BAB 43

269 13 10
                                    

aku tenung kosong, frame gambar Wana. Dari dalam perut sehinggalah gambar waktu dia mencecah tiga tahun. Jari jemari aku ringan bergerak menyentuh gambar tersebut. Tapi terhenti tatkala cincin yang disarungkan oleh Mommy itu terlihat. Aku cabut dan aku baling kuat kearah depan pintu. Kemudian gambar tunang aku dan Mingyu aku lempar kearah dinding. Bersepah kaca atas lantai bilik. Nafas aku mula tak teratur.

"ya allah, Adriana." Ibu terhenti lama depan pintu, mencari ruang untuk mendekati aku. Terjengket-jengket wanita separuh usia itu mendapatkan aku. Aku usap dada kuat. "kenapa baling-baling ni." aku tunding jari kearah gambar Mingyu. "Adriana benci dia, Ibu.." sakit. Darah yang meleleh dibalik tapak tangan aku itu buatkan tangan aku menggeletar.

"allahu.."

"dia bunuh anak Adriana Ibu!" air mata tak dapat aku tahan. "dia bunuh anak Adriana..Ibu." terduduk aku. Esakkan aku mula menjadi-jadi. Laju Ibu mendapatkan aku. "arghhh..Wana! Wana... Ibu!" Meronta dengan tangisan yang kuat, itu je cara ampuh untuk aku luahkan semuanya. Berat untuk aku terima semua ni. "Adriana..istighfar sayang..ya allah." Ibu peluk aku kuat. Aku terhenti tatkala, menatap wajah Ibu yang mula mendung.

"Adriana tak kuat Ibu...kenapa..Wana.." senggukan yang aku keluarkan itu buatkan Ibu turut terkesan. "kenapa Mingyu bunuh anak Adriana..Ibu..." mengalir laju air mata aku bagai air terjun. Ibu satukan dahinya dengan milikku. "ya allah anak Ibu.." didakap kuat tubuh kecil aku. Lengan aku ditepuk, supaya aku tenang. Siapalah aku yang nak menolak takdir yang sudah tertulis aku. Tak berhenti mulut Ibu membaca ayat-ayat alquran untuk tenangkan aku.

"Ya allah.. Ibu?!" suara itu buatkan mata aku sedikit terpejam. Pipi aku ditepuk-tepuk perlahan supaya aku tersedar, tapi berat untuk aku buka. "...na.." gelap. Rapat mata terpejam. Dapat aku rasa lelehan air mata yang masih mengalir. Ini adalah rasa sakit yang tak pernah aku bayangkan. Sakit sangat.

"Puan Safiyya sedang mengalami fasa-fasa kemurungan, saya boleh cakap perkara ini sangat normal untuk Ibu yang kehilangan anak. Tapi jangan risau, Puan Safiyya orang yang sangat kuat..inshaallah dia akan okay.." aku tenung tingkap hospital itu tanpa reaksi. Ayat yang doktor sampaikan itu hanya sekadar angin lalu untuk aku. Sikitpun aku tak peduli. Tanpa dipaksa, lagi-lagi air mata aku jatuh.

"Wana love Ibu.." just how? Aku tak boleh, dan aku tak kuat. Setiap saat aku terbyang-banyang perkataan itu keluar dari mulut kecilnya. "kita makan eh, Adriana?" Ibu sua sudu yang berisi bubur itu kearah mulut aku, perlahan aku mengelak tanpa suatu suara pun. Cuba tak menyakitkan hatinya. "dari semalam kamu tak makan ni." aku diamkan diri. Air mata aku Ibu sapu perlahan. Aku biarkan. Aku rapatkan lutut kedada, dan dengan perlahan kepala aku rebahkan disitu.

Dah seminggu aku disini, tapi keadaan aku masih sama. "Adriana? Awak masih taknak makan ke?" aku masih menatap tingkap itu kosong. Rindunya aku dengan sikecil itu. "awak..bawak saya jumpa Wana..?" aku tatap muka Wonwoo dengan penuh harap. "no..selagi awak macam ni, saya takkan bawak!" terus reaksi aku berubah.

"saya cuma minta tolong, kalau awak tak boleh nak hantar saya. It's okay saya boleh pergi sendiri." sarkatik. laju aku turun dari katil Hospital dan keluar dari wad. "Adriana?..Adriana!" lengan aku digenggam kemas. Aku tarik tangan aku kuat. Dia angkat tangan separas bahu. "im sorry, bagi saya settle bil dulu." aku menjeling dia sekilas sebelum bawa tangan kedada.

Aku betulkan cardigan. Perjalanan dari Hospital ke tanah perkuburan ambil masa lebih 30 minit macam tu, jadi aku amik keputusan untuk pejamkan mata seketika. Cuba elak untuk bersembang dengan dia. Lama aku diamkan diri, sampai aku rasa perjalanan ni dah makin jauh. Mata aku buka perlahan. Nafas yang berat aku hela. "awak ni kenapa ha?" cepat sahaja mulut aku bersuara, bila terpampang jelas simpang rumah Ibu dihadapan.

"saya nak tengok Wana, awak ni pekak ke?!" dia diamkan diri, endahkan segala percakapan aku. Tombol pintu aku goncang kuat. Aku memaksa untuk dibuka. "buka!" tingkap pula aku ketuk berkali-kali. Emosi kini menguasai. Brake ditekan dan handbrake ditarik kuat. Tali pinggang dibuka dan meluru dia keluar menuju ke pintu kereta milikku.

Kasar pintu dibuka, dan lengan kecil aku ditarik keluar. "sakitlah!"

"tengok Abang!" bahu aku dicengkam, aku dipaksa untuk menatap wajah sayunya. "tak--"

"tengok Abang! Adriana Safiyya!" jerkahan dengan panggilan nama penuh aku itu buatkan aku terdiam. Air mata aku jatuh. "sampai bila awak nak macam ni?! awak sedar tak yang perkara ni boleh memudaratkan diri awak sendiri?! I lost my daughter too, I felt you! Stop please.." aku tengok dia.

"awak rasa apa yang saya rasa?" datar nada suara aku. Dia terdiam dan tertunduk untuk seketika waktu. "saya tanya awak!" nada aku naik seoktaf. Butir air matanya jatuh. "tak..awak takkan faham apa yang saya rasa, sebab awak tak pernah ada dekat tempat saya..." mulutnya terkunci rapat.

"saya buat rawatan untuk dapatkan dia selama tiga tahun, dan awak pilih perempuan lain waktu saya mengandungkan Wana and at the same time anak kita mati..Wonwoo!" air mata tak dapat aku tahan. "saya kandung, lahirkan dia, besarkan dia dengan tangan ni..." aku angkat tangan tu tinggi dihadapan muka dia. "sendiri." aku tekankan perkataan.

Aku tunding jari kearahnya dengan mata yang kemerahan. "dan awak tak ada hak nak mempersoalkan kenapa saya macam ni, saya lebih dari berhak untuk menangis dan meratap dia...sebab separuh nyawa saya dah mati!" sempat dadanya aku tolak kuat sebelum berjalan tinggalkan dia sendiri disitu. Laju aku berlari. Berderu air mata aku jatuh.

Dia takkan faham dan takkan pernah faham. 

Takhta Cinta •||• Jeon Wonwoo ©️Where stories live. Discover now