Usai aku bersihkan diri, laju stokin aku pakai. Sambil aku melihat sekeliling bilik. Lagi tenang duduk dalam bilik ini berbanding bilik aku dan Wonwoo dulu. Pintu aku tutup dan laju aku rebahkan badan di atas katil. Biarlah mereka yang penting aku kena cukup rehat. Dah seminggu berlalu tapi aku masih bertahan disini, aku cuba endahkan sementara dengan apa yang jadi.
Aku dengar pintu terbuka, siapa lagi kalau bukan Wonwoo. "sayang dah mandi?" rasa meluat pula dengan panggilan itu. Mata aku pejam. "kita makan eh?" dia insist untuk uruskan aku, walaupun dah berbuih-buih mulut aku menolak. Aku buat tak tahu.
Aku dengar sudu dan pinggan yang berlaga. "sayang tahu tak? Abang yang masak ni tau..khas untuk sayang.." dia bercakap, aku tengok tingkap. "cepat.." meleret nadanya.
"tak nak." aku menolak. "sampai bila kita macam ni?"
"kalau saya cakap tak nak, maknanya tak nak. Awak tak faham ke?" lekas sahaja aku menjawab. "keluar." satu perkataan itu berjaya buat dia mengeluh. "pleasee sayang.." sempat aku pejam mata sebelum lepas nafas berat. "boleh tak..kalau awak keluar, saya nak duduk dekat sini, berpantang dekat sini pun dah cukup baik..jangan sampai saya yang keluar!" keras nada suara aku.
"tapi kan abang dah janji, abang yang akan uruskan sayang.." dia masih lagi tak berhenti. "saya tak nak...panggil je service pantang tu. Dia boleh uruskan saya!" lagi-lagi aku menjawab. "ini sebahagian dari tanggungj--"
Aku ketawa kecil. "awak tak payah la nak cakap pasal tanggungjawab dengan saya!" laju aku duduk dan perlahan mengesot turun dari katil. Aku berjalan menuju ke pintu bilik. "Adriana," dia sebut nama aku, membuatkan langkah aku terhenti. "abang buat ni untuk kita."
Aku picit dahi seketika sebelum pusing kearahnya. "kita? Are you serius?" dia melangkah mendekati aku. Laju aku melangkah ketepi. "abang cintakan awak, adr--" aku angkat tangan, suruh dia berhenti. "keluar!" itu je yang aku mampu cakap. "sayang.."
"keluar!" nada aku naik tinggi. "tolonglah sayang--" dia cuba mencapai tangan aku, tapi laju aku berjalan ke tingkap. "awak memang nak tengok saya meroyan ke?" sedaya upaya aku tahan air mata. "kita duduk bincang dulu.."
"bincang? Awak nak bincang apa?" sahaja aku bertanya, "abang dengan Eve.." aku menanti. Dia ambil nafas seketika sebelum menyambung. "kitaorang telanjur..." damn. aku tepuk tangan. dia terdiam. "tahniah." itu je yang aku jawab. "Adriana, tolonglah. Let's fix together abang tahu kita boleh hidup macam ni, sayang boleh terima Eve."
Dia sayangkan Eve. Aku lupa Eve cinta pertama dia. "Abang akan cuba adil.." aku mengganguk. "adil ke?" aku berjalan mendekati dia. "dua hari saya dekat hospital, call, mesej semua awak tak jawab. Awak pergi mana? Berseronok?" sekali lagi dia terdiam. "saya keguguran, anak kita mati..Wonwoo..mati!" sengaja aku ulang perkataan itu.
"ini ke tanggungjawab yang awak cakap tu?" aku dekatkan jarak. "awak tak ada sikit rasa kesal ke?" bergetar nada suara aku. "say--"
"saya ulang alik Hospital, merata saya pergi untuk buat rawatan untuk dapatkan anak..segala jamu, air akar kayu, ubat yang Doktor bagi semua saya telan. Saya buat sendiri, mana awak? Sekarang saya berjaya buktikan dekat awak yang saya boleh mengandung tapi.." aku terhenti. "look at you...you did dirt to me.."
"Adri--"
"Abang---" suara Eve mematikan percakapan dia. Wonwoo alihkan pandangan kearahnya. "kenapa baby?" depan aku? "saya rasa saya nak bersalin....akhhh.." aku telan ludah.
"ya allah..baby.." aku dah tak diendahkan, laju tubuh gadis itu dicempung. Aku pejam mata rapat. Aku tak sesuai dekat sini. Ini bukan tempat aku. Ini ke keadilan yang dia cakapkan tadi? Tanggungjawab?
Aku ketuk pintu rumah Minseo perlahan. Tak sampai beberapa saat, pintu dibuka. "ya-- Adriana?" terus sahaja tubuh kecilku didakap penuh. Tiada apa-apa yang aku boleh ungkap buat masa sekarang ni melainkan air mata. Sebak rasa didada, "kau kuat na.." dia menepuk-nepuk belakang aku perlahan.
"ke--nnapa aku.. kenpa..?" aku mempersoalkan. "Adri..ana." aku terduduk. Tak sempat tangan aku dicapai. Esakkan aku menjadi, bila Minseo mendapatkan tubuh aku. "nangis laa, babe..luahkan semua, jangan simpan." dia usap belakang aku perlahan. Lengannya aku genggam.
"kennn..pa?" aku berbunyi sekali lagi. "eh kenapa ni?" suara panik itu buatkan aku terdiam seketika. "ya allah kau kenapa ni Adriana?"
"aku salah apa Mingyu..sampai jadi macam ni.." dia menggeleng. "habistu kenapa---aku--?" tak mampu aku nak sambung bila air mata aku mengusai. "shh..jom aku bawak kau masuk bilik..kau duduklah tenang dekat sini dulu..," Minseo pula bersuara. "don't cry okay?" dia bangunkan aku.
Entah mana silap, pandangan aku kabur. Gelap. "ehh.." itu ayat terakhir yang aku dengar.
"macam mana dengan Adriana?" Minseo perlahan tutup pintu bilik. Mingyu menghela nafas kecil. "mata dia bengkak sangat, maybe sebab menangis.."
"apa yang kurang eh dengan Adriana tu? Kenapa sampai nak kena curang?" Minseo membebel. "she was the perfect girl yang adik pernah kenal..menyesal adik kenalkan dia dengan Wonwoo. Tak gun--umphh!"
Aku diamkan diri. "kau ni mulut..sini!" kini perbualan mereka berdua dah tak aku dengar, mungkin Mingyu taknak aku terasa. Aku overreact ke? Phone aku berdering, aku tatap nama itu kosong. Aku pejam mata. Cuba untuk tenangkan diri seketika. Apa patut aku buat? Itu je yang berlegar-legar difikiran aku sekarang ni.
ANDA SEDANG MEMBACA
Takhta Cinta •||• Jeon Wonwoo ©️
Diversosperkahwinan bermaksud menyatu, manakala penceraian pula sebaliknya. kalau wujudnya cinta haruskah ada hati lain? mahligai yang dibina atas dasar cinta runtuh begitu sahaja akibat orang ketiga. segala keraguan ditepis tapi akhirnya terbongkar dengan...
