Aku bermain dengan kuku, nervous. Sudahlah mata ditutup. "sayang pegang tangan Abang kuat-kuat okay?" dia memperingatkan aku sebelum membuka langkah. Lama jugak berjalan. Kemudian tangan perlahan dilepaskan, tak ada satu suara pun. "Abang?" aku memanggil, tapi bunyi violin yang kuat itu buatkan kening aku berkerut. Dia tinggalkan aku sorang ke dekat sini?
"Abang?" aku memangil sekali lagi. Instrument lagu All Of Me by John Legend itu lembut terdengar dihujung ditelinga. Makin lama, makin buat aku terbuai dengan suasana, disambilkan dengan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa. "Abang? Adriana buka ya?" hampa, masih tiada satu jawapan pun. Gatal tangan aku membuka balutan kain yang menutupi mata.
Terang biji mata aku bila terlihat meja makan yang dipenuhi dengan makanan dan hiasan bunga. Aku tutup mulut. Kemudian mata aku terkalih kearah satu band yang mainkan lagu All Of Me tadi. Aku berikan senyuman segaris, malunya. Pinggang aku dicuit, aku kalih kekiri tapi tiada siapa-siapa, kemudian bahu kiri aku dicuit lagi. Terus ketawa aku tercetus bila bunga yang terlihat dahulu.
"cakk!" dia alihkan bunga, senyuman besar Wonwoo berikan. "surprise tak?" dia hulurkan jambakan bunga kearah aku.
Aku mengganguk. "terima kasih, Abang." dia betulkan rambutnya, dan sempat dia hadiahkan keyitan mata sebelum dia bawa aku ke kerusi untuk duduk. "now, kita duduk and makan.." aku letakkan jambakan bunga di atas meja. Meliar mata aku tengok makanan atas meja. "banyaknya.."
Dia baru labuhkan punggung. "Abang masak!" aku kecilkan mata, nampak betul penipunya. "ada orang mati tak?" saja aku mengusik. Dia tunding jari kearah aku dengan muka comelnya. Ketawa memenuhi ruangan meja makan.
Kami makan, sambil sembang kosong. Aku menikmati suasana malam dengan pilihan lagu yang sangat romantik untuk dinner ni.
"sayang~" aku bawa pandangan aku terus kearahnya. Senyuman malunya terukir. "sayang cantik sangat dengan warna putih ni.." terus pandangan aku jatuh kepinggan, cover malu. Aku berdehem sedikit. Dia yang pilih dress ni. Kalau dia suka..maknanya aku berjaya ambil hati dia untuk malam ni.
Will have and hold you
You look so beautiful in white
And from now till my very last breath
This day I'll cherish
You look so beautiful in white
TonightKena pulak dengan lirik lagu yang sedang dinyanyikan. Mata aku dah tak tahu nak tengok dekat mana, apa yang keluar dari mulutnya malam ni semuanya mampu buatkan aku cair macam aiskrim.
And with this ring I say to the world
You're my every reason you're all that I believe inAku tengok pemandangan malam, walaupun kawasan pantai ni gelap. Tapi dapat aku rasa vibes romantik. "sayang?" dia hulurkan satu bekas panjang kearah aku. Berkerut seribu kening aku. "apa lagi ni? Tak nak.." aku mengeluh berat. Dia kecilkan mata. "Abang...macam-macam dah awak bagi dekat saya ni, lebih dari cukup tahu tak.." aku membebel kecil.
Dia muncungkan mulutnya. "please..satu je last.." dia angkat tangan separas bahu tanda berjanji. "promise me, saya perlukan awak je bukan semua ni..." aku bersuara lagi. Dia mengganguk dengan bibir yang dikemam. Apa yang keluar dari mulut aku, itulah yang yang tersirat dalam hati aku.
Jujur dia adalah satu-satunya yang aku mahu, kerana dia adalah kekuatan aku. "meh Abang pakaikan.." laju dia angkat punggung dan berjalan menuju kearah aku. Gelang tangan emas halus itu perlahan dia bawak keluar dan pakaikan ditangan aku. Kemudian dia usap perlahan pergelangan tangan aku, disambilkan dengan senyuman halus.
"cantik betul bidadari Abang ni.." terus bahunya aku tepuk. Lagu tiba-tiba berubah.
When your legs don't work like they used to before, And I can't sweep you off of your feet, Will your mouth still remember the taste of my love
"kita menari jom?" laju sahaja aku menyangkal. "tak nak..malu la.." aku menggeleng, sambil mencapai gelas meneguk air, hilangkan rasa malu.
"kita je please..?" dia merayu lagi. Tangan dihulurkan seperti raja yang menanti ratunya untuk menyambut huluran untuk berdansa bersama. Sudahlah posisi kakinya seperti melutut. Dia jebekkan muka. Aku tengok sekeliling, dan bibir bawah aku gigit. "penat ni.." dia mengaduh.
Aku angkat tangan, lalu aku genggam. Saja mengusik, dengan senyuman tangannya aku sambut.
Dia bawak aku ditengah-tengah pasir. Tangan aku dibawa kebahunya, manakala tangannya memegang pinggang aku erat.
So honey now, Take me into your loving arms, Kiss me under the light of a thousand stars
Aku tak la pandai menari, tapi perlahan mengikut rentaknya. Mata kami bertembung mengikut alunan lagu. Walaupun muka dah merah macam tomato, tapi dia yang minta jadi kita tunaikan. Dia angkat tangan tinggi, suruh aku pusing. Laju sahaja aku pusing. Kemudian pinggang aku disambut dan dibawa merapati tubuhnya kembali. "thank you~" dia bercakap menggunakan nada bisikan.
'Cause honey your soul can never grow old, it's evergreen, Baby your smile's forever in my mind and memory
Aku mengganguk perlahan. Dahi aku Wonwoo kucup lama, sebelum bunga api meletup kuat. Terkejut aku dibuatnya. Ketawanya tercetus.
"i love you sayang~" meleret nada suaranya.
"love you more.." dia tarik pinggang aku merapatinya. "Abang mengantuk la sayang.." terus sahaja pinggangnya aku cubit. Mukanya aku intai dari bawah. Bersyukur sangat kalau dia bahagia dengan aku. Perkahwinan yang diimpikan semua orang.
"kenapa? Abang tahu Abang handsome.." sempat dia berseloroh sebelum sekali lagi ubun-ubun aku dikucup.
tubuh kecil aku dipeluk lama. "Abang sayang awak tau..Adriana" itu yang keluar dari mulutnya. aku senyum sendiri.
macam mana yeorobun? tolong lipat bumi ni..
![](https://img.wattpad.com/cover/369831701-288-k912100.jpg)
YOU ARE READING
Takhta Cinta •||• Jeon Wonwoo ©️
Diversosperkahwinan bermaksud menyatu, manakala penceraian pula sebaliknya. kalau wujudnya cinta haruskah ada hati lain? mahligai yang dibina atas dasar cinta runtuh begitu sahaja akibat orang ketiga. segala keraguan ditepis tapi akhirnya terbongkar dengan...