kuat. Cepat sahaja aku mendukung dia, dan memujuk.

Tak sangka pulak satu kucupan tu boleh sedarkan dia, sebelum ni tak pun. Aku keluar dari bilik Ibu, sambil menepuk belakang Wana perlahan. "kenapa ni.." penuh lengannya memeluk leher aku. Aku duduk disofa. Dia yang masih menangis didada aku itu, aku intai sedikit mukanya. "kenapa?" dia lap perlahan air matanya dibaju aku. aku buat muka, sudahlah baru lepas mandi.

"Wana nak susu ke?" sahaja aku bertanya, lama juga aku tak menyusu budak ni, sibuk sangat dengan urusan perkahwinan, sampai lupa waktu dengannya. Lagi pun nak tinggalkan dia apa salahnya. Dia mengganguk sambil menggaru matanya perlahan. "sini." aku baringkan dia, menyusukan dia. Aku tepuk ringan pahanya. Biar dia terlena balik, senang sikit nak siapkan hantaran. Kang kalau ada dia, dia pun nak buat jugak.

Fokus aku hias hantaran dengan bunga dan ribbon. Aku tak ada la kreatif sangat tapi boleh la untuk sedapkan mata sendiri. Wana dah aku letakkan dengan Minseo tadi. Takkan aku nak biar dia tidur dekat sofa tu pula.

"ya allah, Adriana kamu buat apa ni?" Ibu keluar dari bilik sambil kemaskan rambutnya. Aku tengok Ibu. "Adriana..tengah siapkan hantaran lahh..habis nanti siapa nak buat?" terkebil-kebil mata aku. Ibu sinsing lengan, dan laju tangannya hinggap dibahu aku. "kamu tengok jam dah pukul berapa!" aku tengok phone. Terang mata aku. Macam mana aku tak boleh sedar dah hampir pukul 8.00?

Aku tengok kearah tingkap. Dah terang. Sudahlah Wonwoo datang pukul 8.30 pagi. "Ibu? Kenapa Adriana tak perasan?" aku tekup mulut penuh, sambil berdiri. Habis jatuh semua bunga yang aku letak atas kain batik aku tadi. "pergilah mandi! Takpa Ibu sambung!" tubuh kecil aku ditolak perlahan. Apa lagi bukan main laju aku berlari, naik tangga.

Gelabah aku dibuatnya. Mujurlah dah kemas beg. Aku tepek bedak sedikit, dan lipbalm bagi hilangkan muka kurang tidur. "lambat la tuh." Minseo bersuara. Aku endahkan dia, fokus aku betulkan tudung. Elok dah selesai. Aku menuju ke meja kerja aku pulak, capai semua dokumen, laptop, agreement dan pendrive untuk berjumpa dengan client tu nanti. "Ibu.."

"ya sayang?" aku tengok dia sekilas, sambil ngalit tangan aku memasukkan kertas kerja dalam beg. "Wana nak peluk dengan kiss?" aku senyum. "okayy wait eh.." aku dengar dia ketawa dengan Minseo.

Ting! Ting! Double notification.

'1 days to go..' - Papa Wana

'Abang dekat bawah,'- Jeon Wonwoo.

Ini ke yang dikatakan bahagia dalam derita?

Aku angkut beg, Minseo dengan pantas bangun dari katil dan bantu aku tolak bagasi, sebab aku sibuk dengan Wana. Sebelum turun tangga, aku cium pipi, dahi Wana dan aku peluknya kuat. Laju bibir aku dia kucup. "Wana sayang Ibu tau.." aku senyum segaris. Tapi kenapa aku rasa sebak sangat ni?

"Ibu sayang Wana jugak..kita jumpa esok okay? Ibu tunggu Wana eh?" dia senyum manja. Sayu wajahnya menatap aku. Aku tak pernah jauh dengan dia. Tapi sebab kalini memang aku tak boleh nak bawa dia. Schedule packed.

Tangannya aku pimpin turun tangga. Lebar senyumnya nampak Wonwoo dibawah. Aku tertanya tentang keberadaan Puan Linda. "Babaa." besar tangan Wonwoo depa menyambut gadis kecil itu. Cup. Pipi Wana dicium. "busyuklah anak Baba ni, dah mandi ke belum?" dia ketawa, sambil menggeleng. Minseo tepuk bahu aku, dia minta diri dahulu. Aku hanya mengganguk kecil.

"Puan Linda mana?" dia tengok aku sekilas. "dia datang sendiri, dengan husband dia malam ni. Tak baca mesej ke?" perlahan dia bersuara. Aku menggeleng. Dia tengok jam tangannya. "jomlah nanti lambat sampai." aku hanya mengganguk. "Baba pergi dulu okay?" Wonwoo buat sign okay. Laju Wana mengganguk. "Baba jaga Ibu elok-elok okay?" tersentak aku dengan ayat tu. Aku dan Wonwoo sempat berbalas pandangan sebelum Wonwoo dengan perlahan ukirkan senyuman kearah Wana.

Aku tenung tingkap kereta, melihat bangunan-bangunan tinggi di kawasan bandar. Kenapa aku berat hati sangat ni? Aku yang overthinking kan? Padahal tak ada apa-apa pun. Sebelum ni Wana dan Mingyu memang macam tu. Aku angguk perlahan.

Jangan fikir bukan-bukan Adriana.


min sebak sikit taip part ni..tapi macam tu la... 

Takhta Cinta •||• Jeon Wonwoo ©️Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang