BAB 19

401 14 5
                                        

bilik kosong dengan cahaya terang itu membuatkan aku tersedar dari lena panjang. hospital? rasa sakit dibahagian perut itu buatkan aku rasa susah nak bergerak. aku tengok sekeliling. "abang?" sunyi. sedaya upaya aku cuba bangun. tapi gagal.

bila pintu bilik terkuak besar, laju pandangan aku terkalih. "abang?" sekali lagi panggilan itu terpacul. malah doktor yang muncul. aku confuse. "macam mana saya boleh ada dekat sini?" perlahan aku bersuara.

"puan pengsan betul-betul depan hospital, puan tak ingat ke?" berkerut- kerut kening aku, cuba mengingat. mata aku pejam seketika, aku dengan Mingyu tadi. Itu je yang aku ingat. Kenapa aku tak ingat apa-apa ni? "mana Mingyu?" berkerut-kerut kening dia. "suami Puan ke?" lagi pelik aku.

aku senyum segaris. "kenapa dengan saya, teruk sangat ke sakit saya sampai kena warded?" lancar ayat itu keluar dari mulut aku. dia senyum awkward. air mukanya berubah, jantung aku tiba-tiba mengepam laju.

"Puan keguguran.." mata aku pejam mata rapat. Tanpa sedar air mata aku mengalir. "Adriana?" suara aku itu baru mengingatkan aku tentang kejadian dalam kereta sebelum kesini tadi. "aku dah call Wonwoo, tapi dia tak jawab.." aku tak menjawab malah memusingkan badan kearah berlainan. Deras air mata aku jatuh.

"kau tak boleh macam ni.." Mingyu bersuara. Dapat aku rasa selimut aku dibetulkan perlahan. Tiba-tiba aku teringat pregnancy test yang Mingyu hulurkan semalam. Penyesalan aku double. Aku dengar keluhan berat dari Mingyu. "kalau aku paksa kau semalam, mesti tak jadi macam ni" dia bersuara. Lagi mata aku pejam rapat.

Kalau dia yang tak ada kena mengena dengan aku pun kesal, apatah lagi aku.

dengan keadaan aku sekarang aku cuba berhati-hati. perlahan aku susun langkah masuk ke kawasan rumah. aku berdehem, baru nak tolak pintu tapak kaki seakan terpijak sesuatu. aku angkat sedikit. "siapa punya cincin ni?" aku sepak cincin tersebut hingga masuk ke celah bawah pintu. pintu aku tolak. "asala—" tak habis ucapan salam itu bila gadis tak cukup kain ni berada dalam rumah. dia sendiri terhenti dari meneguk air. Eve?

"kau-?"

baru nak bersuara. "baby minum air apa tu?" suara garau itu menghentikan segala pergerakan aku. apa yang sedang aku tengok ni? muka panik gadis itu terlihat, laju bahu Wonwoo ditepuk. nafas aku mula tak teratur bila figura tersebut menatap tepat kearah mata aku.

"ss...sayang?" tergagap-gagap suaranya. aku hela nafas ringan. aku tertipu dengan kepura-puraan dia ke selama ni?. "apa ni?" aku cuba kawal nada suara yang tersekat itu.

"i can explain" dia angkat tangan paras bahu, tanda suruh aku tenang. air mata dah tak mampu aku kawal. "dia cuma teman abang.." aku mengganguk. "teman?" aku mencantas. "jangan cakap macam tak ada agama boleh?" kasar bahasa aku. reaksinya berubah. "sayang, sayang pergi mana 2 hari tak balik? hm?... abang panggil dia untuk tolong—" nadanya masih dikawal.

gadis itu berdecit mahu keluar rumah, lengannya aku tahan dan tubuh badannya aku baling kelantai. "arghh!" kuat dia mengerang kesakitan. "apa yang kau buat ni?!" Wonwoo jerkah aku kuat, tangan dia angkat tinggi.

"pukul la!" aku cabar dia. dia genggam tangan kuat. "kenapa tak berani? abang bawak balik perempuan masuk rumah kita berani pulak?" dia sibuk bantu gadis tersebut bangun. nampak sayang betul. "patut lah awak beria tahan saya nak penumbuk muka dia haritu.. perempuan simpanan awak rupanya..."

"stop it! you're too much adriana!" aku senyum senget. "jadi betullah dalam ni anak awak? hm?" aku persoalkan dia, berketap-ketap rahang. amarah kini menguasai. dia hela nafas berat. aku dah dapat jawapan. muka gadis tersebut aku lihat. aku dekatkan langkah kearahnya. tepukan kuat aku berikan. "tak sia-sia perjuangan kau selama ni, sampai kau mampu buat suami aku tanam benih dalam rahim kau.." sarkatik.

"sayang stop!" lengan aku Wonwoo pegang, aku rentap kuat. "jangan sentuh saya dengan tangan kotor awak!"

"adriana im sorry.. i cuma nak bantu you untuk dapatkan anak untuk suami you" ketawa kuat aku tercetus, tak percaya rasanya perkatan itu keluar dari mulutnya. "bantu? awak buat semua ni untuk saya?" aku tengok Wonwoo.

"sayang please.. i married with her, now she pregnant my child.. dia okay je nak kongsi baby ni dengan awak," tangan aku dia capai. kahwin? mengandung? tanpa pengetahuan aku. Impressed gila dengan sikap diam suami aku. "sebab saya tak boleh pregnant ke?" terserlah riak wajah kesalnya. kini aku langkahkan kaki mendekatinya. aku letakkan tangan aku perlahan didadanya.

"saya tak pernah hilang rasa sayang sikitpun untuk awak..walhal tak pernah terdetik" aku kawal air mata. "kasih sayang yang awak curahkan untuk saya..buatkan saya rasa perkahwinan ni lengkap." kolam air matanya terlihat. "sayang—"

"tapi disebabkan alasan saya tak boleh mengandung, awak gunakan peluang ni untuk kahwin dengan perempuan lain.." tersekat-sekat nada suara aku. esakkan aku kuat bergema satu rumah.

"ss—saya—" aku kemam bibir tahan air mata. dia menunggu dengan sabar. "saya.. tak sempat nak bagitahu awak yang saya boleh mengandung..." dia terkedu, matanya terbutang luas.

"saya keguguran.." damn!

Takhta Cinta •||• Jeon Wonwoo ©️Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang