Perlahan aku labuhkan punggung dihadapan Ibu. Serius pandangannya. Aku berdebar, Wonwoo tak cerita apa-apa kan? Ibu kecilkan mata. "kamu berisi ke?" terkejut aku bila soalan itu yang keluar dulu. "heh, apa Ibu ni..awal lagi la" laju Ibu mengeluh lalu perlahan dia sandarkan badannya ke kerusi. "Wafiy kata kamu balik sini sebab nak healing..mana la tahu." aku ketawa kecil. Pandai betul buat cerita mamat tu. "healing eh?" aku mengganguk, bersetuju je la.
"takkan tak ada isi lagi?"
"Ibu?!" terus ketawa dia tercetus. Seronok aku tengok dia ketawa besar macam tu, walaupun hati sedang gusar sekarang, tapi tengok senyuman sebesar itu boleh buat hati aku tenang. Aku menggeleng kecil.
Aku hela nafas di jendela , angin sepoi-sepoi yang menyapa tubuh badan itu buatkan aku sedikit tenteram. Lepas dapat tahu yang Wonwoo dah sampai ke destinasi tadi. Macam mana aku tahu? Guna phone Nokia 3310 milik Ibu. Lama rasanya tak balik kampung, sungguh aku rindu suasana yang aman ini. Tiba-tiba laman luas depan rumah buatkan aku teringat si kecil itu. "kalaulah dia ada, mesti riuh." aku senyum segaris.
"I miss you, sayang..." tak pernah terlupa ayat itu dari mulut aku. Rumah kayu yang sedikit bergegar itu buatkan aku kalih kebelakang. Berkerut kening aku bila Ibu bersiap cantik macam nak ke bandar. "Ibu nak pergi mana?" lekas sahaja aku bertanya. "merewang laa, esok anak Pak Mail tu nak kenduri!" aku berfikir sejenak. "Izyan tu ke Ibu?" Ibu mengganguk. Aku Impressed sendiri, akhirnya minah tomboy tu kahwin jugak.
"nak ikut tak?" aku menggeleng, "pergilah..Adriana nak....healing."
"suka hati kamu la!" cepat sahaja tangga rumah dituju, perlahan figura berumur itu meniti tangga satu persatu. Terkekeh aku ketawa. "hati-hati." sempat dia jeling kearah aku sebelum mengayuh basikal tua miliknya.
Usai Ibu menghilang dari pandangan, pintu aku kunci dan ambil tempat dihadapan TV. Novel yang elok tersusun bawah meja kopi itu aku capai. Kening aku bertaut. "Sejak bila Ibu pandai baca buku sedih macam ni?" Lama jugak tak membaca. Why not kan? Aku naikkan kaki atas sofa, selesakan posisi dan tanpa dipaksa laju jari jemari aku menyelak muka surat pertama. Membaca setiap bait-bait penulisan yang menyayat hati dari sang penulis.
'Tiada siapa mahukan hidup dirundung kesedihan dan kekecewaan namun ia kerap juga terjadi mengikut nasib yang telah ditentukan Allah.' aku terkesima.
Cerpen kecil yang menceritakan tentang kehidupan hamba Allah itu benar-benar buatkan aku terpana dengan kekuatan dia. Mampukah aku sekuat itu?
'Setidaknya aku pernah menjadi payung sebagai peneduh. Walaupun pada akhirnya engkau pergi menjauh.' ayat ini mengingatkan aku kepada seseorang. Wonwoo. Dia adalah insan yang benar-benar menjadi payung buat aku. Tanpa aku sedar. Air mata aku jatuh. Baru muka surat pertama, tapi aku rasa aku tak mampu untuk teruskan. Rasa berat bila teringat tentang pengorbanan dia, terlalu besar. Aku je yang terlalu gopoh buat keputusan. Buku itu aku tutup dan aku letak kembali ke tempat asal.
Kemudian perlahan aku rebahkan badan disofa empuk, itu adalah jalan yang terakhir untuk aku healing. Aku letakkan tangan aku didahi tenung kipas yang bergerak seperti hidup segan mati tak mahu tersebut. "Ibu patut bawa awak sayang.." lagi-lagi penyesalan yang aku utarakan. Siapa je yang tak terkejut, setelah 3 bulan pemergiannya baru aku tahu yang anak aku tak mati disebabkan kemalangan melainkan dibunuh.
"kenapa kau kejam sangat Mingyu?" aku pejam mata buat seketika waktu. Luka-luka kecil dan lebam yang terlihat dibadannya ketika itu buatkan aku tersedar. Wana hanya luka kecil, dan pendarahan dia tak banyak pun masa tu. Drastik aku terduduk. "kereta Mingyu..keadaan dia?" aku terfikir macam mana orang patah kaki boleh berjalan dalam masa 3 bulan je?
Aku tekup mulut kuat. Kenapa aku baru perasan? Patutlah malam tu dia beria nak bawa Wana keluar. Sebab tu ke? Aku hela nafas berat. "sebodoh itu ke aku sebagai Ibu?" aku persoalkan perkara itu sendiri.
"wahh.." aku buka topi kebun itu dan letakkan atas meja yang sudah terhidang kuih koci dan kopi. "besar betul kebun Ibu ni..." Ibu duduk dihadapan aku sambil mengipas ringan menggunakan topi miliknya. "itulahh, bersepah dah.." aku mengganguk setuju. Dia menjuihkan bibirnya kearah air, laju aku tuang dan hulurkan kepadanya. Jari jemari aku bermain ringan di atas meja. Tak tahu topik apa yang harus aku bicarakan.
"Adriana?" aku angkat kepala. "ya Ibu?" dia tengok aku sekilas.
"kamu tahu kenapa Ibu pilih Wafiy untuk jaga kamu?" kening aku bertaut. Cuba fokus dengan apa yang Ibu nak bicarakan. "lepas je kamu balik sana, untuk bekerja..Wafiy tak pernah sekalipun lupakan Ibu." aku terdiam. Ibu amik nafas seketika sebelum menyambung. "kalau boleh..setiap cuti mesti dia balik! Jadi kewajipan untuk dia jenguk Ibu..bil api, bil air, barang dapur semua dari dia....dia tak bagi Ibu usik duit yang kamu bagi."
"waktu Ibu sakit, dia yang jaga Ibu.."
"Ibu sakit, kenapa Adriana tak tahu?" Ibu senyum kecil. "Ibu taknak susah kamu, kebetulan waktu tu Wafiy balik disini." aku tersentak, sumpah kesal dengan sikap egois aku sendiri. Aku hela nafas berat. Banyak rupanya benda baik yang dia buat dan aku tak tahu.
"Eve sebenarnya.."
"Adriana dah tahu." drastik Ibu kalih kearah aku laju. "cuma Adriana perlukan masa untuk terima semua ni, walaupun puncanya dari Adriana sendiri." tangan aku Ibu capai. "Ibu minta maaf.." aku menggeleng, tangannya aku genggam.
"Ibu tak salah, Adriana yang bodoh." Ibu terdiam. Benar, dia adalah payung untuk aku. "Adriana harap, Ibu tak bagi tahu Wafiy dengan apa yang Adriana tahu." aku hela nafas kecil. "Adriana nak dia dengar cerita ni dari mulut Adriana sendiri." kepala yang masih berlapik dengan tudung itu diusap perlahan, dan laju sahaja tubuh aku dipeluk. "Ibu tahu anak Ibu kuat..jangan sia-siakan Wafiy, he sacrifice a lot." Aku balas pelukan Ibu.
"Adriana, janji Ibu."
![](https://img.wattpad.com/cover/369831701-288-k912100.jpg)
YOU ARE READING
Takhta Cinta •||• Jeon Wonwoo ©️
Acakperkahwinan bermaksud menyatu, manakala penceraian pula sebaliknya. kalau wujudnya cinta haruskah ada hati lain? mahligai yang dibina atas dasar cinta runtuh begitu sahaja akibat orang ketiga. segala keraguan ditepis tapi akhirnya terbongkar dengan...