BAB 55 (End)

643 18 17
                                        

Darah?

"Abang?!" aku tersedar dalam keadaan yang terkejut. "Adriana?" aku tolak selimut Hospital laju. Ibu yang disitu tidak aku endahkan. Aku turun dari katil dan berjalan menonong keluar dari wad. Aku usap perlahan rambut yang terlepas panjang itu. "Adriana?" dengan nafas yang tak teratur, aku berjalan ke kaunter. "suami saya mana?" dengan air mata yang mengalir laju itu aku bertanya risau. "dekat ICU..masih dalam pemerhatian."

Rasa nak luruh jantung. Berlari aku menuju ke ruang ICU. Orang sekeliling dah tak dihiraukan, aku tolak pintu ICU kuat. "eh Puan! Puan tak boleh masuk." aku buat tak peduli, meluru aku masuk cari katil Wonwoo. "Puan!" mereka mengejar. Aku lajukan langkah. Melilau mata aku mencari figura itu. Aku terhenti tatkala terlihat Wonwoo yang terbaring lemah dengan bunyi mesin yang kuat.

"Abang?.." perlahan nada suara aku. Dia kaku, diam, sikit pun tak ada reaksi. "Abang..Adriana dekat sini..bangunlah.." masih sama, air mata tak dapat aku tahan lagi. "Puan!" tubuh kecil aku ditarik menjauhi Wonwoo. "suami saya.." aku tunjuk. Esakkan yang kuat itu tak aku endahkan, aku pernah sakit rasa kehilangan, aku belum bersedia untuk rasa sakit lagi. "ya Puan, kami tahu..banyak bersabar Puan.." mereka tenangkan aku. "tapi kenapa dia tak jawab saya?" Nurse yang tadi heret aku perlahan keluar dari ICU. Ibu menanti didepan. Aku tatap wajah itu kosong. Tubuh aku Ibu peluk kuat, tenangkan aku dengan caranya. Diusap-usap belakang aku.

Ibu tarik selimut sehingga menutup dada aku. Rambut diselakkan lembut kebelakang telinga. "Mingyu dah kena tangkap." aku diam. Mata aku pejam, biarkan air mata mengalir. "Ibu harap biar dia--"

"Ibu.. Adriana taknak dengar.." aku memotong percakapan Ibu. Sempat aku tengok dia sekilas sebelum mengiring ke sebelah kiri. Dalam diam aku berdoa, agar tiada apa-apa yang berlaku dengan Wonwoo. Air mata yang mengalir itu aku biarkan.

Aku mengambil tempat dikerusi, melihat sekujur tubuh yang masih diam tak berkutik itu. Walaupun Wonwoo dah dipindahkan ke wad biasa sebab dah stabil tapi macam tulah keadaannya. Tangannya aku genggam kemas. "Abang..berapa lama Abang nak rehat ni, Adriana rindu sangat." aku bercakap perlahan, tangannya aku kucup. Wajah pucat itu aku tatap pula. Lama aku tenung, rambut panjang yang menutup matanya aku selak perlahan.

Tangannya aku peluk. Hari-hari aku betapa dekat Hospital ni, tak give up aku menanti dia untuk sedar. Aku keluar wad, tunduk hormat aku berikan kepada Nurse. "eh, Puan Adriana?" aku terhenti, kalih pandangan kearahnya. "ya?" dia senyum. "Puan tengah free ke?" kening aku bertaut. Lalu perlahan aku mengganguk.

Aku mengikut jejak Nurse yang menegur aku tadi. Kemudian dia beri ruang untuk aku masuk ke bilik Doktor. Aku tengok sekeliling. Aneh. Ada Polis, Doktor, dan susuk yang aku tak boleh nak tatap sekarang. Mingyu. Drastik aku kalihkan pandangan. "Asalamualaikum, Puan" aku tundukkan kepala sedikit. "saya minta kerjasama Puan untuk duduk sekejap boleh?" Polis tersebut tunjukkan kearah kerusi yang kosong itu, betul-betul berhadapan dengan Mingyu.

Dalam keadaan tangannya yang digari, dia tertunduk lemah. Sempat aku helakan nafas sebelum ambil keputusan untuk tarik kerusi itu menjauh sedikit darinya. "ada apa ya?" aku mulakan bicara. "suspek 0456. nak bercakap dengan Puan." aku tengok kearah nombor baju Mingyu. Laju aku menggeleng.

"saya taknak." baru nak bangun. "tapi Puan, selagi Puan taknak bercakap dengan dia kami tak dapat nak teruskan siasatan dia enggan buka mulut, walaupun kami dah lukakan dia," aku terhenti. Perlahan aku duduk kembali. Aku lepaskan nafas. "boleh..tapi saya nak cakap berdua je dengan dia," aku tengok muka Polis tersebut. Laju sahaja mereka mengganguk dan gari di lockkan di kaki meja.

Selepas sahaja pintu tertutup. Aku terdengar esakkan halus. Aku biarkan. Aku tahan air mata, sejujurnya aku sendiri tak sanggup nak tengok dia dalam keadaan yang begitu. Kerana dia adalah insan yang pernah berada didalam hati aku.

Takhta Cinta •||• Jeon Wonwoo ©️Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang