BAB 41

387 10 14
                                        

Laju kami berlari masuk dalam kawasan Hospital. Keadaan Hospital sekarang sangat kecoh. Dengan doktor yang sibuk keluar masuk emergency dan keluarga mangsa yang merintih kesedihan buatkan jantung aku benar-benar tak stabil. "macam mana ni?" itu yang keluar dari mulut aku. Aku panik.

"jangan panik, biar saya yang uruskan semua. Duduk sini." tubuh kecil aku ditolak perlahan dan dia dudukkan aku dikerusi. Dia menjeling kearah keluarga mangsa sebelum, berjalan kearah kaunter bertanyakan tentang progress sekarang. Aku genggam kerusi kuat. Sudahlah projek ni belum dibentangkan dihadapan client lainnya, tapi jadi begini pulak.

Aku pejam mata rapat. "Adriana jom, kita jumpa dengan driver lori tu." Wonwoo datang menghampiri aku. Aku mengganguk. Walaupun debaran aku masih tak stabil tapi aku cekalkan juga. Aku lajukan langkah biar aku tak jauh tertinggal dengan Wonwoo. "ni Tuan." nurse itu tunjukkan keadaan driver lori dengan keadaan kepala yang berbalut dengan kain. Darahnya masih mengalir.

Aku telan ludah. Salah satu engineer yang aku deal tu turut ada disitu. "Cik Safiyya, Tuan Athar, Asalamualaikum." aku tundukkan sedikit kepala. "apa yang jadi?" terus Wonwoo buka topik. "dia tak ingat Tuan, Cik." aku genggam tangan kuat. "takpa dia masih mamai lagi tu, pekerja yang dilanggar?"

"alhamdulilah tiada yang mati, cuma cedera parah je Tuan." Wonwoo mengganguk. Aku lega. Ring. Phone Wonwoo berbunyi. Dia minta diri keluar dari wad dan menjawab call. Aku pula confuse, apa yang patut aku buat. Salah satu polis disitu datang menyapa, aku blank. Tapi dengan tenang aku susun ayat dan patah perkataan yang bahawasanya aku tidak ada dekat tempat kejadian.

Usai habis urusan dengan polis, aku lihat para pekerja yang kemalangan tu. Mujur semua selamat. Itu pun dah buat aku lega. "Adriana?" aku angkat kepala kearah Wonwoo. "ya?"

"Puan Linda ada call?" aku menggeleng. "tak ada handphone dengan saya sekarang," dia tengok phone dia yang dah nak hampir mati. Yang betul-betul ada dengan aku adalah purse je. Tu pun dalam kereta dia. Seketika aku menguap. Dan jam besar di atas kaunter itu aku tengok. Dah hampir pukul 3.00 pagi. Aku regangkan sedikit badan. Dah berjam-jam rupanya aku dekat sini.

"Tuan, Cik." drastik aku bangun dari duduk. "saya rasa Tuan Athar dengan Cik Safiyya dah boleh balik, urusan semua dah settle..cuma tinggal tarikh operation sahaja." aku mengganguk. "bil Hospital semua saya dan Cik Safiyya yang akan tanggung, so no worries." sempat dia menepuk-nepuk bahu engineer tu sebelum kami meminta diri tinggalkan Hospital.

Belum sampai setengah perjalanan, tapi dah berapa kali aku menguap. Tak tertahan dengan kantuk sendiri. Aku tegakkan badan, kalau sandar kejap lagi confirm terlelap sampai pagi. Aku tutup mulut cepat bila besar mulut aku menguap. Meleleh air mata aku. Sudahlah perjalanan nak ke Hotel makan masa selama 40 minit. "awak lapar ke? Dah la tadi kita tak sempat nak makan." aku menggeleng.

"tak rasa nak makan pun sekarang, saya mengantuk." dia ketawa kecil. Tiba-tiba otak aku teringat tentang Puan Linda. "awak..macam mana dengan Puan Linda?" dia tengok aku sekilas, sebelum fokus memandu kembali. "tak tahulah, tapi maybe polis dah inform dia jugak kan? Btw esok pagi-pagi kita terpaksa batalkan meeting dengan client tu." aku mengganguk.

"cause of nothing to do with it, kita punya pekerja yang pegang peranan besar semua kena operation." aku hela nafas, sudahlah susah untuk dapatkan pertemuan ni. Tapi nak buat macam mana. Lagi sekali aku mengganguk. "maknanya esok kita balik macam biasa la kan?" aku bertanya. "yap!"

Aku kembungkan mulut tengok pemandangan luar. Kenapa terasa sangat redup, walaupun dah malam. Dalam keadaan yang tiada bintang dan bulan buatkan aku serba sedikit boleh hilangkan kantuk. Boleh lah, dari tertidur dalam kereta ni.

Usai Wonwoo parking kereta. Laju aku langkahkan kaki keluar, kemudian susun langkah masuk perkarangan lobi hotel. Aku pejam mata seketika. Entah macam mana silap tangga di lobi itu aku langgar. Terjelopok aku jatuh. Aku pegang hujung jari. "arghh. Apa masalah kau ni Adriana?!" aku bebel sendiri. Aku cuba gerakkan jari jemari aku sedikit. perlahan aku mengganguk, dan tongkat tangan lalu berdiri. Walaupun ngilu tapi masih boleh berjalan.

"cik?" salah satu receptionist memanggil aku. Dalam keadaan yang mamai itu aku berjalan mendekati kaunter. Card bilik dihulur. "Cik punya card bilik terjatuh." besar senyum aku. "terima kasih."

Terjengket-jengket aku berjalan masuk dalam elevator. Sakitnya hanya tuhan je yang tahu. Aku urut sedikit sementara menunggu pintu elevator terbuka. Aku hela nafas kuat. Macam mana aku tak boleh perasan tangga tu? Elok pintu terbuka. Kepala aku picit seketika. Aku susun langkah perlahan keluar dan menuju ke bilik. Aku letakkan card dipintu, tombol aku tarik kebawah, tapi pintu tak terbuka. Aku cuba sekali lagi. Dia berbunyi. Terkejut aku. Aku tengok card tersebut.

Nafas aku hela berat. "ni bukan card aku." aku duduk mencangkung. Aku jatuhkan dahi ke lutut. "ngantuk.." aku mengomel sendiri. Apa lagi ujian yang datang ni. Baru aku sedar tentang purse aku yang sememangnya tak ada dengan aku dari tadi. Dengan keadaan kaki yang sakit aku rasa nak menangis je sekarang ni. Takkan aku nak turun balik.

"nah.." aku angkat kepala. Purse aku Wonwoo hulur. "tu card bilik saya." lama aku tenung dia, sebelum perlahan aku bangun. Tanpa sepatah perkataan pun purse aku capai dan card dia aku hulur. "terima kasih, saya masuk dulu." dia senyum.

Masuk je bilik, terus aku rebahkan badan dikatil. Dah tak fikir apa. Tak makan masa lama terus aku terlelap. Lena aku tidur, sampai tak sedar phone aku berbunyi berkali-kali.

Aku tersedar bila cahaya matahari menggangu lena aku. Kepala aku berpinar, pening. Mata aku pejam seketika. Phone aku buka, gelap. Sekali lagi aku tekan. Masih tak terbuka. Mati? Aku hela nafas. "kenapa aku pening sangat ni? Tak cukup tidur?" sudahlah kejap lagi dah nak balik. Perlahan aku turun katil dan menuju ketandas. Dengan kepala yang masih terletak tudung elok itu aku buka.

Kabur, itu je yang dapat aku ungkapkan. aku tahan tangan kuat di meja makeup. Ketukan pintu yang kuat buatkan aku kalih seketika. Sempat aku telan ludah sebelum buka langkah menuju ke pintu. Aku tolak tombol kebawah. Belum sempat pintu aku tarik, rebah. Gelap.

Berat mata aku, tapi dengan sedaya upaya mata aku buka perlahan. Perkara pertama yang aku nampak Wonwoo. Dia mundar-mandir. Terus kening aku bertaut. "awak buat apa dalam bilik saya ni?" perlahan aku betulkan posisi dari baring ke duduk. Mujur tudung tadi masih ada. Kepala aku masih pening. "awak okay ke?" aku pelik, tapi perlahan aku mengganguk.

"saya okay..keluar." aku taknak orang lain salah faham. "tapi.."

"keluar!" nada aku naik sedikit tinggi. "saya ada benda nak bagi tahu awak.." sekali lagi kening aku bersatu. "tapi awak kena sabar." hati aku tak sedap. Dia tarik nafas perlahan. "I got the call....yang Mingyu...."

Belum sempat dia habis bicara, pintu bilik aku diketuk kuat. Pandangan kami terus dibawa kearah pintu. siapa? Aku berdebar. Meluru ke pintu utama. Clack. Aku dengar pintu terbuka. Aku bangun. Dan mengintai. Kenapa ramai-ramai ni? Aku tertanya sendiri. Dalam keadaan aku yang masih mamai itu buatkan aku confuse dengan situasi sekarang.

"kami dari jabatan agama Islam.." mengiggil sekujur tubuh aku. Terkejut bukan kepalang bila aku kena tangkap.... khalwat? Terkaku aku. Wonwoo kalih kebelakang. Mata kami bertembung. Tersekat-sekat nafas aku. Sesak didada. Apa yang perlu aku buat? 


ding dong ding dong....jumpa lusa. 

Takhta Cinta •||• Jeon Wonwoo ©️Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang