BAB 40

273 10 0
                                    

Wonwoo tarik handbrake, buatkan aku lepas nafas lega. Hampir 5 jam dalam kereta akhirnya kami sampai hotel berdekatan dengan tempat kerja. Kami turun dan disapa manis oleh para pekerja hotel. Kemudian laju sahaja kami langkahkan kaki kearah kaunter ambil kunci bilik. Dah lama duduk, nak baring la pulak. Dia hulurkan satu kunci kearah aku.

"saya duduk bilik bawah, awak atas." aku mengganguk perlahan. Dia nampak lebih proffesional kalini. Kami naik elevator dan menuju ke bilik masing-masing. Esok baru ada urusan dengan client jadi harini kita rehat dulu. Masuk je bilik, tanpa membuang masa terus badan aku baling kearah katil. Aku lepas nafas lega, rasa nak patah pinggang duduk dalam kereta.

Aku buka pin tudung, lalu jam aku kerling. "awal lagi.." aku bergumam sendirian. Aku lepaskan rambut yang lama terperap. Panjangnya sudah mencecah hingga ke punggung. Tak sangka aku boleh kumpul sepanjang itu. Masa aku kahwin dengan Wonwoo dulu, hanya separas bahu. Aku kurang gemar rambut panjang. Tapi bila aku nak buka buku baru, barulah rajin nak menjaga, why not kan?

Aku bangun dan bersihkan diri kemudian buat aktiviti sendiri. Betulkan lukisan pelan sedikit sambil jamming lagu kegemaran aku dan kaji beberapa perkataan yang sopan untuk berjumpa dengan client esok. Walaupun aku dah banyak kali lalui perkara ni, tapi tak salahpun untuk buat improvement. Bau lilin yang aku bawa sendiri dari rumah memenuhi ruang bilik itu benar-benar menaikkan semangat aku, dengan hujan lebat lagi. Sungguh menikmati moment ni.

"Ameen ya rab bal al-amin.." aku sapu wajah perlahan. Doa aku panjatkan setinggi-tinggi yang mungkin. Meminta agar yang baik-baik sahaja yang datang.

Aku keluar dari bilik dengan purse ditangan. awal lagi sebenarnya, tapi perut dah berbunyi buatkan aku insist untuk rajinkan diri untuk keluar cari makan. aku silangkan kaki dalam elevator sambil mata tak terlepas dari nombor yang bertukar dari satu tingkat ke satu tingkat.

Ting! Elevator terbuka, terbantut langkah Wonwoo bila mata kami bertembung. Terus sahaja aku larikan pandangan. Dia berdehem sedikit sebelum masuk. Tshirt lengan pendek hitam dengan jaket andalannya beserta seluar slack panjang itu benar-benar buatkan dia tampak seperti bukan datang sini untuk bekerja malah sedang bercuti. "nak makan ke?" soalan itu buatkan aku kembali ke dunia realiti. Sempat dia kalih kebelakang melihat kearah aku sebelum kembali menanti pintu untuk terbuka.

"haah." tenang aku menjawab. Elok pintu elevator terbuka, laju dia keluar menonong. Aku angkat sedikit bahu dan berjalan sambil membelek purse ringan. Buk. Terhenti langkah aku bila dahi aku berlaga dengan tubuh belakang miliknya. "arghh sakitlah!" cepat sahaja perkataan itu keluar. Aku sapu sedikit dahi aku. "awak yang langgar saya."

Aku tak puas hati. "yang awak berhenti tengah jalan ni kenapa?" sahaja aku besarkan mata tunjuk protes. Dia masukkan tangan dalam poketnya. Nafas dia hela. "Cik Puan Adriana Safiyya, awak tu dah nak jadi Isteri orang, boleh tak buang perangai clumsy awak tu?" tersentak aku dengan panggilan nama penuh dan juga perkataan 'Isteri orang' keluar lancar dari mulutnya. Dia tak ada sedikit rasa serbasalah ke?

Aku tak tahu la sama ada masalah dia dengan Mingyu dah selesai atau belum, tapi kenapa aku rasa apa yang keluar dari mulutnya malam tu tak sama dengan isi hati dia. Sekenal itu ke aku terhadap dia? Aku nak kahwin lain tau, dengan kawan dia sendiri. Takkan dia tak... aku pejam mata rapat. Kenapa aku ada rasa macam ni? Cepat- cepat sahaja aku menyangkal perasaan tak masuk akal ni.

Wonwoo petik jari dihadapan muka aku. "fikir apa?" boleh pula mengalamun. Aku menggeleng. "saya lapar." aku buka langkah laju menuju pintu masuk Cafe. Kenapa aku rasa macam tu? Effect sebab aku tak jumpa dia beberapa minggu ni ke? Aku hela nafas, dan sekali lagi aku menggeleng sebelum tangan mencapai pinggan.

"kenapa tak order je? On me! Jom!" terpinga-pinga aku.

Aku tepuk pinggan itu dan dengan keadaan yang confuse aku letakkan pinggan tu kembali. Baru aku perasan tak ada satu lauk pun dalam bekas buffet tu. Mungkin sebab dah malam. Kenapa dengan kau ni Adriana?

Dia satukan jari jemarinya. Aku awkward. Pagi tadi dia aku rasa dia dingin sangat dengan aku, tapi kenapa dia terlihat sangat friendly? Aku betulkan kedudukan purse walaupun perkara tu tak mengganggu pun sebenarnya. Satu pekerja perempuan itu datang meletakkan menu diatas meja. Aku biarkan dia memilih dulu. Aku tengok cincin dijari manis aku itu.

Kenapa aku tak tukar letak dekat dijari manis kiri lagi? Busy sangat sampai terlupa. "awak nak makan apa?" aku angkat wajah. Wonwoo masih lagi tenung menu tu. "cik berdua ni husband and wife ke?" pekerja itu tiba-tiba bersuara. aku baru nak menyangkal. "bukan..." laju Wonwoo menyangkal. "kami business partner, datang untuk tengok kawasan projek." dia sambung lagi, perasaan aku bercampur baur. Dia benar dengan kata-katanya malam tu.

Aku senyum segaris. "ooo..macam tu...ni mesti projek resort tu kan?" dia dengan tangan yang masih pegang pen tu senyum manis. "tapi..memandangkan cik berdua jarang datang sini, why not saya suggestkan recipe baru?" drastik Wonwoo mengangkat kepalanya.

"apa dia? Saya buntu ni nak makan apa, asalkan jangan seafood." sempat dia ingatkan pekerja tu. "nanti saya datang balik." serentak kami mengganguk. Situasi kembali menjadi awkward. Sudahlah phone aku tinggal dalam bilik. Aku kembungkan mulut, cuba cari topik.

"how persiapan wedding?" terus pandangan aku kearahnya. Terkejut aku bila dia yang mulakan bicara. "eum...so far alhamdulilah dah 90%" tenang aku menjawab.

"that's great!" dia tampak sangat tenang. "awak dengan Mingyu..?" sahaja aku tukar topik.

Dia mengganguk perlahan. "okay..dia ada mesej saya semalam, settle dah. No worries." lega aku dengar. Senang betul lelaki settle masalah, aku dengan Eve ni dah bertahun tapi tak kunjung jumpa jalan penyelesaian. Aku endahkan dulu masalah tu. "awak saya nak tanya pasal Eve sikit boleh?" dia sengih.

"awak tak marah ke?" terkejut aku bila soalan itu yang keluar. Aku tundukkan kepala seketika, "kenapa saya nak marah? Kita dah pilih jalan hidup masing-masing. Eve pilihan awak." tiba-tiba situasi hening. Jantung aku mengepam laju bila topik ini dibicarakan semula. Dia betulkan kaca matanya miliknya. "awak nak tanya apa?" dia rapatkan dadanya ke meja. "awak dengan Eve okay ke?" wajahnya sedikit berubah sebelum dia ukirkan senyuman.

"okay sangat...kitaorang bahagia macam yang awak harapkan," aku senyum, dalam diam aku sedikit tersentak, damn! Aku terperangkap dengan soalan tu. Dia benar-benar bahagia dengan Eve.

Pekerja perempuan tadi datang dengan recipe yang di suggestkan. Aku senyum manis, makanan nampak sangat menarik. "sila makan.." manis suaranya.

Ring! Ring!

Belum sempat pekerja itu beredar, telefon bimbit Wonwoo berbunyi. Tanpa saat terus diangkat. "Hello?" aku tengok makanan tu dengan pandangan kosong. Tiba-tiba tak lapar pula. "allah!" perkataan itu buatkan pandangan aku terus naik menghadapnya. Dia tengok aku. "baik-baik saya akan segera ke Hospital!" berkerut-kerut kening aku.

"kenapa?" riak wajahnya risau,

"projek kena hold! 5 pekerja masuk hospital lori hilang kawalan langgar pekerja kontrak!" drastik aku berdiri. Ini ke perkara yang aku risaukan tu?

"jom!" Wonwoo berjalan, laju aku membontotinya. Jantung aku berdetak laju. Harap tiada apa-apa yang serius. 

Takhta Cinta •||• Jeon Wonwoo ©️Where stories live. Discover now