Aku cekak pinggang depan almari baju. Nak pakai baju apa ni? Dua hari cuti blur pula, Aku ambil blouse warna biru dan putih. Aku compare. Lama aku tenung. "Wana?" aku cuba minta pendapat Wana yang sedang sibuk menyusu dengan botol. Banyak stock aku buat. Tak payah selak-selak baju. Dia angkat kening.
"Ibu tak tahu la nak pakai yang mana," aku bercakap dengan muncung panjang kemudian, aku samakan ketinggian hanger dengan bahu. Dia letakkan jari telunjuknya di dahi. Keras sungguh berfikir. "putih..Wana suka putih.." aku pusing blouse putih itu kearah aku. Terus aku setuju. Kena pakai kemas sikit harini sebab ada meeting dengan Tuan Athar. Orang yang paling berpengaruh dalam dunia pembinaan masa kini.
Apa yang aku tahu. Tuan Athar ni tegas. Meremang jugak bila dapat tahu ada kes pekerjanya dibuang hanya kerana typo satu huruf dalam tender. Kau rasa? Harap-harap harini baik-baik sahaja. Kita pakai bawal je harini, bubuh makeup sikit dan dah siap. Ketukan pintu dari luar rumah buatkan Wana mencicit bangun turun dari katil. "Papa!"
Hampir terlupa aku yang harini Mingyu nak hantar Wana ke nursery. Berlari anak aku kejar Wana. "jatuh sayang.." laju tangannya aku capai, sebelum tangan membuka pintu utama. "Wana.." Mingyu dukung Wana. "siap dah ke? Aku hantar kau laa harini.." terus kening aku bertaut. "eh takpa laa.. aku bole--"
"please.." aku kecilkan mata. Dia mengganguk. "kejap!" aku masuk rumah kembali. Ambil handbag, pelan, pendrive dan beg baju serta stock susu yang aku bekalkan untuk Wana. Mujur la aku dah berkemas awal tadi. Aku tutup kipas dan bergegas keluar dari bilik dan keluar dari rumah. Gelabah aku jadinya. Last minit betul.
Bila aku masuk kereta cepat je Wana duduk di kerusi belakang. Elok je dia drop Wana dekat nursery. Lekas sahaja minyak ditekan, kalau sangkut jammed kejap lagi memang tak sempat la cerita dia. "kau mimpi apa nak hantar aku harini?" sahaja aku bertanya. Aku pandang dia sekilas.
Dia angkat bahu. "kalau aku cakap kita satu jalan?" logik jugak, aku mengganguk. "beg make up aku ada sini kan?" dia menjuihkan bibirnya kearah deskbox depan aku. Aku buka. Tapi terhenti tatkala satu kotak kecil berwarna merah itu terlihat. Dia nak melamar siapa? cuba kawal perasaan, aku tolak ketepi kotak tu dan beg kecil milikku aku capai. Macam mana la boleh tertinggal.
Aku goncang setting spray, sambil tenung kearah deskbox yang dah tertutup tu lama. Bukan aku kan? Itu yang aku fikir dulu. "Adriana?" lekas sahaja aku tengok dia. "ha?" dia ketawa. "lusa Mommy balik..Mommy ajak dinner, kau boleh join?" dia masuk parking Office. "eumm..lusa?" aduh, aku nak jawab apa ni. "esok.. aku bagi tahu eh?" dia mengganguk. Dia berhenti betul-betul depan pintu masuk.
"terima kasih," dia letakkan tangan didada. "my pleasure, princess." tersentak aku. Aku senyum awkward dan lekas sahaja pintu kereta aku buka. Turun je kereta, aku tak kalih dah kearah dia, menonong aku jalan ke elevator. Aku tekan butang lift tu sekali je, terbuka terus. Aku hela nafas lega. "kenapa dengan dia lately ni?" dapat aku rasa jantung aku berdebar laju. Kemudian cepat je aku menyangkal. "jangan Adriana.." aku nasihatkan diri aku sendiri.
Aku tolak pintu Office. Meluru Dian datang kearah aku. "Cik Saffiya, Tuan Athar dah ada dalam bilik meeting." aku dia sekilas. "betul ke? Puan Linda?" Dian menggeleng. "Puan Linda MC, demam."
"takpala kalau macam tu...awak dengan saya je la." Dian mengganguk. Aku letak handbag di meja pekerja dan aku buang segala aura negatif dan tarik nafas dalam sebelum pintu bilik meeting ditolak. Terhenti segala pergerakan aku. Senyuman aku pudar. Aku lepas pegangan pintu, dan kalihkan pandangan kearah lain. Nafas aku mula tak teratur. Betul ke dengan apa yang aku nampak ni?
Apa yang dia buat dalam bilik meeting ni? "Cik Safiyya? Cik okay tak ni?" air mata aku berlinang. "boleh tak kita hold five minutes? Saya sakit perut.." belum sempat Dian menjawab lekas sahaja aku susun langkah ke toilet.
Aku tongkat tangan lama di singki. Aku patut buat apa ni? Macam mana aku boleh lupa nama Islam dia? Wafiy Athar? J.W Company? Daddy punya company..
Terduduk aku. Aku tak rasa yang aku boleh teruskan meeting ni. Aku tak boleh nak tatap muka dia. Aku takut..tak professional. How? "Cik Safiyya?" aku angkat kepala. Pura-pura pegang perut. "sakit sangat ke?" Dian hulurkan satu ubat kepada aku. Aku capai. "Tuan Athar bagi, dia kata elok untuk sakit perut." aku terdiam. Aku senyum acuh tak acuh. "btw dia cancel meeting ni, dia tak ada masa nak tunggu.." aku tengok ubat tu kosong. Aku tahan air mata.
"saya keluar dulu ya?" aku mengganguk, tapi air mata aku yang jatuh. Sebak rasa didada. Kenapa kena dia? Aku tak kuat ya allah. Aku lap air mata aku. Aku mampu, longgar rasa lutut.
Minseo petik jari dihadapan muka aku. Tersedar aku. "kau kenapa ni?" laju aku menggeleng. Wajah aku ditarik mendekatinya. Lama dia perhati. Lagi-lagi dibahagian mata. "kau nangis?" tangannya aku tolak. Aku kacau Coffee Latte menggunakan straw. "kau jumpa dia lagi ke?" aku diam. "Adriana?" sekali lagi Minseo memanggil.
"Wafiy Athar." aku sebut nama tu, "Jeon Wonwoo.. adalah orang yang sama, Minseo." datar suara aku bercakap. Dia tutup mulutnya. "jadi maknanya..selama ni Tuan Athar yang dah berkali-kali kau tak jadi jumpa tu...dia?" sempat aku melihat Minseo sebelum mengganguk. "ya allah.. apa lagi ni.."
"entahlah Minseo, aku pun tak tahu..kau bayangkan aku akan terikat dengan dia sampai projek ni siap..aku taku--" terus tubuh kecil aku dipeluk. "tak..tak kau kuat Adriana, aku yakin kau boleh demi Wana." berderu air mata aku keluar. Dia usap belakang aku perlahan. "aku takut..aku tak boleh.."
Walaupun Wana kekuatan aku, tapi aku kena sentiasa ingat bahawa Wonwoo ayah kandung dia, benih dia. Kau kuatkanlah hatiku ya allah.
comment sikit min nak tahu setakat ni macam mana dengan Takhta Cinta? another plot twist is coming ....
![](https://img.wattpad.com/cover/369831701-288-k912100.jpg)
YOU ARE READING
Takhta Cinta •||• Jeon Wonwoo ©️
Randomperkahwinan bermaksud menyatu, manakala penceraian pula sebaliknya. kalau wujudnya cinta haruskah ada hati lain? mahligai yang dibina atas dasar cinta runtuh begitu sahaja akibat orang ketiga. segala keraguan ditepis tapi akhirnya terbongkar dengan...