Tak sanggup rasanya nak duduk dekat sini. Lunch dengan Mingyu aku lupakan. Dengan air mata aku memandu, entah mengapa otak aku tiba-tiba teringatkan Wonwoo. Kata-katanya buatkan aku tersentak. Satu perkara yang buat aku tertanya sampai sekarang adalah dia masih cintakan aku. Tapi kenapa ada Eve dan Ryan? Lagi laju air mata aku jatuh.
Aku berhentikan kereta, dikawasan pergunungan. Stereng aku ketuk kuat. Jujur jauh dalam sudut hati aku, aku masih mengharapkan ada penghujung buat kami berdua. Tapi semesta menghalang. Dia tinggalkan impak yang besar dalam hidup aku, dan salah satunya Wana. "ya allah.." itu je yang mampu aku ungkapkan sekarang. Tak berhenti tangisan aku. Sebak. Aku tersepit. Apa yang patut aku buat? Aku lap air mata aku perlahan.
Aku sandarkan badan diseat kereta. Kenapa selepas 4 tahun? Aku tenangkan diri dengan cara aku. Pil penenang aku telan, dan air mineral aku teguk. Paling-paling aku tertidur. Aku pejam mata rapat. Phone yang berdering itu aku endahkan. Pintu kereta terbuka kuat. Lengan aku ditarik keluar secara paksa. Terlepas botol ubat tu dari tangan aku. "hey? Adriana kau gila ke telan pil ni dalam kereta?!" pandangan aku kabur. Tapi suara Mingyu masih jelas terdengar.
Air mata aku jatuh, dia satu-satunya orang yang selalu ada dengan aku. "Adrian--" gelap. Hilang semua.
Aku pegang kepala aku. Sakit. Selepas beberapa saat baru aku ingat aku telan pil dalam kereta tadi. Keluhan berat depan pintu itu buatkan aku serbasalah. "kau ni degillah Adriana!" belum apa-apa aku dah kena marah. aku diamkan diri, matanya melihat terus kearah aku. "Wana mana?" itu yang aku tanya dahulu.
"boleh tak dengar cakap aku? Kalini je. Stop telan pil penenang tu!" tinggi nadanya bersuara dengan aku. Aku diam tak berkutik, sebab aku tahu aku salah. Dah lama aku consume pil tu, sebab aku stress. Perkara kerja dan masalah-masalah ni semua datang serentak.
Kalau aku rasa mampu untuk kawal, aku tak telan dan tapi kalau dah menangis tak berhenti, asyik teringatkan masa lalu yang menyakitkan kemungkinan aku akan telan pil penenang tu tak kisahlah dekat mana sekalipun. "aku--minta maaf." perlahan ayat itu keluar dari butir bibir aku.
"haishhh..tolong jangan buat aku risau lagi boleh tak?" tersentak aku. Selepas keluhan, keluhan lagi diluahkan oleh figura lelaki kekar ini. Syiling aku perhati. Rasa serbasalah menguasai. Tak tahu apa yang patut aku suarakan kerana punca dari aku sendiri. "tidur sini malam ni, Wana dengan aku." bubur yang masih panas itu dihulurkan kepada aku. Baru nak menggeleng. "makan! Perut kau kosong." nadanya naik sedikit. Tegas.
"letak la situ dulu.." dia mengeluh. "aku janji aku makan." perlahan nada suara aku. Sempat dia lihat kearah aku seketika, sebelum mangkuk diletakkan kembali ke meja katil. "aku balik dulu, nanti Minseo datang." aku mengganguk kecil. Dia lambai perlahan, dan keluar dari wad yang aku duduk. Aku tengok tudung yang terletak elok dikepala aku. Bukan sekali dua, aku tersedar dalam keadaan begini. Aurat aku Mingyu jaga sangat elok. Aku betulkan sedikit.
"layak ke aku?"
aku tenung tingkap yang jelas terlihat bintang-bintang penuh. "balik pada Abang please.." aku hela nafas. "aku ikhlas nak lamar kau jadi pemaisuri hati kau, Adriana." aku cuba tenangkan diri.
Minseo petik jari. "fikir apa? Abang aku ke Wonwoo?" aku tengok dia. Dia sengih. Dia letakkan bungkusan makanan, atas meja. "bubur tadi habis dah?" aku mengganguk. "Abang aku masak tau.." berkerut kening aku.
"um...? takpayah nak membongak boleh tak? Abang kau dekat Hospital dari tadi." dia senyum besar. Dia tongkat tangan dia dikatil. Mata dikelip-kelip berkali-kali.
"macam mana rasa di caring oleh orang yang dicintai?" aku kawal reaksi, walaupun degupan jantung dah berdetak laju. Bahunya aku tolak sedikit. "apa kau ni."
"eleh..kau tahu tak muka kau merah sekarang..." lekas sahaja tangan naik dipipi. Kuat ketawanya, kalau tak mengusik tak sah. Aku senyum segaris. Eloklah dia ada dekat sini, kalau tak sunyi aku. Atau mungkin sekarang aku masih termenung teringat tentang situation petang tadi. Setiap kali ada masa dan ruang mesti dia meluah tentang perasaan dia, atau aku yang overacting?
"Minseo?" dia terhenti. "kenapa?" aku tengok dia, "telekung aku kau bawak?" dia kalihkan pandangan seketika. Lalu mengganguk. Aku senyum segaris. Itu je jawapannya.
"Ibu!!" bergema bilik wad bila Wana menjerit. Minseo baru je balik. Aku angkat Wana kuat. Laju tubuh aku dipeluk. "Wana miss Ibu.." berbunga hati aku. "Ibu rindu awak jugak..sit down here." aku tepuk paha aku. Mingyu letakkan beg kertas di meja katil. "Papa go work sekejap okay? Nanti kita balik dengan Ibu sekali okay,girl?" laju Wana mengganguk. Tak lupa thumbs up dia.
Dia bagi sign tangan, aku mengerti sendiri. Elok je Mingyu keluar. Wana kalih tengok muka aku dengan kening yang terangkat. Budak ni.
"Papa bagi Wana makan apa?" sahaja aku bertanya. "waffle..Wana makan banyak, Papa masak sedap.." mata, mulut dan tangan bergerak serentak. Seronok sungguh kalau bercerita pasal Papa dia. Aku tahu Mingyu memang pandai memasak. Tak berhenti lagi Wana bersembang. Aku pasang telinga, sambil tangan tak berhenti menepuk punggungnya yang elok terbaring di dada aku.
"amboi...Ibu dah jadi nombor dua dah ke ni?" aku mengusik. Dia angkat kepalanya. "noo! Ibu catu..Papa dua.." kuat aku ketawa. Terus pipi aku dikucup. "Wana sayang Papa?" dia senyum menampakkan giginya.
"dah sampai.." aku buka pintu dan Wana aku turunkan. Laju dia berlari ke pintu rumah. Aku buka pintu. Wana masuk rumah dengan teddy bear ditangan sempat pulak dia pau Mingyu tadi.
"terima kasih, Mingyu." dia senyum segaris. Awkward.
"umm.." kotak cincin aku hulurkan perlahan. Dia tengok kotak cincin dan aku berkali-kali. Nafas berat dia hela. "takpa aku faham..." dia capai kotak cincin tu, Kening aku bertaut. "hm? Apa dia?" aku menjawab. Dia confuse. Dia tunjuk kotak cincin yang dah bertukar tangan tu kearah aku.
Aku ketawa kecil. "minggu depan, hari sabtu. Rumah Ibu, datang dengan Mommy."
"ha?" reaksi wajah terkejutnya terlihat.
"lamar aku ikut adat..aku masuk dulu." berdecit aku masuk rumah. Pintu aku tutup."yes!" kuat dengar suara itu. Aku senyum sendiri.
Dialah jawapannya.
ANDA SEDANG MEMBACA
Takhta Cinta •||• Jeon Wonwoo ©️
Acakperkahwinan bermaksud menyatu, manakala penceraian pula sebaliknya. kalau wujudnya cinta haruskah ada hati lain? mahligai yang dibina atas dasar cinta runtuh begitu sahaja akibat orang ketiga. segala keraguan ditepis tapi akhirnya terbongkar dengan...
