BAB 44

323 11 0
                                        

Semenjak dari kejadian tu, aku banyak spent masa dekat office dan sibukkan diri dengan hobi aku supaya tak teringat. Kalau ada masa yang terluang lekas sahaja aku cari aktiviti yang boleh buatkan aku lupa. Aku duduk dihadapan cermin, betulkan sedikit baju blouse yang aku pilih untuk ke pejabat harini. Usai kemaskan makeup laju sahaja aku susun langkah keluar dari bilik menuju meja makan.

Cawan yang berisi teh o suam itu aku capai dan aku hirup. "Ibu.. Adriana balik lambat malam ni." perlahan Ibu keluar dari dapur. "hari-hari balik lambat..busy sangat ke?" aku tak fokus dengan Ibu sebab sibuk berperang dengan kepanasan karipap yang baru Ibu angkat letak dalam pinggan itu. "eum..busy sangat, at least when im tired im not thinking...." sempat pipi Ibu aku kucup sebelum berlari keluar dari rumah.

"Adrian--"

"Adriana kenyang Ibu..."aku terhenti seketika, seakan terlupa sesuatu, kepala aku jenguk kedalam kembali, mengintai wanita separuh abad itu. Mati kami bertembung. "Adriana sayang Ibu...bye!" bila aku nampak Ibu tersenyum barulah kasut aku pakai dan kereta aku tuju.

Sampai sahaja di pejabat, dengan tenang aku labuhkan punggung dikerusi. PC aku buka. Sambil menunggu PC terbuka, sempat aku belek beberapa dokumen diatas meja. Aku hela nafas berat bila resit bil Hospital terpapar jelas. "dia dah bayar rupanya.." aku berfikir sejenak. Puan Linda tak ada cakap apa-apa pula pasal peristiwa tu. Laju jari aku menekan butang satu. "Dian..masuk kejap boleh?"

"baik Cik."

Aku betulkan posisi dudukku sedikit. "ya Cik? Nak Coffee ke?" tangan aku goncangkan tanda tidak. Resit itu aku tolak merapatinya. "resit ni sampai bila?" dia bermain dengan jari jemarinya. "semalam..rasanya." aku mengangguk. "Puan Linda dah tengok?..dia ada cakap apa-apa tak?" Dian mengeluh berat. "entahlah Cik Safiyya..Puan Linda macam nak tak nak je ambil tahu.."

"ni semua PA Tuan Athar yang uruskan." aku mula resah. Sudahlah perkara ni terpalit dengan aku sekali, dan melibatkan company tapi kenapa Puan Linda boleh lepas tangan. Aku gigit bawah bibir. "takpalah..nanti saya cakap dengan Puan Linda, btw dia ada tak?" dia senyum awkward, buatkan aku mengerti sendiri maksudnya itu. Aku balas dengan senyuman segaris. "saya buat Cik Safiyya Cofffee ya." aku mengganguk.

Aku lepas nafas berat, pagi-pagi dah badmood. Aku tolak mouse, gambar Wana yang terpapar besar sebagai dekstop wallpaper itu aku lihat. "miss you sayang..always." perlahan aku bersuara, sebelum ringan tangan menolak mouse dan membuka email. Dan dengan itu, bermulalah bekerja tanpa henti. Dari email, ke data hasil projek, ke pelan bangunan, dan akhirnya ke digital. "hah..." aku sandarkan kepala di kerusi. Pejam mata seketika.

"rindu aku tau.." suara Mingyu tiba-tiba muncul dibenak fikiran aku, terang mata aku. Aku atur nafas, dalam situasi ni aku mula berbelah bagi. Pada siapa sebenarnya yang patut aku benci? Aku sendiri atau dia? Dia punca Wana tinggalkan aku, manakala aku kena tangkap khalwat dihari dia sedang bertarung dengan nyawanya sendiri. Bagaimana pula dengan Wonwoo? Aku picit kepala, aku tak tahu apa yang akan jadi lagi lepas ni, tapi aku yakin aku mampu. Aku tenangkan diri seketika sebelum lincah tangan aku bermain keyboard kembali.

Sebelum mati enjin, aku regangkan sedikit badan dan kerling jam. 9.16 pm. "im working hard today! You did a great job!" sempat air mata aku sapu sebelum pintu kereta aku buka. Berdehem sedikit sebelum langkahkan kaki masuk rumah. Uhuk! uhuk! Suara batuk yang bergema diruang dapur itu buatkan aku laju berjalan. "Ibu?" aku memanggil. Belakangnya aku usap perlahan. "Ibu kenapa ni?" kini tangan aku mencapai cawan di rak dan air kosong aku tuang, lalu lekas sahaja aku hulur kepada Ibu.

"Ibu batuk sikit je..kamu ni," sempat dia senyum menampakkan giginya sebelum labuhkan punggung di meja makan dan rakus meneguk air. Aku turut mengikutinya. Kerusi disebelahnya aku tarik.

Lagi-lagi senyuman diberikan. "Lega Ibu tengok kamu macam ni." aku tertunduk seketika. Mungkin. Aku mengganguk. "Adriana kena kuat, sebab I still have you." pipi aku diusap dengan ibu jarinya. Lengannya aku peluk dan landingkan kepala disitu. "macam mana harini?" Ibu buka bicara. "kerja ke?...macam biasa jumpa kertas, pencil.." sahaja aku berseloroh membuatkan lengan aku dicepuk perlahan.

"esok kamu cuti kan?" aku mengganguk, "kita ke Hospital ya?" terus kepala aku angkat menatap figura tersebut. "Ibu sakit ke?"

Pak! Lagi-lagi lengan ditepuk kuat. "astaghfirullahal'azim budak ni!" aku jebek, sambil menyapu ringan lengan milikku. "sakit.." Ibu menggeleng. "habis pergi Hospital nak buat apa?" dengan keadaan yang confuse aku bertanya. "Mingyu dah sedar..kita jenguk dia esok ya?" terkaku aku. "ya?" aku fokus kembali, dan mengganguk acuh tak acuh.

"Adriana nak tidur dengan Ibu malam ni boleh?" sahaja aku hilangkan rasa debaran. "taknaklah!" laju Ibu angkat punggung tinggalkan aku. "kamu ganas, Wafiy je yang sanggup nak dengan kamu!" walaupun jauh tapi masih dapat aku dengar. Wonwoo? Lagi? Aku hela nafas. "macam mana pun awak tetap pemenang dalam hati Ibu.."

"Adriana cepat!" jeritan itu buatkan aku tersenyum.

Aku tengok kesan Inai yang makin pudar dijari. Macam-macam perkara bermain dalam fikiran aku. Bercampur baur. Sampai aku tak tahu apa yang patut aku ungkapkan. Aku atur nafas perlahan. Ruang menunggu yang makin ramai dipenuhi manusia itu aku lihat. "Adriana?" aku angkat kepala, Minseo.

Belum sempat aku menyapa, laju tubuh kecil aku dipeluk. Terkejut aku. Tapi perlahan sahaja aku kawal reaksi. Aku tepuk belakangnya cuba menenangkan dia yang menangis. Aku pula? Tenang, mungkin sebab dah boleh terima..atau dah tak mampu nak menangis?

"kau....okay kan?" Minseo bertanya perlahan, aku ketawa kecil dan mengganguk. "aku minta maaf bagi pihak Abang aku.." tangannya aku capai. "Minseo.." aku lepaskan nafas dan betulkan kedudukan supaya dekat dengannya. "jujur masih ada lagi rasa sakit tu walaupun dah dua bulan berlalu..tapi siapa kita nak menidakkan takdir kan?" perlahan aku bersuara. "aku dah berusaha sebaik mungkin untuk jadi kuat macam ni, kalau tak aku tak ada dekat sini." aku sebak sedikit, tapi masih dapat aku kawal.

"kau maafkan abang aku kan?" aku ketawa kecil dan mengganguk.

Aku tarik nafas sedalam-dalamnya sebelum mengikuti Minseo masuk kedalam wad persendirian yang Mingyu duduk. Tapi figura yang berdiri sedang mengelap badan Mingyu itu buatkan aku jantung aku berdebar laju. Apa yang dia buat dekat sini. "dia uruskan Abang aku, dari first day Mingyu warded." sempat dia berbisik sebelum mendekati Abangnya itu. Dia masih sebaik itu.

"Dear..." panggilan itu buatkan aku tersedar. Terus senyuman aku ukir. Aku buka langkah dan mendekatinya. Dalam keadaan kakinya yang berbalut itu buatkan rasa serbasalah aku naik tinggi melangit. Kedua-dua tangan aku digenggam kemas. Air matanya berlinang. "aku minta maaf..sebab aku anak kita.." aku menggeleng.

Pintu tertutup. Aku tengok sekilas. Wonwoo keluar tinggalkan wad. Aku berdehem sedikit. "it's okay, bukan salah awak..Wana pun dah selamat." tenang aku bersuara. Basar selimut air matanya mengalir. serba sedikit dia dapat rasa juga kehilangan Wana kerana dia yang sambut Wana, azankan Wana dan curahkan kasih sayang sebagai seorang ayah. Patut ke aku menidakkan tangisan itu? Aku tenangkan dia.

Aku suapkan dia makan, sembang kosong dengan dia. Dia ada juga cerita tentang kejadian malam itu, aku hanya mendengar kosong. Tak sanggup rasanya nak mengingat jeritan Wana waktu kejadian malam tu. Aku tutup dadanya dengan selimut dan mangkuk kosong aku capai. Pintu aku tutup perlahan supaya tak ganggu lenanya.

"we need to talk Adriana." tersentak aku, bila Wonwoo berdiri tegak dihadapan aku dengan wajah datar miliknya. Tangan aku ditarik keluar dari Hospital, terlepas mangkuk tu jatuh. Apa lagi ni?


korang rasa logik tak, bab harini?

Takhta Cinta •||• Jeon Wonwoo ©️Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang