BAB 45

289 9 9
                                    

"awak ugut saya ke?" aku lapikkan tangan ke dada sambil menatap figura. "Abang tak ugut awak, Abang melamar awak.." perlahan dia bersuara. Aku hela nafas. "saya tak nak." laju sahaja aku menyangkal. Dia betulkan kaca mata miliknya. "Adriana please..Abang merayu tolong bagi Abang peluang sekali je lagi untuk Abang buktikan yang you're the one." aku kalih ke tempat lain.

"pejabat agama ada call Abang untuk settlekan denda, tapi Abang tolak. Let's get married again." aku menggeleng. "awak ni memang tak paham eh, saya taknak!" lagi-lagi aku menolak. Baru nak buka langkah lengan aku ditahan. Digenggam kuat. "sebelum Ibu tahu, kalau bukan untuk Abang kita buat untuk Wana.." aku kalih kearahnya kembali.

"Mingyu, masih hidup. I'll married him not you. Saya mampu nak bayar denda." tangan aku tarik kasar sebelum tinggalkan tempat tersebut. Masih terbayang dibenak fikiran aku apa yang jadi antara kami dulu. Aku takkan lakukan ini, sebab akan termakan diri aku sendiri. Aku masuk dalam perkarangan Hospital kembali. "pergi mana?" aku senyum segaris bila nampak Ibu. Lengan aku peluk. "toilet." dia mengganguk kecil.

"jom la kita balik..petang sangat dah ni."

"jap Adriana ambil handbag." aku suruh Ibu tunggu seketika. Aku masuk kembali dalam wad dan capai handbag. "Minseo aku balik dulu..esok aku datang lagi.." aku bercakap dengan menggunakan nada bisikkan. Dia mengganguk kecil. Sempat aku melambai sebelum pintu aku tutup dan mencapai tangan Ibu.

"ayuh.." memang tiada tujuan lain selain dari rumah, masuk je rumah sofa aku tuju. Laju aku rebahkan badan disitu. Mata aku pejam. "haih.." Ibu mengeluh kecil. "bagus Wafiy tu jaga Mingyu dekat hospital." aku diamkan diri. Bukan tak nak menjawab takut terlepas benda yang tak sepatutnya. Aku tenangkan diri seketika. "eum..."

"kamu ada rahsia apa-apa ke dengan Ibu, Adriana?"

Lekas sahaja mata aku terang. Aku tengok kearah Ibu yang sedang membuka tudung. "kenapa?" sahaja aku mempersoalkan kembali. Lama dia berjeda, struggle dengan pin tudung yang tersekat dibahunya. "nothing..I just curious about something but it's okay.." ayatnya itu buatkan aku terdiam, tiada jawapan. "ehem.." aku berdiri. "Adriana masuk solat dulu ya?" laju Ibu mengganguk.

Tanpa tunggu masa lama lekas sahaja tangga aku naik menuju ke bilik. Aku hela nafas kuat. Perlahan aku henyakkan punggung dipenjuru katil. Aku tenung pintu toilet itu kosong. Aku sebenarnya dalam fasa apa ni? Cuba untuk membenci dia atau tidak? Aku sendiri confuse dengan perasaan aku sendiri. Tapi tangkap khalwat dengannya buat aku sedikit tak senang duduk. "takkan aku nak kembali ke masa lalu aku?" aku tertunduk dahi aku picit sedikit. Lepas satu pergi, satu masalah lain yang datang. Kuat ke aku nak hadap lepas ni?

Aku buka telekung. "Wana..." lagi-lagi nafas dihela.

"Baba jaga Ibu elok-elok okay?"

Ayat tu ke yang Wonwoo maksudkan? Bilalah semua ni akan berakhir? Lagi-lagi aku dalam dilema. Aku sayangkan Mingyu tapi....aku biarkan jawapan tu tergantung sendiri. Teddy bear Wana aku capai. "Wana dengan Ibu ya malam ni?" aku senyum segaris. Aku berjalan kearah meja kerja. Aku letakkan di tepi komputer. Aku tak sunyi.

"nak lagi tak?" Mingyu menggeleng. Aku letakkan sudu tu kembali dalam mangkuk. "kenapa kau tak pakai cincin." terhenti segala tingkah aku. Aku tengok dia sekilas, sebelum pandangan kembali kearah mangkuk. "aku...." lama aku berjeda cuba mencari jawapan. Sungguh aku dah tak ingat. Lepas kejadian aku mengamuk dua bulan lepas, terus aku dah tak nampak. "ke kau dah taknak dengan aku sebab aku jadi macam ni?"

"kau cakap apa ni? No la..aku cabut sebab.." damn. Aku tak jumpa jawapan.

"lawat sites dua hari lepas, takut hilang." bungkusan makanan yang dibawa diletakkan atas meja kecil. Dalam diam aku hela nafas lega. "projek yang tu ke? Belum siap lagi eh?" aku bangun, Wonwoo menggeleng dan pantas menggantikan tempat duduk. Aku kemas. "baru running balik.." Mingyu mengganguk acuh tak acuh. Mereka berdua sembang kosong, aku minta izin keluar dari wad tersebut. Sahaja aku biarkan.

"yo!" bahu aku dicuit. Terus ketawa kecil aku tercetus. "kau sorang je ke? Ibu tak ikut?" aku menggeleng. Aku diamkan diri, rasa macam tak ada topik nak sembang. "kau okay ke ni, babe?" darstik aku tengok kearahnya. "okay..kenapa?"

"kau nampak.." belum sempat habis bicara Minseo, Wonwoo keluar dari wad dalam keadaan gelabah. "Adriana jom." kening aku bertaut, aku berdiri. "kenapa?"

"Ibu terjatuh." terang biji mata aku.

"Ibu ada sakit mana-mana tak?" sebak aku bertanya. Macam mana jiran-jiran dekat sini boleh tahu? Degup jantung aku tak stabil. "kenapa Ibu insist nak bergaduh dengan diorang?" aku dijeling tajam. "Diorang hina Adriana, takkan Ibu nak diam?" aku tersentak. Semua rasa bercampur baur.

Aku tengok phone aku yang menyala dan Ibu yang sedang menatap aku tajam. Jantung aku berdebar drastik. "bila korang nak kahwin?" laju soalan itu terpacul dari mulutnya. Tak sampai sehari, aku bercakap dengan Wonwoo tentang hal ni Ibu dah tahu. Sempat aku telan ludah.

"Adriana? Im asking you.." Wonwoo diam tak berkutik. Ini ke sebenarnya hendak dibicarakan? "kitaorang dah decide untuk bayar den--?"

"tak malu ke?" laju Ibu cantas pantas perkataan milik aku. "dah buat maksiat, lepastu nak lepas tangan macam tu je?" aku terkejut dengan pemilihan ayat yang Ibu lontarkan. Tapi aku bersyukur sebab Ibu masih bercakap baik-baik dengan kami berdua. "Ibu..kitaorang tak buat apa-apa pun.." aku menyangkal.

Aku jeling kearah Wonwoo. "betul Ibu..tak ada benda yang jadi..Wonwoo tolong angkat Adriana, dia collapes sebelum Wonwoo bagitahu tentang Mingyu dan Wana." Wonwoo explain panjang.

"you still in the room with her, right?"

"Ibu..." dia lepas nafas. "sampai hati sorokkan benda besar ni dari Ibu..Ibu kecewa dengan kamu." aku berdiri mendekati Ibu. Aku rapatkan jarak dengannya. "Ibu..bukan Adriana tak nak cerita, tapi masa yang tak sesuai. Perkara tu betul-betul jadi sebelum Adriana tahu tentang Wana..how come? Adriana perlukan masa." perlahan aku jelaskan.

"dah dua bulan Adriana..patutnya dah selesai. Tangkap khalwat ni bukan benda yang boleh buat main, orang sekeliling dah tahu, Ibu nak letak muka dekat mana? Tengok tadi?" tegas nada suaranya. Aku serbasalah. "Ibu ni dah tua Adriana, kalau nak tunggu Mingyu entah bila dia boleh pulih sepenuhnya." aku sedikit tersentak. Tapi ini memang tipikal ayat orang tua. Ibu berdiri. Dia betulkan bajunya sedikit. "tolong tunaikan permintaan Ibu ni..Adriana." aku diam. Sepertinya aku tahu apa yang Ibu nak sampaikan. Jika ini yang ditakdirkan untuk apa lagi aku menolak, melawan apatah lagi.

"kahwin dengan Wafiy esok, untuk tutup malu...urusan tentang Mingyu biar Ibu yang uruskan." aku tertunduk.

Aku hela nafas. Seakur itu ke aku kembali pada dia? Hanya kerana Ibu. 



????

Takhta Cinta •||• Jeon Wonwoo ©️Where stories live. Discover now