Aku keluar dari elevator tapi seketika langkah aku terhenti. ".....kau lagi pilih perempuan bodoh tu, dari Adriana yang 10 kali ganda lagi baik dari Eve! Perempuan tu bukan me--" belum sempat habis bicara Mingyu. Buk! Terjelopok Mingyu terjatuh dek kerana tumbukan kuat dari Wonwoo. Berlari aku menghalang tangan Wonwoo. Dadanya aku tolak. "awak ni gila ke bergaduh dekat sini ha?" aku kalih kearah Mingyu, cairan merah yang keluar dari mulutnya itu dia pegang.
"kau jangan berani cakap pasal Isteri aku!" ditunding jari kearah Mingyu dengan muka penuh amarah. Dia betulkan coat miliknya dan beredar dari situ. Terkaku aku. Apa yang mereka bicarakan sampai jadi macam ni? Sikitpun wajah aku Wonwoo tak pandang dan meluru aku bantu Mingyu bangun. Dia tengok darah tu ditapak tangannya. Aku hela nafas.
Aku dudukkan dia di sofa Office aku, peti kecemasan aku capai. Sambil berjalan, sambil lincah tangan aku menyelongkar. Mencari kapas. Bila aku jumpa cepat sahaja aku letakkan ditepi bibirnya. "arghh" dia kesakitan. Ini bukan kali pertama dia bertumbuk dengan Wonwoo, sebelum ni pun pernah jugak tapi kenapa kalini perlu dekat Office? Tertanya aku. Aku duduk.
Aku ambil dettol dan tuang keatas kapas. Sempat aku jeling kearahnya sebelum lukanya aku tekan kuat. "arghh sakitlah!" dia jauhkan tangan aku dari situ. Aku tarik laju. "masa bertumbuk tadi tak fikir pula?" geram aku dibuatnya. Dia sengih. Hampir gugur jantung aku tadi, dia boleh sengih macam kerang busuk?
"sayang juga kau dengan aku eh?" aku jeling dia. "kau buat apa dekat sini?" tenang aku bertanya sambil perlahan lap darah ditepi bibirnya. Dia tahan sakit. "nak pujuk kau la.." laju sahaja dia menjawab. Lagi-lagi jelingan aku berikan. Aku hela nafas. "apa yang jadi tadi? Sampai Wonwoo boleh tumbuk muka kau?" aku bertanya tenang. Botol mineral yang dah tersedia atas meja itu aku capai dan aku hulur kepadanya.
Dia menggeleng. "tak ada apa la, sembang hal lelaki cenntu la." lekas sahaja di menyangkal padahal aku dengar, Mingyu bercakap tentang Eve.
Dia tengok aku, kemudian jari dipetik depan muka. "takpayah fikir." sahaja aku kerutkan kening. "kau ada rahsia apa-apa ke dengan aku?" dia dekatkan jarak mukanya dengan aku. "no, Dear!" laju sahaja dia membantah. Aku kalihkan pandangan annoying, "dah la pergi balik, aku taknak jumpa kau!" aku bangun.
"eh? Kau marah aku lagi ke?" dia bersuara perlahan. Aku hela nafas. "marahlah, ada ke orang tak marah kalau bakal suami dia asyik salahkan dia je?!" sahaja aku jegilkan mata biar dia rasa serbasalah. Dia bermain dengan jari jemarinya. "Dear...please im sorryy.. aku patutnya banyak spent masa dengan kau tapi aku lagi sibukkan kerja.." aku masih lagi berdiri, sambil memeluk peti kecemasan tu sambil fokus dengan luahan dia.
"lepastu suka-suka aku je nak marah kau..padahal aku yang salah.." dia jebek. Aku mengeluh. "tahu pun." aku bercakap perlahan tapi masih dapat dia dengar. "kita lunch?" aku tengok dia. "please?" dia satukan tapak tangannya, cubaan merayu. Aku lepaskan nafas.
Dia tolak bunga depan aku, "sebagai tanda maaf?" dia kelipkan matanya. "boleh tak lepas ni kita jangan gaduh macam ni? Aku tak suka laa." lancar aku bersuara. Dia tertunduk seketika. "kita nak nikah jumaat ni tau..." dia mengganguk. "aku minta maaf..sumpah." dia angkat tangan separas bahu. "aku sayang kau sangat, sampai aku tak boleh terima kalau orang sekeliling cakap pasal Wonwoo..termasuk Wana." dia bercakap perlahan. Terkejut aku dengar.
Aku tertunduk seketika. "sampai macam tu sekali?" dia mengganguk. "sorry.." perlahan nada permintaan maafnya keluar dari mulut. Aku tak boleh nak salahkan dia juga. "emm..takpalah aku faham, logik je kalau kau nak jealous. Aku je yang emosi" aku capai bunga atas meja tu. Dia sengih. "at least aku tahu ada orang yang sayang aku...wanginya." aku hirup bau bunga tu dalam. Boleh pula aku berseloroh, aku dengar dia ketawa. "yes..aku sayang kau, sangat." dia ikhlas aku tahu tu.
"jangan bagi aku meluat dengan kau, Mingyu." dia ketawa.
Rasa bahagia untuk seketika waktu, lepas makan kami spent time masa berdua. Kata Mingyu untuk ganti hour dia bekerja tu. Aku hanya mengakur. Macam-macam game kami main. Kemudian dia bawak aku tengok bulan. Selalunya tengok bintangkan? Dia je pelik. Tapi tak apa lah. "kau seronok tak?" kami berbalas pandangan, senyuman aku terukir. "entah..seronok la kot." aku lapikkan tangan didada.
"cantik betul bulan malam ni.." perlahan aku sandarkan badan dikereta. "haah tu la." dia menjawab. Lama aku tenung bulan tu, tapi rasa membahang dipipi kiri buatkan aku kalih kearah Mingyu. Terkedu aku, bila Mingyu sedang tersenyum memerhatikan aku. "kau..?" dia menanti.
"..kenapa?" dia angkat bahu sekali. "eh nak tenung bakal Isteri sendiri tak boleh?" aku kecilkan mata. Macam aneh, tapi aku biarkan. "Dear..kau tahu tak sebenarnya aku masih lagi tak percaya yang kau terima aku." aku terdiam. "aku rasa macam mimpi, lagi-lagi bila aku sedar yang kita tengah counting days je sekarang," aku tersenyum. Aku lepaskan nafas perlahan.
"aku sendiri pun tak percaya, tapi apa pun terima kasih selalu ada dengan aku." dia ketawa kecil. "sama-sama." dia bercakap dengan nada berbisik. "haa aku lupa..jap." dia berjalan kearah kereta. Aku endahkan dia buat seketika waktu. "nah." dia hulurkan aku satu paperbag. Berkerut seribu dahi aku. "apa ni?" dia menjuihkan bibirnya, suruh aku buka.
Aku intai terlebih dahulu. Aku tengok dia kembali. "tudung?" dia mengganguk. Aku bawak keluar, kemudian ada satu pendrive yang terletak elok didalam paperbag tu. Kening aku bersatu. Aku capai. "ni untuk apa?" dia ambil.
"kau kena janji, yang kau kena tengok dengan aku malam akad nikah kita..promise?" pelik aku dibuatnya. "kau jangan pelik-pelik." dia ketawa, dahi aku dijentik. "aku waras lagi la." terus senyum aku terukir. Kenapa dia lain sangat malam ni? Aku tengok reaksinya. Dia nampak seperti biasa...setenang itu.
"Papa!" laju Wana lari mendapatkan figura tersebut. Aku hanya menggeleng. Ibu mengintai dibalik pintu. Mingyu tundukkan kepalanya sedikit. Ibu senyum segaris. "kenapa lari-lari ni? Jatuh nanti macam mana?" Wana letakkan kepalanya dibahu Mingyu. Dia dakap Mingyu penuh. "Wana miss Papa." aku dah agak dah, itu je la.
"Dear, lusa outstationkan?" aku mengganguk. "tak boleh nak cancel, sebab dah deal two months ago." dia hela nafas. Lalu dia mengganguk perlahan. "ha satu lagi, aku pergi dengan Wonwoo tau...as a Boss." aku angkat jari telunjuk didepan muka dia. "Puan Linda ada sekali," dia senyum.
Aku harap pergaduhan dia dengan Mingyu tak menggangu fokus dia untuk bekerja. "sehari je kan?" aku mengganguk. "okay...aku ambil eh?" dia offer. Aku menggeleng. Tanda tak setuju. "okayy..Wana nanti kita ambil Ibu sama-sama okay?"
"Mingyu?"
"aip!" macam tu dia diamkan aku. "bukan salahpun." aku hela nafas. "ya laa..apa-apa la." aku capai Wana.
"aku balik dulu," aku mengganguk. "Mingyu esok jangan lupa datang, pakai inai!" jauh Ibu menjerit ingatkan dia. "Baik Ibu." dia angkat thumbs up tinggi.
"bye Dear..miss you." dia melambai. Tak lupa flying kiss dia.
"miss you too." aku berbisik. Dia senyum. Maknanya dia nampak. Berbunga-bunga hati aku. Dia tepati janji dia, tak marah pun bila aku sebut nama Wonwoo. Lega aku.
"jom sayang.." aku tarik tangan Wana masuk rumah. Bila tengok pelamin yang dah siap terpasang itu automatik hati aku berdebar laju. Aku bina masjid untuk sekali lagi, adakah ini kalini memang untuk aku?
![](https://img.wattpad.com/cover/369831701-288-k912100.jpg)
YOU ARE READING
Takhta Cinta •||• Jeon Wonwoo ©️
Acakperkahwinan bermaksud menyatu, manakala penceraian pula sebaliknya. kalau wujudnya cinta haruskah ada hati lain? mahligai yang dibina atas dasar cinta runtuh begitu sahaja akibat orang ketiga. segala keraguan ditepis tapi akhirnya terbongkar dengan...