"aku tahu ni tak proper..tapi aku ikhlas nak lamar kau jadi pemaisuri hati aku, Adriana"
Masih terngiang-ngiang dengan lamaran itu. Tak fokus aku tengok skrin komputer. Selalunya dia bercakap sahaja tapi kalini dia tak kosong. Dari matanya aku tahu dia ikhlas. Pandangan aku kearah handbag yang terbuka itu. Kotak cincin itu aku ambil. Aku belek kiri kanan, dan aku buka. Layak ke aku nak jadi pemaisuri dia? Lama aku tenung cincin tu.
"ambillah masa berapa lama pun aku tunggu.."
Tok! Tok! Pintu bilik diketuk. Dian. Laju cincin itu aku letak dalam almari Office. "Cik Safiyya?" aku betulkan posisi coat. "ya?" dia senyum segaris. "Puan Linda, dah tunggu." drastik aku berdiri. Aku mengganguk sekali. Aku capai semua benda atas meja dan bergegas keluar dari Office. Another day, another tough day.
Aku tarik nafas dan lepas sebelum Puan Linda tolak pintu yang jelas tertera nama islamnya. Wafiy Athar. Aku boleh, kau kuat Adriana. Aku buang semua benda yang melibatkan perasaan, aku kena proffesional.
Pintu diketuk. "come in" laju pintu ditolak. Aku kekalkan pandangan kelantai. Tak nak tatap muka dia. "Puan Linda." kuat suaranya menyapa. "nice to meet you, sir!" aku lepaskan nafas. "my pleasure." aku diamkan diri. "Cik Saffiya?" nama aku disebut. Aku mengganguk sekali, tanda menyapa cara aku. "Adriana Safiyya, the best architect in Onism" Puan Linda memperkenalkan aku. perlahan wajah aku angkat, dan senyuman segaris aku berikan.
Sikitpun dia tak berkedip malah asyik memerhati aku. Aku kalihkan pandangan. "haih.." aku dengar dia lepaskan keluhan. Aku kawal perasaan. "Tuan?" PA dia berbunyi. "ha, yaa?...ouh yaa" dia tepuk tangan sekali dan tunjukkan arah ke bilik meeting. "sorry.." dia sembang kosong dengan Puan Linda. Manakala aku dengan pekerja dia sibuk pasang skrin.
Bila cucuk pendrive tak keluar pula. Habis semua keyboard yang tak pernah aku tekan, aku tekan berkali-kali. Macam mana aku nak present ni? "saya rasa skrin ni la yang rosak Cik Safiyya." aku tengok dia. "yeke? Habis macam mana ni?" sudahlah tak ada backup. Aku resah. Tak pernah jadi macam ni. "just use this..Adriana." aku angkat wajahnya ke arah suara Wonwoo. semua seakan terdiam. Dia goyangkan kertas yang aku edarkan tadi.
"Safiyya." aku sebut nama itu. Kaca mata aku betulkan. "but..Adriana was my favorite.." sayu matanya dia bersuara. dia rapatkan dadanya ke meja dan satukan jari jemarinya. Aku hela nafas, dan lihat kearah kertas tadi. "okay..let's start with second slide.." aku tak fokus bila figura itu tak lepas pandang dari aku satu saat pun, kertas yang aku edar tadi pun masih kekal dimuka surat satu sedangkan yang lain sudah berada di dua page terakhir. Aku ambil nafas seketika bila hampir selesai.
"cost? I need to know that.." dia akhirnya bersuara. "kita dah bincang dengan pihak Engineer, RM500.000 akan dikeluarkan untuk 30% pembinaan," dia mengganguk. Aku bergerak perlahan kearahnya dan file yang bersisi tandangan kontrak dengan beberapa pekerja lainnya aku hulur. " dan kalau ikut target..mungkin by next 2 month kita boleh tengok kenaikan tapak untuk kawasan resort ni." keningnya bertaut.
"2 month?" aku mengganguk. "kenapa lama sangat, kita nak bina resort bukan bangunan." aku rasa aku dah explain dekat slide 15 tadi. "I guess you did'nt pay attention, saya dah bercakap tentang hal ni dekat slide 15 tadi, kawasan yang dipilih oleh Tuan Athar tu sendiri.." aku tunjuk kearahnya. "adalah kawasan banjir, dan...disebabkan sekarang musim hujan so we can't proceed" dia mengganguk.
Puan Linda senyum. Lega aku. "okay...we're done! But I need to speak with Cik Adriana in my Office!" dia berdiri, yang lain dah mula bersurai. Aku hela nafas berat. Dia nak apa lagi ni? Macam mana sekalipun dia akan cari peluang. Puan Linda mendekati aku, bahu aku ditepuk. "you did so well."
Aku berdehem sebelum pintu diketuk. Lama aku tunggu sahutannya, tapi tak berbunyi. Baru nak ketuk untuk kali kedua pintu terbuka. Dia ni gila ke? Dia tahu tak ni Office dia? "Tuan nak cakap apa? Saya rasa better kita selesaikan dekat bilik meeting." dia suruh aku masuk. Laju aku menggeleng. "Aban--"
"kalau bukan hal kerja saya balik dulu. Assalamualaikum!" laju aku pusing, tinggalkan dia. Aku dah agak bukan hal kerja. Aku senyum segaris kearah pekerjanya yang lain. Aku tolak pintu utama Office dan keluar. Meluru aku jalan. "Adriana!" dia mengejar. Entah macam mana sempat tangan aku ditarik dan dibawa ketangga kecemasan. Lalu dia tolak lembut tubuhku kedinding.
"boleh tak bagi Abang bercakap?" berusaha aku tolak dia. "saya tak nak!" dia menatap mata aku. "Sayang please.."
"saya bukan Isteri awak lagi Jeon Wonwoo, awak tak ada hak nak sentuh saya macam ni," bergenang air matanya. "please let me talk...." perlahan nada suaranya. "kenapa sayang tak bagi tahu Abang?" aku kalihkan pandangan. Sungguh aku benar-benar tak selesa dengan keadaan kami sekarang. "jangan panggil saya dengan panggilan tu, awak ni tak faham bahasa ke? Tepi." aku tolak dia, entah berapa kali tapi masih tak lepas.
"no, abang takkan lepaskan awak Adriana. Selagi kita tak habis cakap pasal benda ni."
"awak ni gila ke? Ni Office!" wajahnya dibawa dekat kepada aku. "Wana benih abang? Sayang mengandung kembar? Kenapaa..?" apa yang aku cakap semua diabaikan, kolam air mata aku mula berkumpul. Dia tertunduk seketika. Aku terdiam. "ss--sa-ayang...lama Abang cari sayang, kalau sayang bagi tahu yang sayang pregnant Abang takkan lafaz--" dia terhenti.
Dah terlalu lama benda tu, sampai dah beku dalam memori kenapa dia buka kembali?
"awak tanya saya kenapa saya tak bagi tahu awak, awak hilang ingatan ke?" pegangan dilepaskan. Dia termakan dengan kata-katanya sendiri. "Abang minta maaf but please Adriana..kita mulakan hidup baru okay?" laju aku menggeleng. "saya tak nak, hati saya mati untuk awak."
"untuk Wana..Abang masih cintakan awak.."
"eh dahlah, cukuplah! Apa yang awak buat dekat saya dah cukup terseksa! Ingat yang awak ada Isteri dan anak....dan tolong jangan buat dekat Eve macam awak buat dekat saya!" sempat aku pandang wajahnya sinis sebelum keluar. "Adriana Saffiya!" bergema suaranya. Aku berhenti.
"jujur, saya masih cintakan awak.. tak pernah sekalipun saya lupakan awak Adriana." air mata aku jatuh, tapi kenapa aku rasa kosong, tiada makna langsung. "tolonglah saya merayu, tolong terima saya balik." aku telan ludah dan menonong aku keluar dari tangga kecemasan tu.
Apa ni? Damn! Aku takkan kalah dengan tangisan dia.
ANDA SEDANG MEMBACA
Takhta Cinta •||• Jeon Wonwoo ©️
Разноеperkahwinan bermaksud menyatu, manakala penceraian pula sebaliknya. kalau wujudnya cinta haruskah ada hati lain? mahligai yang dibina atas dasar cinta runtuh begitu sahaja akibat orang ketiga. segala keraguan ditepis tapi akhirnya terbongkar dengan...
