BAB 23

388 11 2
                                        

"kau betul ke nak masuk sorang-sorang ni?" aku mengganguk. "tak lama pun aku nak pergi ambil baju je. Lagipun dia tak ada.." aku bercakap perlahan dan pintu kereta aku buka. Minseo hanya diamkan diri. Aku tarik nafas dalam sebelum remote pagar aku tekan. Setiap langkah aku buka, semua kenangan yang terpahat dalam ingatan mula bermain. Pintu utama aku tolak.

Aku kuatkan semangat, walaupun hati aku kini hancur-sehancurnya. Gambar besar perkahwinan yang terpapar besar di ruang tamu itu buatkan air mata aku jatuh. Janji yang dia akan sentiasa dengan aku kini kosong. Dia lebih memilih cinta pertamanya berbanding aku yang hanya dapatkan takhta cintanya tapi bukan aku menduduki di singgah sana.

Setiap sudut dalam rumah ini ada memori tersendiri. Aku menggeleng laju, lebih baik aku cepat kalau bertembung dengan dia nanti apa pun aku tak boleh nak buat. Aku buka langkah naik tangga. Bilik aku tuju. Sekali lagi nafas berat aku hela. Katil itu aku tengok kosong, kemudian perlahan pandangan aku kearah frame yang bersusun gambar aku dengan Wonwoo. Dari zaman bercinta, tunang sehinggalah dah berkahwin.

Drastik air mata aku jatuh. Tapi tiba-tiba teringat dengan apa yang dia cakap semalam. Mungkin anggapan bahawa aku cinta dengannya kuat sehingga aku boleh memaafkan dia semudah 'dengan berikan dia masa'. tanpa dia tahu, aku bukan begitu. Ada penghuni dalam rahim aku, aku harus kuat demi masa depan kami. Cincin aku buka dan aku letakkan atas almari sebelum semua frame aku baringkan supaya gambar itu tak terlihat.

aku letakkan segala baju dalam bagasi, tak sanggup rasanya nak berkongsi kasih sayang dengan manusia yang pernah menjadi kawan aku dulu, bersusah payah aku pertahankan suami aku tapi malangnya aku yang tersandung.

sudah la tersandung ditimpa tiang pula. cepat-cepat aku kemas sebelum nanti bertembung dengan Wonwoo. malas nak bertentang mata, takut aku tak mampu.

aku angkat bagasi keluar dari bilik. lalu aku tolak perlahan. kaki panjang yang bertapak mendekati aku itu buatkan aku terhenti. "sayang nak pergi mana ni?" aku mengangkat wajah. kemudian laju aku larikan pandangan. "entah" aku tolak bagasi, tapi cepat dia tahan. "sayang nak tinggalkan abang ke?" aku hela nafas perlahan. aku betulkan tali handbag. "kita duduk bincang dulu please? abang janji abang cuba tak belahkan siapa-siapa" dia angkat tangan untuk menyakinkan aku.

"awak nak cakap apa?" aku lapikkan tangan didada, menanti dengan sabar, apa yang dia nak sampaikan. "abang minta maaf..abang tahu abang salah, tapi takkan disebabkan hal kecil macam ni sayang nak tinggalkan abang?"

"kecil?" aku menggeleng perlahan. dia panik, "no.. tak. abang buat semua untuk kita.. sayang tahukan macam mana abang cintakan awak,"

"kalau awak cintakan saya, kenapa kena ada yang kedua?" berani aku mencantas patah perkataannya. terkaku dia. dia cuba raih tangan aku, "takpayah sentuh saya" aku bercakap dengan nada peringatan disitu. dia raup rambutnya lembut. "habis sayang nak abang buat apa?" sopan pertanyaannya. "lepaskan saya." walaupun perlahan nada suara aku, tapi aku tahu sampai dengan jelas ke telinganya. keningnya berkerut.

"no! abang takkan lepaskan awak, adriana!"

"habis untuk apa awak simpan saya, kalau dah ada orang lain yang bertakhta dalam hati awak?!" lancar aku berbicara. "saya tak boleh berkongsi and i don't want!"

"tak!" nadanya naik seoktaf, cuba menidakkan fakta yang aku tak mampu menerima semua ni. "tak akan pernah!" aku tahan air mata. "kalau macam tu, pilih sama ada saya atau dia?" terpana riak wajahnya bila soalan itu yang keluar. "tak boleh macam ni...sayang"

"then let me go" laju aku memotong bicaranya. "saya tahu awak takkan lepaskan dia, sebab dia pregnant. jadi apa yang susah sangat untuk awak lepaskan saya ni?" dia sapu mukanya kasar. "lagipun saya tak boleh bagi anak dekat awak.. but she did!" aku cuba kawal nada suara. "sayang please..abang tak mampu hidup tanpa awak.." dia melutut cuba merayu, aku kentalkan hati yang aku takkan berbalik dengan keputusan yang aku buat.

"saya taknak teruskan semua ni, dan ini keputusan saya." aku benar-benar yakin. aku mulakan langkah, "selangkah awak keluar dari rumah ni.." aku berhenti. lama dia berjeda. esakkanya terdengar halus.

"you're not longer my wife, Adriana" tanpa saat, air mata aku jatuh.

Mingyu petik jari dihadapan muka aku, tersedar aku dari lamunan. Pandangan aku kembali kearahnya. "kau nak baju warna biru ke purple ni?" dia angkat dua baju bayi kearah aku. "aku tak kesah pun.." itu je yang aku jawab. Dia mengeluh. "engkau ni kenapa? Kau rindu Wonwoo ke?"

"haih, astaghfirullahal'azim..jangan nak merepek boleh tak? Mana Minseo?" sahaja aku ubah topik. Dia ketawa kecil. "aku? Merepek?" dia tengok aku dengan muka tak puas hati, dia abaikan soalan kedua aku.. "jujur je la kau sayang dia lagikan? Sempat lagi kalau nak rujuk.."

"aku nak pergi toilet la" cepat sahaja aku membantah. Dalam keadaan usia kandungan aku yang dah mencecah 8 bulan ni, buatkan aku susah sikit nak berjalan dan dalam tempoh masa 8 bulan ni jugak..tak pernah sekalipun Wonwoo datang menjenguk, memujuk apatah lagi. Jujur serba sedikit aku mengharap, tapi apakan daya aku yang pilih jalan ni. Dia juga manusia dan ada perasaan. Lagipun aku bukan siapa-siapa lagi bagi dia.

Aku terhenti seketika, laju tangan mencengkam kuat dibahagian dress. "akhh. Kenapa sakit sangat ni." mata automatik terpejam rapat.

"eh Adriana, aduh kau nangis ke? Sorry la, aku tak ada niat..arghh" lengannya aku cengkam kuat. "sakitlah!" dia menjerit, aku lepas nafas berkali-kali. "aku tahu..aku salah...arghh" lagi kuat cengkaman. "di--diamm!" aku letakkan jari dibibir. "kau..?" aku mengganguk. Membuntang besar matanya. "lah! Kenapa kau tak cakap?!" Tanpa buang masa laju sahaja badan aku dicempung. Banyak-banyak tempat kenapa nak terberanak dekat mall

Takhta Cinta •||• Jeon Wonwoo ©️Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang