"Ibu! Adriana pinjam basikal Ibu ya?" lantang suara aku menjerit dari bawah. "nak kemana?!" Ibu mengintai dari pintu belakang. "pasar!" laju sahaja aku menjawab. "pergilah, elok-elok." sempat dia melambai sebelum masuk kembali kedapur. Excited aku naik basikal, ambil angin pagi dengan vibes yang berbeza. Tenangnya, bila kayuhan aku itu melalui kawasan padi yang sedang menghijau dengan kabus yang menghalangi gunung-gunung tinggi itu. Besar senyuman aku.
Macam fake, tapi ia nyata. Aku tongkatkan basikal tua itu teliti sebelum masuk kedalam pasar pagi. Aku benar-benar merindukan vibes kampung macam ni. Tak ada yang berubah banyak pun, aku mulakan dengan langkah perlahan. Sahaja nak melihat-lihat terlebih dahulu, bandingkan harga baru kita beli. Meliar mata aku. Usai puas berjalan barulah aku membeli, tapi taklah banyak memandangkan nak makan berdua je dengan Ibu.
Aku intai sedikit barang yang aku dah beli dan puas hati sendiri. "Adriana?" aku angkat kepala. "Iman?" laju sahaja tubuh gadis kecil yang berkaca mata itu aku peluk. Goyangkan sedikit tubuh badannya. Bahagia rasanya dapat berjumpa dengan rakan lama. "kau sihat ke?" aku mengganguk, "makin cantik, kau Adriana." terus ketawa aku tercetus.
"...so macam tu la cerita dia." dia cover muka terkejut dengan tangan kecilnya. "cantikkan takdir yang Allah dah susun?" aku mengganguk perlahan. "sekarang maknanya kau kahwin balik dengan bekas suami kau?" aku senyum besar dan mengganguk laju. "wahh..sumpah macam drama, kau kahwin then bercerai lepastu kahwin balik dengan hanya menggunakan slogan 'jodoh pasti bertemu'" renyah ketawa aku menghiasi kedai makan.
Kalau duduk berdua dengan dia ni, memang tak kering gusi ada je celotehnya. "kau ni Iman..ha ni sibuk tanya aku, kau dah kahwin ke?" dengan bangga dia mengangkat tangan kanannya yang mempunyai cincin dijari manisnya. "of course...orang cantik macam aku mesti laku." aku mengganguk, sahaja melayan kerenahnya. "kau bahagia?" tangan aku ditepuk. "mestilah, anak aku dah nak masuk 4 tau!" terkejut aku.
"kau pregnant? Sekarang?" dia mengganguk laju. "wah tahniah babe!" lama kami bersembang sampai tak sedar dah masuk tengahari. Macam-macam topik kami dikeluarkan dan yang paling kelakar dia akhirnya dapat jugak berkahwin dengan cikgu praktikal dia kejar dahulu. Sungguh menggelikan hati.
Masuk sahaja simpang rumah Ibu, drastik aku break mengejut. "eh?" kereta Wonwoo terparking elok depan rumah Ibu. Belum seminggu lagi rasa aku, kenapa dia balik? Perlahan aku turun dari basikal dan menolak sehingga sampai ke rumah. Aku tongkat basikal, dan terdengar perbualan dia berdua dengan Ibu. Aku naik tangga, benda pertama yang aku nampak muka Ibu.
"ha pergi mana ni, tengahari baru balik." aku kalih kekiri, Wonwoo hadiahkan senyuman manis aku. "bila.." aku kalihkan pandangan kepada Ibu seketika. "Aa-banng..sampai?" laju aku menuju kearah Wonwoo. "baru je." aku mengganguk dan Letakkan segala plastik tadi atas meja kopi. Aku hulurkan tangan, laju sahaja dia beri tangannya. Kemudian aku senyum menampakkan gigi putih aku.
"Adriana terrjumpa dengan Iman tadi.. seronok sangat sembang, sampai lupa tengok jam." Ibu menggeleng ringan. "sembang lah dengan suami, Ibu masak sekejap." Ibu baru nak mencapai paltik, tapi laju sahaja aku menahan.
"eh takpa..Adriana angkat," cepat sahaja aku menghalang Ibu dari mencapai plastik tu semua. Lepas Ibu kedapur, aku kalih kearahnya. "belum seminggu lagi kan?" itu yang aku tanya dulu. Dia mengganguk, "Abang nak bawa Isteri Abang ni balik, sebab ada urusan yang awak kena terlibat." dang. Aku hampir terlupa tentang perkara itu. Aku betulkan dudukku menghadap dia. "macam mana?"
Dia hela nafas. "Abang rasa tak sesuai untuk kita cerita perkara ni sekarang, esok kita balik." belum sempat aku mengganguk. "Adriana?!" laju aku kalih kearah suara yang menjerit kuat dari arah dapur tersebut. Aku bangun drastik, "awak pergi la rehat." itu je yang aku ungkapkan, kemudian aku susun langkah kedapur.
ANDA SEDANG MEMBACA
Takhta Cinta •||• Jeon Wonwoo ©️
Ngẫu nhiênperkahwinan bermaksud menyatu, manakala penceraian pula sebaliknya. kalau wujudnya cinta haruskah ada hati lain? mahligai yang dibina atas dasar cinta runtuh begitu sahaja akibat orang ketiga. segala keraguan ditepis tapi akhirnya terbongkar dengan...
