Aku ngalit mengemas baju, entah mana la dia nak bawak aku ni. "bawak baju cantik-cantik tau sayang.." itu je yang dia bagi tahu. Nak pergi mana, berapa hari dia tak cakap la pulak. Aku susun kemas dalam beg, letak sekali senang.
Walaupun pada akhirnya bersepah, tapi kita kena sabar. Sebab itu encik Suami.
"eh yang, kenapa tak siap lagi ni?" terhenti segala aktiviti aku, laju kening aku bertaut. "flight kita pukul 5 tau, sepatutnya now kita dah kena ada dekat airport" terbuntang luas mata aku. sudahlah masih berkain batik, baju pun belum siap dikemas. "hah? Awak tak bagi tahu saya pun." blur dengan situasi.
"Abang ingat awak dah siap kemas yang?" mata Wonwoo pun sibuk melihat bagasi yang masih terbuka. "dah siap ke ni?" pandangan aku kearahnya. "dah la kot.." dua-dua blank.
Terengah-engah aku dan Wonwoo bila terpaksa berlari di tengah airport. Elok jejakkan kaki di pintu masuk nama dipanggil. Kan dah kena marathon dalam airport. Bila dah selamat duduk dikerusi, baru lah ketawa kami berdua tercetus. "Abang ni buat hal tau, kalau bagitahu nak pergi bila, dekat mana, berapa hari kan senang..." aku membebel. Dia hanya memerhati aku dengan muka penuh senyuman.
Seketika merasa muka membahang. Hidungnya aku cuit, cuba hilangkan rasa malu. Jari jemari aku digabungkan rapat bersama dengannya. "nama pun surprise kan?" kiss in the air diberikan. Aku hanya ketawa dan pandangan dialihkan ke tingkap buat seketika sebelum kembali melihat kearahnya yang masih menatap aku.
"ya allah sudah la, saya malu tahu tak?"
"malu dengan Abang? Seriously sayang?" genggaman tangan aku tepuk perlahan. Manjanya tak boleh bawak bincang. Lengan aku dicuit. "hey, Abang tanya awak ni.." wajahnya dibawa dekat kepada aku. Bahunya laju aku tahan. "tak!" aku bercakap dan disambilkan dengan jengilan mata.
Terus ketawanya tercetus.
"we're about to take off, please wear your seltbeat safely.." penguguman itu menyedarkan kami ke dunia luar, sibuk dengan dunia sendiri sangatkan. Bila kapal terbang mula bergerak. Laju sahaja aku ketatkan pegangan dilengannya. Entah mengapa, rasa takut. Trauma atau memang takut?
"close your eyes, sayang im here.." lembut terdengar dihujung telinga. Dia tahu aku takut. Dia dah khatam dengan perangai aku. Dari bercinta sampai dah kahwin, aku berjaya maintainkan perangai aku. Cuma kurang dari segi nakal.
Rasa macam sekejap sangat, lebih kurang dalam 1 setengah jam sahaja kami dah sampai di destinasi. Tangan aku Wonwoo pegang, dan kami berjalan turun dari kapal terbang. Angin kencang yang bertiup itu membuatkan tudung aku hampir sahaja terbang.
"Pulau Jeju? Seriously Abang?" dia mengganguk. "Abang akan tunaikan semua cita-cita awak sayang.." setiap bait perkataannya buatkan aku tersenyum manis. "terima kasih Abang.." sempat hidung aku dicuit sebelum, kami berjalan untuk ambil bagasi.
Aku selak langsir dari dalam bilik. Rasa macam nak menjerit bila dapat tengok pantai dihadapan mata. Cantiknya..design dan dekorasi bilik ini memang rasa vibes honeymoon. Siap ada kolam mandi dalam bilik. Lingkaran tangan dipinggang buatkan aku sedikit terhincut tapi lekas sahaja aku kawal perasaan.
"suka tak?" aku intai sedikit wajahnya yang diparking elok dibahu milikku. Aku mengganguk. Lalu bibir aku panjangkan. "tapi macam luas sangat...." senyumannya terukir, pelukan diperketatkan. "saja Abang saja ambil pakej honeymoon ni, nanti boleh kita menari dekat sini.." dia berseloroh sambil menunjukkan ruang luas ditengah-tengah bilik.
"tak nak lah, awak menarilah sorang-sorang." laju aku menyangkal. "eh mana boleh, kita datang sini berdua, Abang bayar untuk kita berdua..so kena menari." dia menegaskan. Aku menggeleng, sambil tangan aku kuat lepaskan pelukan. "taknak!" aku mengusik sambil laju buka langkah lari tinggalkan dia.
"sayang?" aku jelirkan lidah, saja mengejek. Dia buka kaca matanya. "kalau Abang dapat awak, sayang kena menari dengan Abang okay? Deal?" aku bawakkan tangan kedada, jarak aku dan dia tak ada lah jauh mana. Berani pula aku nak mencabar figura kekar ini. "tak nak!" lagi-lagi perkataan itu meluncur keluar dengan angkuh. Bila dia dah bersedia nak buka langkah, aku terlebih dahulu berlari mendahuluinya.
"tak nak, Abang!" dia depakan tangan, seperti berura-ura mahu menangkap aku. Aku menggeleng laju dengan ketawa kecil. Bila Wonwoo mengerakkan jari telunjuknya, aku kalih pandangan kekiri, nak cari tempat untuk bertahan. "sayang?" sekali lagi aku buat muka, sebelum buka langkah besar menuju ke meja kopi, dalam di ruang tamu kecil.
Entah macam mana, laju sahaja tubuh kecilku didakap olehnya. Macam mana boleh terlepas pandang ni? "larilah sampai hujung dunia pun, Abang akan dapatkan sayang walaupun sulit..." Impressed dengan kata-kata manisnya.
"eleh, Abang dapat tangkap saya sebab kaki awak panjang.." terus dia ketawa, dah lama tak tengok dia ketawa besar macam ni. Bila dia berhenti, laju sahaja pipi aku kucup. Terkejut dia. "sayang?"
Aku pura-pura tak tahu. "hm?" bila dia longgarkan pelukan, aku buka langkah kekiri sedikit. Bukan lari, tapi elak sikit je. Belum sempat dia buka bicara aku mencantas laju. "saya nak mandi."
Aku tunjuk kearah pintu bilik air. "okay..jom." mata aku berkedip berkali-kali. "boleh....lambat lagi." kini laju kaki aku meluncur masuk dalam bilik air. Bila pintu selamat dikunci. Aku ketawa sendiri. "Adriana? Sampai hati."
Lah, sampai depan pintu bilik air dia mengejar. "tak boleh.." itu jawapan aku. "okay..sayang." lembut suaranya bila dia mengakur.
Husband siapa comel sangat ni?

YOU ARE READING
Takhta Cinta •||• Jeon Wonwoo ©️
Acakperkahwinan bermaksud menyatu, manakala penceraian pula sebaliknya. kalau wujudnya cinta haruskah ada hati lain? mahligai yang dibina atas dasar cinta runtuh begitu sahaja akibat orang ketiga. segala keraguan ditepis tapi akhirnya terbongkar dengan...