"Assalamualaikum, bakal Isteri." bisikan itu buatkan aku kalih. Tersipu malu aku dibuatnya bila bunga Rose yang dihulur. Aku tengok dia dan bunga itu. "untuk aku?" dia mengganguk. Dengan ketawa kecil aku capai. "thank you.." dia senyum lebar, kemudian mengambil tempat dihadapan aku. "ey tak jawab salam aku lagi?" baru aku sedar.
"waalaikum, encik tunang." keningnya bersatu. "kenapa tak habis?" reaksi mukanya buatkan aku tahan ketawa. "kau masih lagi bukan mahram aku." dia akhirnya mengerti. Dia tengok aku. "Wana mana?" aku letak bunga tu ditepi. "dengan Ibu.."
Sekali lagi keningnya bersatu. "awalnya Ibu sampai? Kita nikah sebulan lagikan?" aku mengganguk. "saja kot..lagipun dia rindu sangat dengan cucu dia tu." kini dia pula mengganguk. Baru aku sedar yang situasi sekarang tersangatlah awkward. Usai kami order makanan, sempatlah kami sembang kosong sebelum angkat punggung menuju ke mall, untuk beli barang hantaran.
Lagi dua minggu nak kahwin ni macam-macam benda nak dibuat. Aku ambil keputusan untuk tak bertunang lama-lama, kata Ibu lagi cepat lagi baik. Itulah Ibu sesimple itu, persis waktu aku nikah dengan Wonwoo dulu.
"aku bayar barang kau, kau barang bayar aku." aku bersuara perlahan, waktu dia sedang ngalit tengok kasut." dia menggeleng. "nope! aku bayar semua." aku kecilkan mata. "Mingyu..kita dah dealkan semalam? engkau ni.." dia ketawa. "okay, okay im sorry, princess." aku menggeleng, dah berapa kali aku cakap yang aku tak berapa nak suka dengan panggilan tu tapi dia panggil juga. Aku redha je la.
Jadi mulalah sesi, mencari barang hantaran. Dari satu kedai ke satu kedai kami masuk. Dan kami cuba matchingkan barang yang dibeli. Misalnya aku beli perfume, dia pun harus ada perfume. Jadi begitulah. Kami keluar kedai, habis segala beg Mingyu pegang tak ada satu pun ditangan aku. "im a big man, aku nak angkat kau pun boleh!"
aku ketawa bila teringat yang apa yang dia cakap tadi. Lekas sahaja dia kalih kearah aku, "princess?" aku tengok dia. "ya, kenapa?" cepat je mulut aku menjawab. Kening dia berkerut. "kenapa gelak sorang-sorang?" aku senyum, lah itu yang dia nak tanya rupanya. "saja.." aku tayang gigi. "kita nak masuk situ kan?" aku tunding jari kearah kedai cincin. Dia mengganguk.
"jom" lengan bajunya aku tarik, semenjak kami bertunang rajin dia berkemeja panjang. Sebab mungkin itu type aku?
Aku tenung cincin dalam kaca tu satu persatu. Lama dah aku disitu, menungkan harga. "saya nak design yang simple dan murah."
"mahal!" laju dia mencantas. "engkau ni?!" dia sengih. "aku yang bayar!" sahaja mata dibesarkan. Aku hela nafas, sempat aku senyum manis kearah pekerja tu sebelum pahanya aku cubit. "akhh sakitlah!" dia sapu perlahan pahanya.
"murah je," aku pandang kembali ke pekerja tersebut. Dia tunjuk beberapa design simple dan cantik. Teruja aku tengok. "berapa ni?" Mingyu bertanya. "RM300?" aku sengih. Dia menggeleng. "buruk lah." semua yang aku pilih tak pernah nak elok dekat mata dia. "kenapa buruk sangat taste kau ni? Tepi biar aku pilih!"
Aku tarik nafas dan lepas. "kenapa boleh sampai RM6000 ni?" dia sedut air Orange itu tanpa muka serbasalah. Aku tongkat dahi aku. Pening aku dibuatnya. Kenapalah keras kepala sangat Mingyu ni?
"apa salahnya..aku nak ni jadi perkahwinan pertama dan terakhir untuk aku...dan paling bermakna bagi kau.." aku terdiam. Aku hela nafas. "tapi--"
Lekas sahaja jarinya dibibir. "haish! Sudah! Makan." dia bersarkan mata, suruh aku menjamah makanan depan mata aku. Lepas dah berjalan isi perut dulu sebelum balik.
"eh Mingyu?"
Aku terhenti. Tak ada orang lain ke aku nak jumpa?
"Wonwoo..kau sorang je ke?" dia mengganguk. Aku senyum segaris. Lama dah aku tak jumpa dia. Aku kawal reaksi. "duduk la sekali." aku makan tenang, aku dah terlalu biasa macam ni. Mingyu baik dengan Wonwoo takkan aku nak bermusuh pulak. "korang berdua buat apa dekat sini?" Wonwoo tengok aku dan Mingyu, sempat dia jeling kearah tangan aku.
"kitaorang beli barang hantaran..inshaallah kalau tak ada apa-apa lagi sebulan, kan dear?" terkejut aku dengan panggilan tu, lalu lekas sahaja aku mengganguk perlahan. "ouh.." itu sahaja yang keluar dari Wonwoo. "tahniah..Adriana," sayu kedengaran suaranya. Aku mengganguk tanpa lihat wajah dia sikitpun. Aku taknak Mingyu salah faham. Lagipun Wonwoo bukan siapa-siapa lagi.
"kau okay ke?" dia berhenti betul-betul dihadapan rumah aku. Drastik pandangan aku kearahnya. "maksud kau?" dia hela nafas. Aku angkat tangan. Dia tak suka soalan dibalas dengan soalan. "aku okay sangat, pasal Wonwoo tadi sumpah tak effect apa-apa" terus aku jawab panjang. Aku tayang gigi penuh. "betul?" aku mengganguk.
"lagipun kau kan kawan dengan dia,"
"tapi dia ex kau." aku tengok dia. "Mingyu please.."
"aku minta maaf," laju sahaja ayat tu keluar. Aku betulkan handbag. "aku dah pilih kau, dia dah tak ada tempat dalam hati aku. Stop questioning kedudukan dia." aku keluar kereta menuju ke bonet belakang. Aku buka, dan aku intai barang dia sebelum aku tarik keluar. Aku tak marah cuma kesal sedikit.
"Adriana..aku minta maaf." aku tengok dia kembali. "aku sayang kau, puas?" terang matanya. "Adriana..aku--?"
"aku tak suka panggilan princess, Dear is better." laju aku mencantas. Aku buka langkah dan tinggalkan dia disitu.
"aku minta maaf!" dari jauh kedengaran suaranya. Aku buat sign okay separas bahu. Malas nak perpanjang masalah. "kau sayang aku kan?" suaranya tinggi. "tak!" sahaja aku membalas begitu. "okay..aku sayang kau jugak!" aku blushing sendiri. Kan aku cakap dia comel.
Ting! Penat dah aku nak membalas mesej permintaan maaf dari Mingyu. Kalau dah serbasalah itulah penangannya. Aku senyum sendiri. Ting! Aku tengok mesej. Bukan Mingyu tapi Wonwoo. Aku betulkan dudukku.
'Abang depan pintu'- Jeon Wonwoo.
Terang mata aku. Dia nak apa lagi?
![](https://img.wattpad.com/cover/369831701-288-k912100.jpg)
YOU ARE READING
Takhta Cinta •||• Jeon Wonwoo ©️
Aléatoireperkahwinan bermaksud menyatu, manakala penceraian pula sebaliknya. kalau wujudnya cinta haruskah ada hati lain? mahligai yang dibina atas dasar cinta runtuh begitu sahaja akibat orang ketiga. segala keraguan ditepis tapi akhirnya terbongkar dengan...