BAB 8

215 6 0
                                    


Aku tengok dewan hotel yang dah dipenuhi dengan manusia, Wonwoo dah berjalan jauh tinggalkan aku dibelakang. Dari rumah, dalam kereta sampai lah sudah di destinasi aku masih belum tenang. Macam-macam benda negatif dalam otak aku. Bila banyak sangat soalan, disertakan dengan persoalan dalam fikiran buatkan aku rasa stress, insecure mungkin.

"macam mana kalau aku memang tak boleh mengandung?" langkah aku terhenti. Mata aku pejam rapat. "sayang?" laju aku mengangkat wajah. "kenapa ni?" aku menggeleng. "pening sikit." berkerut seribu keningnya. "nak Abang beli ubat tak?" sekali lagi aku menggeleng. "are you sure?" lengannya aku rangkul perlahan. "ya Abang.. sorry okay?" sempat hidung aku dipicit sebelum kami melangkah masuk dalam dewan.

Aku helakan nafas ringan, sambil besar senyuman aku menyapa saudara mara Wonwoo. Cantik belaka, jauh beza dengan aku. Seketika Wonwoo hilang dari pandangan, "adriana.." suara itu. Baru sahaja kaki aku jejak dewan, dah berjumpa dengan makcik serai ni. "did I pronounce your name correctly?" aku angkat kening tanda impressed. Lalu anggukan halus aku berikan.

"sorrylah I kacau mood you..saja nak menyibuk." sempat aku tarik nafas sebelum pasang muka untuk mendengar puji-pujian tentang anak perempuannya yang baru sahaja mengandung, setelah mendirikan rumah tangga selama sebulan. Siapa je yang tak tahu?

"tak ada isi lagi ke?" damn, aku silap meneka. pertanyaan terus itu buatkan aku tersentak. Matanya tajam kearah perut aku. "belum..belum lagi." sopan aku menjawab air dia teguk, matanya terbuntang luas. Nampak sangat pura-pura. "belum? You dah kahwin 3 bulan tau? How come you belum pregnant ni...anak I.." aku telan ludah, kenapalah Wonwoo punya mak sedara macam ni.

Aku garu sedikit telinga, panjang nasihatnya disela dengan kerperlian tapi aku hanya mengganguk acuh tak acuh. Bukan biadap cuma pertahankan diri.

"Aunty..stop it!" perlahan suara itu menegur. Wonwoo. Tangan aku dicapai dan digenggam kuat. "Aunty faham tak konsep belum rezeki?" laju tangan aku didadanya, cuba menahan amarahnya. Dari air muka sudah aku tahu dia bakal beradu mulut dengan mak sedara dia ni. "Abang?" nada aku sedikit berbisik.

Dia endahkan aku malah matanya menatap tajam kearah figura tersebut. "Wonwoo... betullah apa yang Daddy you cakap..semenjak you kahwin dengan perempuan entah mana hala ni makin kurang ajar.." suaranya seakan marah, tapi terselit sedikit nada sinis disitu, sempat matanya menjeling kearah aku.

Dada Wonwoo aku tahan. "Aunty patut tahu tentang common sense, adab dengan sekeliling sebelum nak bercakap. Bukan main sembur je.." sinis Wonwoo membalas, aku dah tak tenang bila orang di dewan mula menjadikan kami sebagai pusat perhatian. "Aunty percaya ke anak Aunty tu bunting pelamin?" terbuntang luas mata aku. "abang sudahlah!" nada masih kau kawal tapi sedikit keras nak dibandingkan dari sebelum ni.

"you jangan kurang ajar Jeon Wonwoo" tinggi nada suaranya. Tangan dimasukkan dalam poket, aku dah mampu nak berada dekat sini. Malu. Baru nak buka langkah, lengan aku ditahan kuat. "Aunty dengar sini baik-baik, Wonwoo takkan kurang ajar kalau Aunty tak usik soal anak, apa lagi nak bandingkan adriana dengan your daughter such a big different."

Aku telan ludah, mata aku pejam rapat. Sempat Wonwoo tarik nafas sebelum menyambung. "anak bukan jawapan yang sesuai untuk diluahkan tentang cinta, tapi setia Aunty.." tercenggang aku. Walaupun kami bercinta hampir 5 tahun dan baru sahaja membina rumah tangga selama tiga bulan, gagah dia pertahankan aku. Walaupun aku rasa tak perlu nak bising pasal perkara ni, tapi dia...

"Adriana boleh pregnant atau pun tak itu urusan tuhan, dan Wonwoo takkan tinggalkan dia! Stop talking bad about adriana or Aunty akan terima surat saman dari Wonwoo." sempat dia warning sebelum menarik tangan aku laju keluar dari Dewan.

Sampai sahaja dirumah meluru sahaja aku masuk meninggalkan dia yang masih dalam kereta. Aku tak rasa nak marah orang lain melainkan dia. Kenapa sampai macam ni sekali? Pintu bilik aku tutup rapat, sebelum mengunci. Aku hela nafas kuat.

"sayang?" panggilan itu kuat bergema, diselakan dengan ketukan pintu. "sayang dengar la dulu.. I love sayang that's why Abang pertahankan awak." aku lapikkan tangan didada, orang lain mungkin akan rasa aku annoying tapi perbuatan dia tadi lagi buatkan aku sakit hati.

"sayang?" berkali-kali dia mengetuk. Tak sampai hati aku nak biarkan dia. Perlahan aku langkahkan kaki buka pintu. "sayang..kenapa ni?" sempat aku julingkan mata keatas sebelum lekas tangan dibawa kedada. "Abang...awak boleh tak jangan nak bermusuh dengan semua orang disebabkan saya?" tenang fakta itu keluar dari mulut aku. "saya ni bukan sesiapa pun...Aunty tu kan darah daging awak.." nada aku perlahan, cuba menghormatinya.

"siapa kata? Awak orang yang paling yang saya hormat sebagai perempuan dan Isteri..please tolonglah. Abang tak boleh orang sakitkan hati awak." perlahan tangan aku ditarik. Jari jemari aku digenggam kemas. Macam mana aku nak marah dengan dia ni? Kalau dia dah berjaya menjaga hati aku. Siapa je tak mahu dijaga dan dilayan seperti puteri macam apa yang dia buat kepada aku.

Tapi takut juga nanti aku yang naik lemak. "Abang minta maaf okay?" terus aku cair. "satu lagi, mulai harini kalau ada event yang berkenaan dengan family Abang... kita tak payah pergi" terus kening aku bersatu. "mana boleh--"

Laju dia menggeleng. "Abang taknak kita bergaduh macam ni, disebabkan family Abang...sayang terlalu berharga untuk Abang." setiap ayat yang keluar dari butir bibirnya buatkan aku hela nafas. Kini aku yang serbasalah.

Aku genggam rapat tangannya, matanya yang berair itu aku tatap. "macam mana kalau saya memang tak boleh nak mengandung?"

"hei? Sayang cakap apa ni?" pipi aku diusap dengan ibu jarinya. "sayang dengarkan apa yang Abang cakap dekat dewan tadi?" dia cuba peringatkan aku. "Abang takkan tinggalkan awak..dan Abang yakin kita boleh bahagia, lagipun kita baru kahwin tiga bulan..." kini aku terdiam sepenuhnya. Tak tahu apa lagi yang patut aku utarakan. Kini aku sedikit tenang.

"okay dah? Cuba senyum sikit," aku tepuk tangannya. Sempat lagi dia mengusik. "Abang jangan macam tu lagi okay? Ingat apa yang jadi dengan Daddy..Promise me?" aku peringatkan dia. Laju tubuh aku ditarik dalam pelukan. "okay sayang.." belakang kepala aku diusap perlahan.

Lama aku dipelukannya. Seketika dia parkingkan dagunya diubun-ubun milikku. "sayang?" dia memanggil, aku intai muka dia dari bawah. "hm?" aku menyahut. "kita pergi Honeymoon nak tak?" terus kening aku bertaut.

"Honeymoon?"


maafkan author eh readers? terlalu rehat sampai lupa nak update..seperti yang dijanjikan, tengah malam karang author update bab lagi okay?

Takhta Cinta •||• Jeon Wonwoo ©️Where stories live. Discover now