BAB 16

262 8 0
                                    

Aku goncang pregnancy test untuk kali yang kedua, berharap kalini aku berjaya. Lama dah aku berjuang, takkan tak ada peluang langsung? Sedar tak sedar dah hampir 3 tahun aku TTC tapi jawapannya masih tidak. Aku pejam mata, sebelum perlahan-lahan mata dibuka. Aku dekatkan pregnancy test. Nafas aku hela berat.

"sayang?" suara dari luar itu buatkan aku tersedar dari lamunan. Aku diamkan diri. Kecewa. Dua-dua pregnancy test menunjukkan negatif. Aku genggam tangan aku kuat. "sayang..it's okay.." sayu kedengaran suara dia. "im sorry.." aku tertunduk. Kecewa dengan diri sendiri. "you don't have to, belum ada rezeki kita..sini keluar."

Aku angkat punggung dan pintu aku bukak, lantas senyuman diberikan. "saya minta maaf.." dia menggeleng, lalu tubuh kecilku ditarik dalam pelukan. "takpa sayang..it's okay" belakang aku diusap perlahan. Entah mengapa, laju sahaja air mata mengalir. Sedih mungkin. "let's stop talking about this for a while okay? Abang nak sayang jauhkan diri dengan benda ni semua untuk seketika boleh?"

Perlahan aku mengganguk. "kita stop TTC, Abang taknak tengok sayang sedih macam ni." aku mengangkat wajah. Air mata aku disapu. "Abang give up ke?" dia menggeleng. "bukan...kita rehat sekejap okay..don't cry." dia tenangkan aku. Aku jebek. Dia ketatkan pelukan sekali lagi.

Aku tahu disudut hatinya di juga kecewa, sebab ini yang dia harapkan. Nope, bukan dia je tapi aku juga.

Alhamdulilah kami menjalani kehidupan macam biasa, seperti yang dijanjikan kami berhenti dari semua perkara yang melibatkan 'anak' cukup hanya sekadar hubungan bersama. Dia makin pengertian, memahami dan banyak masa dengan aku berbanding kerja dia.

Uhuk,uhuk. Aku usap dada aku sedikit. Makin menjadi-jadi pula batuk ni. Jarang aku jadi macam ni. Mungkin main hujan semalam kot. "nah." air kosong dalam gelas panjang itu dihulur.

"tu la, Abang dah cakap jangan main hujan kan dah demam." terus terbantut aku nak minum air. Aku pusing kearah dia. "saja..tiba-tiba rasa macam nak mandi. Nampak macam sungai tau.." lancar aku bersembang. Dia hanya melayan dengan anggukan kecil.

Ting! Sekali lagi aku terhenti dari nak minum air. Aku buka phone milik aku. Eve? Dia nak apa lagi? "sayang? Siapa tu?" aku diam seketika. "Adriana Saffiya?" terus aku kalihkan pandangan kearahnya. "scammer." aku senyum segaris, sebelum meneguk air kosong ditangan aku perlahan.

Dia masih lagi memerhati aku, membahang rasa muka. Aku tengok dia sekilas. Cawan aku turunkan. "kenapa tu encik suami?" sahaja aku bertanya.

"Duduk beralih hadap ke hulu,

Angin ribut makin menderu;

Namamu tak boleh ku ucap selalu,

Makin diucap makin ku rindu."

aku tutup mulut bila dia mula berpantun, ada mahunya ni, pasti. Ya lah hujan dekat luarkan. "abang nak apa ni?" dia angkat kening kearah aku. Aku bangun perlahan.

"hujan malam, angin sejuk,

Lena tidur bila dipeluk,

Jika tuan hamba tidak keberatan,

Dinda menanti diruang beradu." aku ketawa.

Dia bangun dari sofa. Phone diletakkan dalam poket. Laju sahaja tubuh kecilku dicempung. "hey? Saya tak pandailah nak berpantun." dia mengganguk sambil kakinya menuju ketangga. "betul la teruk sangat, mesti sayang fail BM kan?" dada bidangnya aku tepuk kuat. "tak! okay.." sempat dia tengok wajah aku sebelum pintu bilik dikatup rapat.

"Sayang?!" Jeritan dari dalam bilik buatkan aku terhenti dari menghidang makanan. Aku scanned sekali lagi. "Sayang!" berdecit aku langkahkan kaki naik tangga masuk ke bilik. "Coat abang mana?" aku menjuihkan bibir menunjukkan kearah coat yang elok tersangkut dipintu almari. Dia beri reaksi tak percaya, ya la benda depan mata je, tapi tak nampak. Muncungnya panjang. Aku ketawa kecil. Comel sangat.

Aku capai coat dan bibirnya aku cubit. Laju kepalanya direhatkan dibahu aku. Aku menanti. "kenapa pulak ni?" Dia mengeluh berat. "I didn't get my morning kiss yet..." aku cubit pinggangnya yang berisi itu. "Aduh! Sakit la.."

Dia mengaduh sambil usap perlahan pinggangnya. Aku angkat coat, supaya senang dia nak pakai. Dia sarung perlahan. "Abang? Kalau harini saya nak pergi beli barang dapur boleh?" lekas je dia pusingkan tubuh badannya. "beli barang dapur je? Are you serious?" walaupun jantung aku mengepam laju, tapi aku tetap kawal reaksi. Perlahan aku mengganguk. Dia hulurkan duit. "Banyaknya?" Dia diamkan aku, sambil mengangkat kening berkali-kali.

"Okay then, now I need my vitamin" panjang muncungnya. Aku kucup sekilas bibirnya. Kening dia bersatu. "Sekejapnya?" Pinggang aku ditarik merapatinya. "eh sudah! kang panjang cerita dia..." ketawa dia tercetus.

Aku tengok pakaian yang aku kenakan harini. Lipstick aku letak sedikit bagi kurangkan pucat dimuka. Ini waktu yang sesuai untuk aku keluar. Laju aku langkahkan kaki turun tangga. Terhenti seketika tatkala tangan memegang tombol pintu utama rumah. Dilema. Patut ke aku minta izin dulu? or...

Aku kentalkan hati, aku buat semua ni untuk kekalkan perkahwinan kami, jadi aku kena jumpa dia. Aku yakinkan diri sendiri sebelum perlahan susun langkah kembali menuju ke kereta. Aku masuk kawasan restoran yang mewah. Mata aku ngalit mencari figura yang tak habis-habis menggangu rumah tangga orang. Eve.

Dia melambai dari jauh, aku berhenti seketika. Ambil nafas dan lepas. "jadi bijak jangan gopoh" aku nasihatkan diri sebelum melangkah masuk ke restoran tersebut. Aku labuhkan punggung. pakaian dengan warna terang itu buatkan aku pening. waiter datang. "kau nak minum apa?" Laju menggeleng. "it's okay, saya sekejap je" dia mengganguk.

Kaca mata hitam bersaiz seperti kanta pembesar itu dia cabut. "okay let's straight to the point!" dengan muka angkuh Eve tolak satu kertas kearah aku. "I bagi you 5 juta, dan I nak you tinggalkan Wonwoo"

Aku capai cek tersebut. "5 juta je?" Aku ketawa sinis. Aku pulak bawak keluar buku cek yang masih tebal itu. tanpa berfikir langsung 20 juta aku tulis. Aku tolak kearahnya. "cukup tak? kau yang patut jangan kacau aku dengan suami aku!" terang biji matanya terkejut. terdiam. nampak seperti mati kutu.

Aku bangun, planned memang nak biar dia disini. Tapi baru nak melangkah. "but wait..if you wanna know..im pregnant his child" aku kawal reaksi. Aku pusing. Dia ingat ni drama melayu ke apa?

"Kau nak membongak apa lagi ni? Kau jangan sampai tangan aku melekat dekat muka engkau... aku dah lama tak penumbuk orang!" Aku kepal penumbuk, baru nak hayun tubuh aku ditahan kuat dari belakang. Drastik aku kalih. "Abang?" muka bengisnya terlihat. Belum sempat aku berkata apa-apa. Tangan aku ditarik kasar keluar dari restoran dan dia bawak aku ke parking laju.

Dia lepaskan tangan aku, dan usap rambutnya kasar. "sayang buat apa ni?" Nadanya naik seoktaf. terdiam aku. Aku bermain dengan jari jemari. Tak tahu nak cakap macam mana.

"Silap, patutnya abang biar je sayang tumbuk dia tadi" laju aku mengangkat wajah. Berkerut seribu dahi aku. "abang tak marah ke?" Dia senyum besar. "dia tu memang patut pun kena rembat, tak faham bahasa!" Rasa tak percaya. Dia tarik nafas, sebelum menyambung.

"but..You owe me an explaination, kenapa sayang tak terus terang dengan abang, about this" tangan aku dia genggam. Aku jebek. rasa serbasalah menumpuk. "or kita boleh selesaikan dengan cara lebih afdhal.." Berkerut kening aku. confuse. dalam sedang ngalit berfikir, dia bawak wajahnya dekat kepada aku. "sayang dapat pahala tau.." bahunya aku pukul.

"Gatal!" Laju aku berjalan tinggalkan dia. "sayang?" derapan kaki yang laju itu buatkan aku kalih. Dia mengejar, laju aku buka langkah.

"no, tak aci kaki Abang panjang!"



pantun tu...ehmm. 

Takhta Cinta •||• Jeon Wonwoo ©️Where stories live. Discover now