Kini kami dalam kereta, dia panaskan enjin kereta seketika, lalu aircond dia buka. Dia hela nafas seketika dan pandangan dibawa kearah aku. "abang nak dengar sayang explain sekarang boleh?" aku diamkan diri dan aku bermain dengan jari jemari aku sendiri.
"Adriana Saffiya?" tangan aku dicapai, dia hela nafas. "Abang tahu sayang nak selamatkan rumah tangga kita, tapi bukan macam ni caranya. Bahaya tahu tak? Lagipun dia tengah pregnant." aku tengok kearah Wonwoo sekilas. "Abang tahu dia pregnant?" dia telan air liur. Reaksi mukanya berubah.
Aku menanti dia untuk menjawab. "dia kan anak kawan Daddy.." ouh ya, aku lupa tentang tu. Tapi Eve tak kahwin lagi kan? "Aba--" belum sempat bersuara phone yang berbunyi itu buatkan aku kalih pandangan. Minseo. "saya angkat kejap eh?" dia mengganguk sebelum kakinya laju menekan minyak.
"hm kenapa?" aku bertanya. "babe kau lupa eh?" terus kening aku bersatu. Lama aku mengkaji. "esok?" aku blank, sekali lagi kening aku bertaut. "ya allah, kau hilang ingatan ke? Esok kita ada charity program, we supposed to gerak sekarang tahu tak?!" membuntang besar mata aku, dahi aku tepuk. Macam mana aku boleh lupa ni. "Minseo..aku lupa.."
Dia hela nafas. "it's okay dalam 2 jam lagi aku datang rumah kau, make sure everything ada okay?" aku mengganguk. "okayy..thanks.." laju phone dia tutup. "kenapa sayang?"
"awak ingat tak saya ada cerita tentang program charity dekat Perak tu?" dia kerutkan kening, tapi beberapa saat dia mengganguk. "ingatlah.. esok kan?"
"saya lupa..." dia ketawa. "sayang pergi dua harikan?" laju aku mengganguk. "ya allah.." aku lepaskan nafas. Selalunya aku yang ingatkan dia, tapi kalini Minseo pula yang kena ingatkan aku. Aku urut kepala perlahan. Tiba-tiba pening.
Sampai je rumah, mencicit aku naik tangga tuju ke dalam bilik. Perkara yang lain semua tak aku endahkan. Apa yang aku ingat sekarang, charity program, dokumen dan baju. Beg aku ambil. Aku pilih dua tiga helai blouse, tshirt dan seluar lalu aku letak atas katil. Kini aku tuju pula ke rak tudung. Aku capai bawal hitam dan warna cream. Senang masuk dengan semua warna.
"dokumen?" aku kearah meja kerja Wonwoo. Rak pertama aku buka, sampul coklat aku tarik. Satu lagi sampul putih yang berada dalam rak tersebut buatkan aku terhenti seketika. "dokumen apa ni? Rasanya haritu ada satu ni je." aku tertanya sendiri. Baru nak capai. "sayang?" laju aku mengangkat wajah, sempat aku tutup rak tersebut sebelum susun langkah kembali ke katil.
"kenapa abang?" aku kemas baju teliti nak make sure tiada benda yang tertinggal. "are you sure, nak tinggalkan abang sorang-sorang?" perlahan tangannya memeluk perut aku dari belakang. Aku senyum segaris. "sekejap je..bukan lama pun." fokus aku sumbat semua dalam beg, rasa macam dah lambat sangat.
Dia diamkan diri. Aku intai dia sedikit. Ketawa kecil aku tercetus. "tepi..saya nak amik telekung." aku tolak dia sedikit, tapi sikit pun dia tak berganjak. "Jeon Wonwoo?" aku sebut nama penuh dia. "eum.."
"tepi.. lambat nanti." aku bercakap sopan, sambil menepuk ringan lengannya yang masih memeluk ketat perut aku. Dia lepaskan pelukan, aku pandang muka dia. Panjang dia muncungkan bibirnya. Aku tolak dia sedikit dan capai telekung. "sayang tolak abang?"
Muka aku datar. "apa awak ni.." aku angkat telekung depan muka dia. "saya amik ni!" sempat aku menjeling manja, sebelum letakkan telekung dalam beg dan aku zip penuh. "okay siap..tingg-- hey? Abang?"
Beg Wonwoo angkat dan diletakkan dibawah, lalu tangan aku ditarik dan dia dudukkan aku dikatil. "sayang ada satu jam lagi kan?" aku mengeluh ringan. Belum sempat aku menjawab laju sahaja bibir kami bersatu. Nak kena tinggalkan? Inilah hasilnya.
"Abang saya pergi dulu okay?" aku tepuk kaki dia yang naglit main phone itu. Dia mengganguk. "sini beg abang bawak." dia turun katil dan capai beg ditangan aku. "jom.." tangan aku dipegang dan kami turun tangga.
"ha siap pun." Minseo menanti dengan muka kosong. "sorry okay?" aku dekatkan tapak tangan dimukanya. Dia menjeling kecil. "aku pinjam bini kau tiga hari eh?" terus kening aku berkerut. "eh, bukan dua hari je ke?" aku persoalkan dia balik. "tambah hari aku nak date dengan kau.." lancar dia menjawab.
"boleh ke abang?" aku alihkan pandangan kearahnya. Kami berbalas pandangan. Wonwoo mengganguk perlahan. "but make sure hantar dia balik!" terus Minseo tabik hormat. "baik Tuan!" aku ketawa ketawa kecil tengok celoteh berdua ni.
"saya pergi okay.." tangan aku hulurkan. Dia sambut perlahan. Minseo dah angkat kaki. Ubun-ubun aku dikucup. "elok-elok okay? Jangan lupa call abang!" aku mengganguk. Sempat hidung aku dicuit sebelum bibir aku dikucup untuk seketika. Bila dilepaskan laju sahaja aku tolak dia. "lebih baik saya pergi sekarang.." lekas sahaja dia bersetuju.
Aku melambai kecil, dia membalas. Excited rasa nak berjumpa dengan budak-budak. Harap okay laa.
![](https://img.wattpad.com/cover/369831701-288-k912100.jpg)
YOU ARE READING
Takhta Cinta •||• Jeon Wonwoo ©️
De Todoperkahwinan bermaksud menyatu, manakala penceraian pula sebaliknya. kalau wujudnya cinta haruskah ada hati lain? mahligai yang dibina atas dasar cinta runtuh begitu sahaja akibat orang ketiga. segala keraguan ditepis tapi akhirnya terbongkar dengan...