"Asalamualaikumwarahmatullah.." usai beri salam, laju tangan ditadah. Dia menyusun ayat dengan manis, doa dipanjatkan dengan penuh mengharap. "semoga kami dihadirkan zuriat yang baik dan soleh-solehah." dalam banyak-banyak perkara yang didoakan itu yang paling aku ameenkan.
Usai aku sapu muka, dia dah menanti untuk disalam. Lekas sahaja aku menyambut. Lama aku mencium tangan dia. Rasa berdosa pula terasa dengan suami sendiri. "sayang?" Dia memanggil. Aku angkat wajah, dengan muka sedih. Dia mendekat. "kenapa ni?"
"rasa macam dah lama sangat tak solat berdua macam ni." terus tawanya tercetus. "itu je?..abang ingat apa benda la tadi.." kepala aku ditarik perlahan, sebelum dahi aku dia kucup. Kemudian wajah aku ditatap. "cantiknya bidadari abang ni, ya allah." pipi aku dipenyek kuat. "cakitlahh.." aku mengadu kecil. Lekas sahaja bibir kecil aku dia sapa. "okay dah!" akhirnya pegangan dilepaskan.
"Abang nak makan apa ni?" dia menggeleng. "tak lapar la sayang..Abang rasa mengantuk je ni, lagipun esok pagi-pagi dah ada meeting dengan client," aku lipat telekung dan dia dengan cepat hulurkan kopiah miliknya. Kepalanya direbahkan atas paha milikku. "haaa tenangnya rasa.."
Tangan aku didagunya. "betul tak nak makan?" aku tanyakan sekali lagi untuk kepastian, karang tiba-tiba kejut tengah malam nak suruh kita masak pulak. Dia menggeleng. Kami berbalas pandangan, "terima kasih jadi imam saya harini." aku berterima kasih, tiga waktu dia jadi imam aku. Berbunga hati aku.
"sama-sama makmum saya.." besar senyumannya. Terbit rasa serbasalah, tapi aku hindarkan, sejujurnya tak ada la terasa sangat tapi perubahan mendadak dia yang membuatkan aku sedikit tersinggung. Aku yang sensitif sangat, laju aku menggeleng. Aku tak boleh macam ni. Aku kena dengar cakap dia. Sebab dia suami aku. Get it, Adriana?
Pagi-pagi lagi aku dah terpacak di Hospital, depan pintu bilik Mingyu. Aku ketuk dokumen, di kerusi menunggu. Aku tengok sekeliling. "tak ramai pulak harini.." saja aku bergumam. "Puan Adriana." aku tengok nurse yang memanggil aku, laju punggung aku angkat. Aku masuk dengan senyuman. Bekal ditangan aku letak dimeja kerjanya. Berkerut seribu kening dia.
"kau nak rasuah aku ke ni?" aku ketawa kecil. "bukanlah," dia sapu tangannya miliknya. "okay, sebelum aku nak buat check up dengan kau..aku nak tanya dari pihak kau sendiri." laju kening aku bertaut. Jari jemari dia satukan. "kau tahukan rawatan kesuburan dan melibatkan rahim ni banyak bersentuhan, so kalau kau tak boleh aku boleh bagi kau dekat Doktor lain?"
Laju aku mengganguk. "boleh jugak," dia petik jari. "tapi Wonwoo okay ke?" dia tengok aku kembali dengan wajah datarnya. "entahlah, dia sebenarnya nak engkau dengan aku.. tapi aku takut kau tak selesa. It's okay ni rahsia kita, deal?" aku senyum dan aku mengganguk. Ni la sebab kenapa aku masih lagi boleh berkawan dengan dia, kerana hormat terhadap perempuan itu tinggi.
"jom aku bawa kau jumpa Doktor Anne." dia bangun dan laju aku buka langkah ikut dia. Tak jauh pun selang dua bilik, pintu dia tolak. "Anne, can you take her as your special patient?" kening dia bertaut. "Adriana?" dia mengenali aku. "yes!" Mingyu menjawab. Dokumen ditangan aku diberi tenang kearah gadis putih itu.
"okay, I'll take her." kemudian Mingyu satukan tangannya. "but..we'll keep this from Wonwoo..for her sake?" terdiam aku bila Mingyu perlakukan aku sebegini. Anne intai muka sedikit. Aku hanya senyum segaris. "okay." satu perkataan itu buatkan Mingyu berpusing meraikan keberhasilan dia.
Lama juga aku bertapa diHospital ni. Banyak prosedur rupanya. Selain dari buat ujian air kencing, CT scan, aku diberi nasihat juga. Dari segi hubungan intim, penjagaan makanan yang memudahkan proses kehamilan. Tak sangka aku dengar semua ni sendiri. Tapi dia kerja kan?
"okay Puan, macam mana?" kening aku bertaut. Confuse. Rasa macam tak ada apa-apa yang dibuat kenapa ditanya begitu. "hah?" blur. Sumpah tak tahu. Anne ketawa. "Puan rasa macam mana, lepas all day dekat sini?" terus aku mengerti. "okay kot," laju aku menjawab. Dia buka kertas.
Tiba-tiba pintu dikuak. Mingyu. Laju Anne hulurkan kertas tadi kearah Mingyu. "thank you."
"your're welcome. Bye Adriana."
Mingyu masih lagi mengkaji kertas yang Anne bagi tadi. Aku dah tak senang duduk ni. "Adriana?!" laju aku kalih kearahnya. "kau...tak ada masalah." dia bercakap tapi pandangannya masih dikertas. "rahim kau, ovari kau, kesuburan kau, even ketahanan rahim kau pon...okay.. aku boleh cakap perfect." terkebil-kebil aku. "cuma..." aku risau.
Dia letakkan kertas itu perlahan dan melihat kearah aku. "period kau." dang it, aku tahu. "sebulan dua kali? Are you serius?" dia bertanya, tanpa berjeda aku mengganguk. "ada masalah ke?" dia menggeleng. "tak pun, itu tandanya dinding rahim kau tebal.." dia mengeluh ringan. "sebenarnya ni rezeki, so no worries." dia bercakap tenang.
"macam tu je?" dia mengganguk. "Doktor Anne dah nasihatkan kau tadikan?" belum sempat aku menjawab, "tolonglah dengar.." aku tengok muka dia datar. "kalau hari ke-7 sampai ke-9 selepas period, rajin-rajinlah bergomol dengan Wonwoo ye?" aku senyum malu.
"baik Doktor." thumbs up diberikan. "aku boleh balik dah ke ni?" dia mengganguk. "boleh sangat." aku angkat punggung. Dan tundukkan badan sedikit, tanda hormat.
Aku berjalan kearah pintu. "ouh ya, Puan Adriana. Lusa jangan lupa datang untuk rawatan seterusnya okay?" aku senyum kambing. "baik Doktor," sempat aku melambai sebelum pintu biliknya aku tutup.
Aku hela nafas panjang lepas berjaya labuhkan punggung dalam kereta. Hari yang memenatkan tapi seronok. "Ibu dengan Baba berjuang nak dapatkan awak ni sayang..." aku usap perut aku.
YOU ARE READING
Takhta Cinta •||• Jeon Wonwoo ©️
De Todoperkahwinan bermaksud menyatu, manakala penceraian pula sebaliknya. kalau wujudnya cinta haruskah ada hati lain? mahligai yang dibina atas dasar cinta runtuh begitu sahaja akibat orang ketiga. segala keraguan ditepis tapi akhirnya terbongkar dengan...