Jauh aku termenung atas sejadah. Wonwoo nampak terurus sangat, maknanya dia memang bahagia dengan Eve. Itu pun dah buat aku lega. Tapi yang buat aku tak tenang bila dia tumbuk Mingyu tadi, dan kenapa dia tak percaya tentang kewujudan Wana? Atau dia terkejut? Macam-macam perkara main dalam fikiran aku.
Mata aku pejam. "aku cintakan kau Adriana, sebelum Wonwoo lagi.." damn. Drama melayu apa pulak ni? Macam-macam benda terjadi. Aku taknak buat keputusan mendadak. Tapi ini bukan kali pertama dia lamar aku, sebelum ni pun pernah... apa lagi la nak jadi ni.
Aku rasa aku dah cukup tenang dalam 4 tahun ni, bila muncul je Wonwoo habis berantakkan semuanya. Aku pun tak terfikir macam mana kami boleh datang tempat penginapan yang sama? Aku cabut telekung dan lipat. Kemudian aku labuhkan punggung dikatil. Aku selak rambut yang menutupi muka Wana itu perlahan. Aku tengok wajahnya. Ting! Notification berbunyi. Aku intai sedikit. Wonwoo.
Memang tak la aku nak membalas. Aku rebahkan badan atas katil. Lagi-lagi mesej berbunyi tapi aku endahkan. Teringat esok aku ada banyak lagi kerja nak diurus. Aku peluk Wana. "selamat malam sayang." dahinya aku kucup. Sempat aku betulkan bajunya sedikit sebelum aku ambil keputusan untuk lelapkan mata.
Aku masuk office, dengan segala pelan yang aku bawak. "morning, Cik Safiyya." aku senyum. Nanti kata architect Onism Company sombong pula. Aku tengok kertas yang bersepah atas meja. Terus nafas aku hela. "rasanya haritu sebelum pergi outstation aku dah kemas.." aku capai satu. Tender? Aku duduk. Aku bukak muka surat satu persatu. Teliti aku tengok.
Butang 1 aku tekan. "Dian, masuk sekejap." tak sampai beberapa saat dia masuk bilik aku. "ya, Cik?" aku tengok dia sekilas. "siapa bagi?" aku angkat Tender tu tinggi. "Puan Linda, dia nak Cik Safiyya handle projek ni." terkejut aku dibuatnya. "seriously?" Dian mengganguk. Lama aku tenung tender tu. "Puan Linda ada dekat dalam?"
Aku ketuk pintu biliknya. "masuk!" aku tarik nafas sedikit sebelum masuk kedalam. Dengan senyuman aku menunduk sedikit tunjukkan rasa hormat. "Safiyya..duduk." penuh sopan aku tarik kerusi dihadapannya. Aku letakkan tender tu atas mejanya. Dia tengok aku pelik. "I tak nak" aku menolak. Berkerut kening dia. "why? I think you adalah orang yang sesuai untuk projek ni," aku senyum segaris.
"tapi berbillion projek ni Puan, saya ada dua lagi projek resort yang belum disentuh." aku explain tenang. "dengan Tuan Athar?" laju aku mengganguk. Dia sandarkan badannya dikerusi. "how progress?" aku berfikir sejenak. "so far kita dah start bercerita tentang engineer, also berapa amount yang akan dikeluarkan untuk 30% pembinaan, that's it." Puan Linda seakan Impressed dengan pernyataan yang aku bagi.
"how about design pelan?"
"dah siap..cuma belum sempat untuk present dengan Tuan Athar," terus kening Puan Linda. "dia masih belum ada masa untuk meet up dengan you ke?" aku ketawa kecil, lalu menggeleng. Dia tongkat dagunya. Panjang keluhannya. "takpalah, nanti any update tentang schedule meeting dengan Tuan Athar bagi tahu saya..btw I had a client, thank you for your time." aku samakan langkah dengannya untuk keluar dari bilik.
Terus aku susun langkah ke pantri. Cawan aku capai, kemudian Nescafe aku ambil. Aku tuang dan aku bancuh. Baru nak teguk air, phone aku berbunyi. Terus senyuman aku terukir. "babe?!" aku jauhkan phone dari telinga. "anak aku mana eh? Rindulah aku." aku menggeleng. Memang Wana tu bukan aku yang beranak pun.
"aku kerja kan? Dekat office ni" terkekeh-kekeh dia ketawa. "dia dekat nursery kan, aku amik dia eh? Kita dinner dekat rumah aku?" teringat terus aku dengan Mingyu. "tak kot.. kau amik je la Wana..nanti kau hantar dia balik eh?" tenang aku bercakap. Sementara awal lagi ni, mengoceh dulu dengan Minseo.
"kau ada masalah dengan Abang aku ke, Adriana?" tersentak aku. Aku berdehem sedikit. "eumm...ak--"
"Cik Safiyya? Ada call." Aku mengganguk.
"Minseo aku ada call, nanti apa-apa aku update eh?" terus phone aku tutup. Bergegas aku bangun menuju ke Office. "Hello?" lama aku bersembang. Ingatkan apa tadi rupanya Engineer yang akan menguruskan pembinaan resort. Aku lupa memang ada dalam schedule.
Fokus sangat bekerja sampai tertinggal waktu makan. Aku regangkan badan seketika, sebelum kaca mata aku betulkan. Pejam mata sekejap. "Cik Safiyya?" drastik mata aku buka, "ya kenapa?" satu bungkusan makanan diletakkan atas meja kerja aku, cepat sahaja kening aku bertaut. "saya tak order pun," Dian senyum segaris. "memang la, Cik fokus sangat sampai takut saya nak ganggu." ketawa aku tercetus.
Dompet aku capai. "berapa ni?" dia menggeleng. "bukan saya yang bagi." pandangan aku kembali kearah bungkusan makanan tadi. "kawan Cik...yang hantar." lagi-lagi kening aku bersatu. Mingyu? Minseo? Ting! Terus pandangan aku dibawa ke telefon. "jangan lupa makan!" Minseo. Laju senyuman aku ukir. "okay saya dah tahu. Thank you.,"
Masuk je kereta, terus nafas aku hela. "penat..penat..penat.." boleh buat lagu la ya. Aku start enjin dan pintu kereta aku kunci. Tujuan aku cuma satu. Wana. Ambil dia terus balik, sebab nanti susah nak spent time. Sebab Ibu dia sibuk. Sibuk cari duit untuk besarkan dia.
Fokus aku memandu. Kawasan rumah Minseo ni boleh tahan gelap, kalau dia duduk dekat apartment dulu je pun tak apa. Aku parking kereta. Enjin aku tak tutup. Laju aku keluar kereta berlari anak masuk pagar.
Aku ketuk pintu. "kejap!" suara jeritan Minseo. "Ibu kejap.." Wana mengajuk. Pandai sungguh. Renyah ketawa Minseo dekat dalam rumah. Bila pintu terbuka, lekas sahaja tangan aku depa. "alolo...Aunty amik dia sekejap je." aku ketawa.
"best tak duduk dengan Aunty?" aku bertanya Wana. Dia letakkan tangan didagu. Aku tengok Minseo. "best!" dengan anggukan dan thumbs up sekali. Lagi-lagi ketawa aku dan Minseo tercetus. "esok Aunty amik lagi nak tak?" dia letakkan kepala dibahu aku. "nak Papa..." terus terdiam aku. Aku senyum segaris.
Baru tak jumpa sehari dah macam ni. "aku balik dulu eh?..bye Aunty.." aku suruh Wana lambai, tapi dia buat tak tahu. Mood cepat berubah budak kecil ni, bila dah cecah tiga tahun, macam-macam jenis perangai keluar. Sabar je la.
Aku pakaikan Wana tali pinggang dan masuk kereta. "kita balik okay?"
"Ibu..Papa sakit ke? Why Papa taknak jumpa Wana?" dia jebek. Aku serbasalah. Aku tarik nafas. "nanti Ibu cakap dengan Papa okay?" dia endahkan aku malah sibuk bermian kecil dengan teddy bear yang Mingyu hadiahkan untuknya.
Macam mana ni?
ANDA SEDANG MEMBACA
Takhta Cinta •||• Jeon Wonwoo ©️
Rawakperkahwinan bermaksud menyatu, manakala penceraian pula sebaliknya. kalau wujudnya cinta haruskah ada hati lain? mahligai yang dibina atas dasar cinta runtuh begitu sahaja akibat orang ketiga. segala keraguan ditepis tapi akhirnya terbongkar dengan...
