BAB 20

437 14 6
                                        

Laju aku langkahkan kaki naik kebilik. "sayang! Sayang!" lengan aku digapai. "dengar dulu, abang nak cakap."

"lepas!" aku tolak tangan dia kuat. puas aku tolak badan dia. Air mata aku bergenang, tak mampu aku tahan. "sayang please..dengar dulu apa yang abang nak cakap." dia cuba menenangkan aku. "tak nak! Saya tak nak!" lekas sahaja aku menyangkal. Dengan sekuat tenaga dadanya aku tolak. Terkebelakang dia. Meluru aku berlari masuk dalam bilik.

Pintu aku kunci. Sebak. Aku tengok keadaan katil yang bersepah itu. "astaghfirullah.." terduduk aku. Aku usap dada perlahan, air mata jatuh deras. Tangan aku menekup mulut kuat, esakkan yang makin menjadi itu buatkan aku tertunduk, setiap titisan air mata yang mengalir itu benar-benar menunjukkan rasa kesal.

"sayang..please.." menggigil sekujur tubuh bila panggilan itu masuk kedalam gegendang telinga. "diam.." itu je yang mampu aku ungkapkan. "say--"

"diam..arghhhh!" conforter atas katil itu aku tarik kebawah kuat. Amarah, dan kesedihan kini bersatu rasa sakit yang tak pernah aku rasa hadir dalam waktu yang sama. Bantal habis semua aku baling kebawah. Tangan aku genggam kuat, dan dibawa kedada. "sakit..." aku kemam bibir rapat. "I..bu.." sekali lagi aku tertunduk meluahkan apa yang aku rasa sendiri. Rasa lemah, perlahan-lahan aku terjatuh hingga terduduk.

Aku tenung katil itu kosong, lalu mata aku pejam dan satukan dahi ke lutut. Ketukan pintu yang berkali-kali itu aku endahkan. aku benar-benar kecewa, bukan dengan diri aku sendiri je malah Wonwoo juga. Dapat aku rasa air mata aku mengalir lagi.. deringan phone yang berbunyi tanpa henti itu buatkan aku muak. Aku tengok kosong. Ting!

Massage yang terpapar itu aku abaikan, tapi wallpaper gambar aku dengan Wonwoo pula tarik perhatian aku. Senyuman besar, selepas dia lafazkan akad itu buatkan air mata aku sekali lagi mengalir.

"Aku terima nikahnya Adriana Safiyya binti Mohamad dengan mas kahwinnya RM 55,555 tunai." dia menanti pengesahannya.

"sah?"

"sah!"

Aku kalihkan pandangan seketika. Hari penuh memori ...

aku tengok dia. manis senyumannya. "you already mine.." laju tubuh kecilku didakap. "saya cintakan awak tau..." aku mengganguk. "saya tahu..hanya saya je yang mampu excess di takhta cinta awak kan?"

he giggles. lalu dia mengganguk setuju. "tepi.. saya nak mandi, lepastu kita unboxing hadiah sama-sama" dia masih tak bergerak, matanya menatap tepat kedalam mata aku.

"unboxing hadiah je? taknak unboxing each other?" terang biji mata aku. laju tangan aku mendarat dipahanya.

Aku hela nafas berat, sebelum perlahan sapu air mata yang tak berhenti turun dari pagi tadi. Kemudian aku angkat kepala dan disandarkan ke dinding. Aku dengar bunyi kunci. "Adriana? Keluar please.." aku masih diamkan diri, apapun aku dah tak mampu nak buat selain dari meratapi apa yang berlaku dengan hidup aku sekarang.

Dalam dua hari ni je, aku hilang anak yang aku tunggu selama tiga tahun, suami aku sendiri curang dengan kawan yang aku buang hanya untuk pertahankan Wonwoo dahulu. Bila pintu terbuka, laju aku kalihkan pandangan kelantai. "Ya Allah sayang..kenapa ni?" laju dia berlari anak mendapatkan aku.

"keluar!" aku tolak tubuhnya perlahan.

"sayang..kit.a baru lepas hila..ng anak kita.." tergagap-gagap percakapannya. Aku mendengar tanpa reaksi. Eve berdiri tegak depan pintu, sambil mengusap perutnya yang membesar itu perlahan. "kita mandi ya?" aku keraskan hati. "keluar, Wonwoo.."

"tak..abang takkan tinggalkan awak dekat sini." lekas sahaja pandangan aku kearahnya. Dengan air mata yang masih tersisa itu aku gagahkan juga itu tatap mata sayunya. Aku tunding jari kearah Eve. "itu apa?" aku bertanya. Dia tertunduk seketika. "kenapa tak jawab?" kini dia terdiam.

"saya ni apa? Kenapa awak buat saya macam ni.." nada aku kawal, walaupun sekarang air mata aku jatuh berderu. Air matanya menitik. Aku kalihkan pandangan. "keluar..."

"say--"

"selagi saya masih ada hormat dengan awak, lebih baik awak keluar.." perlahan aku bercakap. "abang keluar tapi tolonglah bagi abang uruskan sayang.." aku menggeleng. "saya tak perlukan bantuan awak, saya boleh buat sendiri." laju aku bangun. Buka langkah menuju ketandas. Biarkan dia disitu.

Aku letakkan tangan disingki. Aku lepaskan nafas. Phone ditangan aku tengok. Minseo. Perlahan aku tolak butang answer.

"Adriana.."

"Mi..nsseo.." tanpa disuruh sekali lagi air mata aku jatuh. 

Takhta Cinta •||• Jeon Wonwoo ©️Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang