BAB 22

388 13 0
                                        

Aku tatap cincin ditangan kosong. Dah sebulan aku disini. Mingyu ada juga cakap yang Wonwoo sibuk cari aku. Tapi aku tak mahu jumpa dia buat masa sekarang, dia sedang sibuk jadi Ayah sekarang. Mesti dia seronok. Ketukan pintu buatkan tersedar dari lamunan. Aku angkat punggung dan mendekati pintu.

"nah." aku gigit bibir bawah bila Minseo hulurkan tomyam kearah aku. "untuk aku?" dia mengganguk. "kata craving semalam?" terus senyuman aku terukir. Dialah teman terbaik aku sekarang, lagi-lagi lepas dia dapat tahu yang ada satu lagi kantung yang selamat dalam rahim aku. Aku pun terkejut.

Tapi siapa kita nak menidakkan takdir tuhan. "ni untuk baby..Ibu dia makan nasi kosong je okay?" aku menggeleng kecil, dia dengan celoteh dia tak pernah nak habis. Aku usap perut aku perlahan. Kalau aku tak pengsan haritu mesti aku tak tahu yang ada penghuni dalam rahim aku. Bercampur rasa waktu tu.

"kau ni mengandung kembar tak seiras, jadi dia berada dalam dua kantung berbeza. Inshaallah kalau kau jaga kandungan kau ni elok-elok takkan effect apa-apa." panjang nasihat Mingyu. Sampai ke harini, aku tiba-tiba jadi keutamaan dua beradik ni. Dia letakkan mangkuk atas meja makan. Kemudian nasi, laju aku tutup hidung. "Minseo kenapa hitam?" dia tengok aku tak puas hati.

"ini nama dia kreatif..bosankan asyik putih je.." aku tahan ketawa. "dah duduk!" tangan aku ditarik dan lekas sahaja dia dudukkan aku. "baby makan kenyang-kenyang okay?"

"terima kasih." dia senyum segaris. Tubuh kecil aku dipeluk. "babe..aku anggap kau dah macam kakak aku tau, kalau kau sedih aku pun sedih." aku ketatkan pelukan. Hentakan kuat dimeja makan itu menghentikan aktiviti kami. Serentak kami berbalas pandangan bila Mingyu berpeluk tubuh dia hujung meja. "kenapa Abang?" Minseo bersuara. Mingyu tunjuk kearah pintu. Aku mengikut kearah pintu, kemudian lekas sahaja aku bangun dari kerusi dan menuju ke dalam bilik.

"sayang?" aku sandarkan badan dibelakang pintu, tak lupa untuk dikunci. air mata aku jatuh. Kenapa lepas sebulan? Aku tutup mulut cuba sembunyikan tangisan. "jomlah kita balik..abang perlukan sayang.." aku diamkan diri. "im sorry okay?" aku cuba kekal tenang dan perlahan susun langkah labuhkan punggung dikatil. Dia tak boleh tahu tentang kandungan aku.

Kenapa susah sangat aku nak maafkan dia ni? Berat hati aku. "jangan sayang sangat dengan suami.." Ibu. Dalam banyak-banyak benda yang Ibu cakap itu yang paling aku ingat. Akibat sayang sangat ke sampai hati aku mati untuk dia? Atau aku tak boleh terima untuk berkongsi kasih?

"Adriana?" Mingyu. "kau keluar la bincang dengan Wonwoo ni sekejap."

"suruh dia balik," lekas sahaja aku menjawab. "Adria--"

"aku taknak!" tak sanggup nak tengok muka dia. Takut aku tak kuat. "babe? Aku masuk eh?" aku telan ludah. "aku taknak Minseo..aku nak rehat.." lekas sahaja aku rebahkan badan atas katil. Tanpa sedar air mata aku jatuh, kenapa lepas sebulan. Aku menggeleng sedikit, dia ada benda nak urus dan perkara itu lagi penting dari aku.

Selepas beberapa minit, aku terdengar pintu terbuka. Clack! Lekas sahaja mata aku pejam. "sayang.." aku diamkan diri. Dia ni spesis tak faham bahasa ke? Mingyu dengan Minseo pun satu, dalam diam aku hela nafas. "abang rindu sangat.." rambut aku diusap perlahan. Aku rasa kosong.

"abang tahu abang salah, tapi ini takdir." aku endahkan dia. Takdir? Takdir pula disalahkan. "tapi sayang kena tahu, sayang tetap yang pertama dalam hati abang.." dapat aku rasa kucupan hinggap di pipi kiri sebelum lama bibirnya betapa didahi aku. "miss you sayang.." drastik air mata aku jatuh.

Cukup Mingyu tak beri tahu tentang kandungan aku pun dan baik. Lepas aku dengar pintu tertutup, laju aku lap air mata. "saya minta-..maaf.." dengan esakkan perlahan perkataan itu keluar dari bibir.

Pagi lagi aku dah terpacak di Hospital ada checkup baby. "babe kau okay kan?aku minta maaf." kening aku berkerut, perlahan aku pusing kearah Minseo "kenapa?.." kami berbalas pandangan. "semalam?" aku menggeleng. "aku taknak dengar apa-apa." laju dia mengganguk. Aku dah ada keputusan aku sendiri sebenarnya. Tapi..

"Minseo" aku memanggilnya. "hm?" baru nak buka mulut.

"Puan Adriana?" nama aku dipanggil. "tak ada apa la. Aku masuk dulu eh?" dia mengganguk, lalu dengan pantas dia hulurkan tangan membantu aku. Aku senyum segaris.

"Puan..baby berkembang dengan baik sangat." senyum lebar Doktor Anne tengok skrin sambil tangannya bergerak perlahan dikawasan perut aku. Macam-macam rasa ada, bercampur baur. "selalunya kalau mengandung kembar, kalau yang satu tu mati yang satu lagi pun mesti ikut sama.." dia berhenti seketika.

"tapi rezeki memang memihak dengan Puan." Doktor Anne tengok aku. Laju aku berikan senyuman. "tahniah.." dia menyambung lagi.

Usai urusan ultrasound, bergegas aku ketandas. Semenjak pregnant ni, kerap pula keluar masuk tandas. Aku betulkan sedikit tudung, dihadapan cermin. Aku sapu sedikit kesan bedak dibahagian dahi. Tapi terhenti lama disitu bila teringat kucupan yang Wonwoo tinggal semalam. Patut ke aku bagi peluang?

"haih..apo fikir dalam toilet ni Adriana oi.." aku angkat handbag dan keluar dari tandas. Aku berjalan perlahan. Bunyi tangisan bayi yang menangis, itu buatkan aku terhneti dan mengintai sedikit. Kemudian cepat sahaja kepala aku masuk kembali kebelakang dinding. Dia buat apa dekat sini. "Eve kenapa dengan anak ni?"

"Eve tak tahu dari semalam dia menangis..Eve bagi susu dia taknak Abang, Eve penat." aku tekup mulut. "sini dengan abang, im sorry okay abang balik lambat sangat ya semalam?"

Dia balik lambat sebab jumpa aku ke?

"macam mana dengan Adriana?" aku usap perut aku perlahan. "dia taknak bercakap dengan abang, macam-macam dah abang buat..tapi masih sama."

"ba-" aku letakkan jari dibibir. Minseo berjengket perlahan mendekati aku. Aku dengar dia tenangkan bayi tu. "Eve tahu, dia takkan boleh terima Eve dan dia takkan berkongsi." Minseo mengusap lengan aku. "it's okay, abang akan fokus dengan Eve dan anak kita sekarang, lagipun Eve baru lepas bersalin..Adriana tu nanti dia okay laa. Just give her time."

Terus air mata aku jatuh. Dengan muka geram, Minseo melangkah. Laju tangannya aku tahan dan aku menggeleng. Tak sangka aku selemah itu.

"kau kena tunjuk yang kau tak lemah Adriana." tangan aku Minseo genggam kuat. Aku pandangan deskbox kereta itu kosong. "tolong kuat demi anak ni..okay?" aku mengganguk.

"Minseo.."

"hm?" lagi kuat genggaman tangannya. "aku dah ada keputusan aku sendiri.." dengan tenang aku bersuara.

"aku sayang kau.." 

Takhta Cinta •||• Jeon Wonwoo ©️Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang