Aku perhatikan pakaian aku di hadapan cermin, kandungan yang dah mencecah lapan bulan itu usap perlahan. Tak sangka masa berlalu secepat itu. "aduh Ibu sampai tak larat nak berjalan sayang.." kalini pregnant lagi memenatkan berbanding Wana dulu, mungkin tanggungjawab double? Walaupun beban dah kurang satu, pekerjaan yang paling aku sayang aku lepas begitu sahaja. Seketika teringat bagaimana aku bergaduh dengan Wonwoo waktu tu.
Sampai tidur asing untuk beberapa hari.
"Abang? Abang marah lagi ke?" perlahan aku bersuara, dia masih terbaring menghadap TV tanpa beri reaksi apa pun. Aku serbasalah. "Abang..Adriana minta maaf." aku berjalan mendekati dia. Bahunya sengaja aku cuit supaya dia sedar tentang keberadaan aku disini. Dia lepaskan nafas berat dan tengok aku sekilas. "sini.." tangan aku ditarik perlahan dan dia dudukkan aku dengan teliti disebelahnya. Tangan aku digenggam kemas.
"sayang..Abang buat macam tu, sebab Abang tak nak sayang penat..bila sayang penat nanti sayang stress." aku tengok dia fokus, rasa serbasalah benar-benar menguasai aku sekarang. "tahukan risiko dia? Doktor cakap apa?" sahaja dia suruh aku bercakap supaya situasi tak awkward. Tapi air mata yang meluncur dulu. Aku tertunduk. "eh? Abang tak marah..Abang cakap je." terus sahaja tubuh kecilku ditarik dalam dakapan. Semenjak pregnant ni suaranya tak boleh naik sedikit mesti air mata yang turun terlebih dahulu.
Wonwoo menepuk-nepuk sedikit belakang badan aku. "Abang sorry," pelukan dilepaskan, Ibu jarinya pula laju lap air mata aku yang mengalir itu. "kalau tak nak Abang marah, berhenti kerja duduk rumah. Kesihatan sayang lagi penting okay?" aku mengganguk. "dah jangan nangis, nanti baby pun nangis." dia intai muka aku. Kini badan kekarnya pula aku peluk. "rindu..." dia ketawa kuat. Laju dia balas pelukan.
"sayang?"
"eum?"
Kami berbalas pandangan. "Abang sukalah sayang manja macam ni." kening aku bertaut. "kenapa selama ni tak manja ke?" sahaja aku menjawab, dia senyum. "bukan..manja la jugak tapi semenjak sayang mengandung ni lagi extra manja dia. Abang suka.." dia angkat kening.
"suka?" Wonwoo mengganguk. "kalau macam tu saya nak mengandung tiap-tiap tahunlah." Wonwoo buat muka terkejut. Terus sahaja aku ketawa besar. Tak tahan tengok muka dia.
"Adriana Safiyya?" suara yang kuat dari bawah itu buatkan aku tersedar dari lamunan. "ya Abang? Kejap.." perlahan aku buka langkah keluar dari bilik dan menuju ke ruang tamu. Dia sedang ngalit pakai jam. "jom." pandangannya kearah aku. Aku mendekati dia. Tangan aku dipipinya. "eii hencemnyaa suami saya ni." tangannya dipinggang aku. "comelnya penguin Abang sorang ni." aku tayang gigi penuh.
"Abang suami siapa?" sahaja aku bertanya, nak tengok muka meluat dia. Kalau ada masa mesti soalan itu yang aku tanya. Dia menggeleng. "cepatlah..kalau tak saya taknak ikut," aku lapikkan tangan didada. Pura-pura merajuk. "Suami Adriana Safiyya.." tangan aku tepuk. Seronok sendiri. "sini jom.." tangan aku digenggam dan dibawa ke almari kasut. Dia pakaikan kasut untuk aku. "ketat tak sayang?" aku menggeleng.
"let's go."
Aku melambai bahagia bila nampak Eve dan Minseo disitu. Rasa nak berlari je sekarang, tapi awal-awal dah kena warning dengan Wonwoo. Dia hantar aku betul-betul depan mereka berdua barulah dia pergi menyapa Rhysee. "eii comelnya..arghh" laju sahaja tubuh aku Minseo dakap. Aku menepuk belakangnya perlahan. "tak sangka penguin aku kembali.." aku ketawa kuat, "sihat Eve?" dia mengganguk.
"thank you datang.."
Aku hulurkan goodie bag yang berisi hadiah kepada Eve. "untuk Ryan..birthday dia kan?" Eve mengganguk. "kau tak bagi pun takpalah..yang penting kau datang."
ANDA SEDANG MEMBACA
Takhta Cinta •||• Jeon Wonwoo ©️
Diversosperkahwinan bermaksud menyatu, manakala penceraian pula sebaliknya. kalau wujudnya cinta haruskah ada hati lain? mahligai yang dibina atas dasar cinta runtuh begitu sahaja akibat orang ketiga. segala keraguan ditepis tapi akhirnya terbongkar dengan...
