BAB 53

433 11 4
                                        

Aku rebahkan badan perlahan atas katil. Rambut yang masih basah itu sahaja aku biarkan. Aku tenung syiling putih itu kosong. Kenapa dia masih nak berahsia dengan aku?Lalu apa motif dia waktu dekat kampung haritu? Aku pusing kearah bertentangan dengan pintu. Cuba pejam mata buat seketika, Aku tarik comforter sehingga paras dada. "dia tidur dekat mana?" itu yang terlintas.

Walaupun mata enggan tertutup tapi aku paksakan jugak. Perlahan-lahan aku terjatuh ke alam mimpi. Malam yang sunyi itu benar-benar buatkan aku lena. Tahu-tahu dengar azan subuh berkumandang kuat.

Aku terduduk, dalam keadaan mamai aku bangun dan menuju ke toilet bersihkan diri lalu tunaikan solat subuh. aku doa panjang, buat Ibu, Suami, diri sendiri dan untuk Wana. Mengharapkan yang baik-baik sahaja. "Ameen yang rabbal al-amin." aku sapu muka. Aku tenung sejadah, dan kain telekung aku tengok. "sempat pulak dia sediakan telekung?" aku tertanya sendiri. Baju untuk aku pakai sehari-hari pun ada. "kenapa dia tak ambil dekat rumah je?" lagi-lagi aku bercakap sendiri.

Kemudian laju aku bangun lipat telekung, kemas katil dan akhirnya ambil keputusan untuk keluar dari bilik. Sampai sahaja diruang tamu terus aku cekak pinggang. Tengok kawasan rumah. Baru pagi ni aku perasan decoration rumah, tema monochrome. Hitam putih, susunannya persis dengan keadaan rumah kami dulu. Dari sofanya, TV, kedudukan langsir, almari. Sama, tak ada sikit pun yang beza, mungkin dari segi warna je la kot.

Aku berjalan menuju ke arah langsir, dengan tenaga yang kuat aku selak langsir tu. Terus cahaya matahari menyinar masuk dalam rumah. Terpana aku tengok kawasan bandar dengan bangunan yang tinggi, kereta yang berpusu-pusu melalui jalan raya tersebut benar-benar buat aku terpana. Tak sangka pula Wonwoo mempunyai taste yang macam ni. Aku goncang sedikit slinding door tersebut, mana la tahu boleh keluar ambil angin pagi. Aku cari kuncinya, tapi tak jumpa.

"itu cermin sayang, bukan slinding door." terkejut aku dengar suara itu.

Cepat sahaja aku kalih kebelakang. Dia ketawa kecil. "bila awak balik?" aku tengok dia. "tadi! Sebelum azan subuh.." kening aku bertaut, "saya tak dengar pun?" aku persoalkan dia. Dia labuhkan punggungnya perlahan atas sofa dan mengangkat sedikit bahunya. "sayang solat kot." makes sense, aku mengganguk acuh tak acuh. Tiba-tiba suasana rumah hening. Mata aku meliar tengok kawasan rumah sekali lagi.

"kita breakfast dekat luar eh?.." aku pandang dia. "kenapa..?" dia ketawa kecil, terus sahaja aku mengerti. Lupa yang dia tak pandai memasak, apatah lagi nak membeli barang dapur memang tak la. "saya tukar baju kejap." dia mengganguk. Laju aku susun langkah masuk dalam bilik.

Dress simple warna hitam yang dia beli, aku tengok impressed dihadapan cermin. Kening aku bertaut. Muat ke? Itu yang terlintas diotak aku. Maklumlah kitanya comel, kalau nak pakai dress, kena yang sesuai barulah tak nampak pendek. Aku sarungkan berhati-hati. "ouh?" pusing kiri kanan, ngam-ngam ikut lekuk tubuh badan. Tapi tak nampak bentuk pun, mujur dia tahu saiz. "pandai juga dia beli baju comel macam ni." aku bercakap sendiri sambil kemaskan shawl hitam dikepala.

Spray perfume sikit dan siap!

Aku tengok bangunan pasaraya yang besar dan tersergah itu. Laju aku klaih pandangan kearah Wonwoo. "eh? Awak nak kata breakfast..kenapa?" dia ketawa. "kita beli barang dapur dulu boleh?" kening aku bertaut. "Abang rindu nak makan air tangan sayang..lagi-lagi asam pedas sayang tu.." aku mengganguk sekali. Baru aku mengerti. "jom."

Masuk je pasaraya, aku capai troli. Tapi laju sahaja tangannya menahan. "sini Abang tolak."

"eh takpa saya boleh je laa.." dia hela nafas ringan. "Abang tahu sayang boleh, tapi Abang nak tolong boleh kan?" drastik tangan aku lepaskan pegangan dan biarkan dia yang tolak. Sempat senyum segaris aku berikan, sebelum mulakan langkah untuk membeli barang dapur.

Takhta Cinta •||• Jeon Wonwoo ©️Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang